Followers

Friday, December 31, 2010

HARI TERAKHIR



Hari Terakhir 2010.
2010 akan i tinggalkan dengan 1000 kenangan terindah.

Putera i akan ke tingkatan 3 di tahun 2011. Sebagai ibu banyak perkara yang i perlu lakukan bagi memastikan kejayaan keluarga dan anak-anak.

Putera i ni pendiam sikit.. Tak macam kakaknya yang kepoh tu...
Sifat pendiamnya tu membuatkan dia jarang dimarahi i atau papanya. Sangat disayangi atuk dan neneknya.....Kalau dalam sehari orang tua tu tak dapat tengok muka cucunya tu, sibuklah mereka bertanya......

Dia seorang anak yang mendengar cakap dan tak pernah banyak soal kalau disuruh. Ringan tulangnya.....Tak pernah meminta-minta. Dia mesti cium i sekurang-kurangnya sekali sehari.
Anak manja........

1 harap 2011 menjanjikan kejayaan cemerlang untuknya dan kakaknya juga yang akan menamatkan pengajian Foundation TESL Mei 2011.




Pengarang jantung i



Semua kenangan terindah telah i sematkan dan kalau boleh nak bawa dalam mimpi...... yang buruk-buruk dah i benamkan dalam-dalam hingga ke tujuh petala bumi.

Selamat tinggal 2010.
Hari-harimu tetap gemilang di hati.




ARIZAKIAH

SERONOKNYA BILA DAPAT CUTI !!!!!!



Oppsss..... sori!!!!!
i selalu lewat dapat maklumat.
Rupanya negeri-negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada hari Jumaat dapat cuti tertunda pada hari Ahad.
Kerajaan Kelantan telah memutuskan Ahad ni sebagai cuti peristiwa untuk semua jabatan persekutuan, swasta dan badan berkanun.

So....Hari pertama sessi persekolahan 2011 ialah Isnin 3 Januari.

Terima kasih PM, Terima kasih tuan guru...............




Bangganya jadi rakyat Malaysia,, anak jati Kelantan.....



ARIZAKIAH

Wednesday, December 29, 2010

KAMI BANGGA!!!!!!!



Sepatutnya entri ni i post malam tadi tetapi dek kerana line streamyx kat rumah i tak berapa ok terpaksalah ditunda ke hari ni.

Walaupun sedikit terlambat i nak ucapkan syabas, tahniah dan terima kasih buat skuad bola sepak Malaysia yang buat pertama kali berjaya menggondol piala AFF Suzuki malam ni setelah penantian selama 14 tahun.......

Syabas juga buat penjaga gol Khairul Fahmi (anak negeri i tu)...yang tak henti-henti berhempas pulas menahan serangan di gawang gol oleh Indonesia. Biarpun kalah di Indonesia tapi secara agregatt Malaysia menang 4-2. Sepatutnya anugerah pemain terbaik malam tadi diangerahkan kepada khairul Fahmi tetapi agaknya kerana nak menjaga hati tuan rumah yang rakyatnya fanatik gila......terpaksalah dianugerahkan kepada pemain tuan rumah. Nasib baik final kedua malam tadi Indonesia yang menang , kalau tidak i rasa mau pecah stadium mereka tu.....dan yang paling risau keselamatan pemain dan penonton Malaysia yang terancam!!!!!

En hubby yang turut sama menonton beberapa kali menjeling-jeling manja gitu bila i dah tak dapat control lagi suara i ketika Malaysia menjaringkan gol....Bila dah sedar ruang baru rasa malu sendiri.. ...apa kata jiran tetangga jika dengar jeritan gol i tadi.....

Syabas buat pemain Malaysia.....Anda semua Juara Asia Tenggara!!!!
Tirai 2010 dilabuhkan dengan kejayaan terindah yang dicipta skuad bolasepak negara.
Kami bangga dengan anda!!!!!
Rose buat skuad bola sepak Malaysia dan jurulatihnya.

Cuma i sedikit terkilan kerana tidak dapat merasa hadiah cuti kejayaan yang diisytiharkan oleh perdana Menteri malam tadi kerana kat pantai timur hari jumaat sudah memang cuti hujung minggu kami...


Terima kasih.....


ARIZAKIAH

Saturday, December 25, 2010

CEMBURU

CEMBURU!!!!!!!! Semua cemburu dengan i.... masa cemburu....terlalu cepat berjalan...line streamyx pun cemburu, i pegang je tetikus ni ...terus tak de line. orang lain pegang ok je....... eeee ....geramnyaaaaaa .......ingatkan hujung tahun ni banyak masa nak mengadap blog tapi rupanya tidak.....

Bila ada yang nak kawin atau bertunang,,terpaksalah i memenuhi tempahan kengkawan untuk buat hantaran , kek dan sekali sekala jadi jurusolek tak bertauliah......
Kerana tak nak kengkawan kecik hati terpaksa jugak buat biarpun kekadang kesian dengan cek hubby yang menagih perhatian...ini kes cemburu la ni...
Ni......... part bertunang

I harap semua yang mendapat khidmat i tu berpuas hati...... sebab i dah berkorban banyak masa
untuk kepuasan semua.

Hari ni penganut Kristian menyambut hari Natal..... i takdepun kawan yang beragama kristian. Cuma...bila menjelang krismas semua shopping centre ada sale!!!! Kalau diikutkan semua i nak balun tapi kena fikir tentang budget jugak ye...... Jangan nanti sampai tengah bulan makan bubur je.....Jangan tak tau budget pun cemburu dengan i. selalu tak bagi peluang i shopping sakan.


Orang kata cemburu tu tandanya sayang......ini bermakna i dikelilingi dengan yang tersayang je.... i harap banyak-banyak cemburu la ye......barulah senang hati i...apa tidaknye...setiap detik, setiap langkah , setiap ruang dipenuhi dengan sesuatu yang menyayangi.......

Sayang,
Sayang sayang Sayang? Sayang sayang Sayang....Sayang sayang Sayang? (baca dengan intonasi seperti bercakap dengan yang tersayang)








SAYANG...........


ARIZAKIAH

Tuesday, December 7, 2010

DOA BAHAGIA

Salam Maal Hijrah.....
Fuh!!!! Lamanya tak bukak blog, tak bukak cerita dan menziarah blog u oll...rindu sungguh pada u oll....namun begitu banyak sungguh jalanan hidup yang ditempuh selama i menyepi. Banyak juga agenda yang yang tidak dapat i sempurnakan sehingga tahun 1431Hijrah berakhir sudah.

Rela atau tidak 1432H telah datang bertandang.....
untuk menjadi insan yang cemerlang kita mestilah berhijrah.....
Bagi i .....tiada lagi mencipta azam baru. cuma mungkin meneruskan segala agenda yang tak tercapai ...carry forward ke tahun baru....mengubah strategi untuk urusan yang belum selesai. Semoga tahun ini menawarkan hadiah yang lebih indah dari tahun sudah....

Sebagai ibu dan isteri, ingin sekali i melakar kehidupan indah di setiap hari yang diharungi......
melukis gambaran syurga, disimbahi dengan warna-warna ceria dari iman dan taqwa, dihiasi dengan syair dan gurindam seloka bahagia...

Tidak ingin mencipta duka, mengundang airmata........

Biarlah yang datang hanya bahagia, bahagia dan bahagia........

amin......

Itulah di antara DOA TAHUN BARU yang i pohonkan di waktu solat asar tadi...


YA ALLAH, YA TUHANKU......KABULKANLAH,





ARIZAKIAH






Monday, November 8, 2010

BULAN TERAKHIR


Hari ni 1 zulhujjah. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkannya malam semalam.
Ini bermakna 10 hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut aidil adha. Hari Rabu depanlah......17 November. Kita sudahpun di bulan terakhir taqwim Islam.

Dulu penetapan aidil adha berpandukan hari wukuf di Arafah. Tapi sekarang mengikut ahli falaq dan taqwim. Hanya Jauhari mengenal manikam...

setiap tahun i akan melakukan ibadah qurban. 1 bahagian je.. Sekarang harga lembu tersangatlah mahal..

Melakukan ibadah qurban ni banyak fadhilatnya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Barang siapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.(nabi marah la tu...)

Qurban ni sebagai penebus dosa kita. hang semua takdak dosa ka?
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Fatimah maksudnya, Hai Fatimah, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah ia..sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas segala dosa2mu yang telah lalu.

Sesiapa yang berqurban juga mendapat tempat yang mulia di sisi allah kerana darah qurban yang tumpah ke bumi itu akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azzawajalla.

Dan harus diingat qurban kita tu akan di hidupkan di akhirat kelak sebagai tunggangan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; perbesarkanlah kamu akan qurban kerana ianya di atas sirathalmustaqim nanti sebagai tungganganmu. Kita tak payah dok fikir lagi lepas ke tak lepas nak meniti di titian sirathalmustaqim tu nanti yang halus bak rambut dibelah 7, lebih tajam dari mata pedang (di bawah tu api neraka!!)sebab qurban kita tu nanti yang akan membawa ke destinasi dengan selamatnya..(Syurga)

Begitulah besarnya ganjaran orang2 yang melakukan ibadah qurban.

Kalau ada rezeki lebih sikit tahun ni marilah kita berqurban untuk mengingati betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Ismail alaihissalam dan memperoleh ganjaran2 yang dijanjikan Allah s.w.t.

Anda berqurban atau berkorban?




BERKORBAN APA SAJA,

ARIZAKIAH

Sunday, November 7, 2010

KEK COKLAT

Baru pulang dari kenduri rumah kawan yang turut menempah kek i


Salam.....

Lamanya i tak update blog i ni..dah seminggu rupanya...

Sangat sibuk.....Menyiapkan tempahan Kek Coklat Moist dari kengkawan.
Banyak masa yang i terpaksa luangkan untuk hias menghias tempahan kek-kek ni....
ada kek untuk befday, untuk hantaran bertunang, merisik, untuk juadah iringan majlis masuk rumah baru, ada yang tempah untuk buat potluck tempat kerja dan tak kurang juga tempel2 menempah untuk makan-makan keluarga je...

Pun begitu...i bersyukur kerana di anugerahkan illahi sedikit kebolehan memasak diiringi dengan minat...... Alhamdulillah......rezeki melimpah ruah.....


Tempahan kek coklat dan beberapa jenis biskut untuk aidil adha ini juga telah pun diterima.


di antara kek yang sempat di snap...


Selain sedap dan lembab, kek i ni menjadi kegilaan kengkawan i kerana harganya yang sangat2 berpatutan. rm 35 je untuk sebiji kek seberat 2kg..murahkan!!!! Bagi i untung kecik takpe tapi dapat tempahan yang besar! buat ape kalau untung besar tp tempahan siput je..hik..hik..hik.. kalau sesape yang berminat bolehlah menempah......


p/s: Kalau tempahan banyak sangat pun mungkin i tak dapat penuhi sebab i buat kek ni part time je.....



MURAH REZEKI,

ARIZAKIAH

Monday, November 1, 2010

MEKASYIH................................




Baru sebulan i berjinak-jinak mengembara ke alam blog. Belayar seorang diri tanpa nakhoda.....
Mudek ke hulu ada santapan,.....singgah.......
Mudek ke hilir,....jumpa ceritera indah,...jengah....... Ada masalah dengan blog, termangu sendiri...nak tanya sape hah??????? Nak tanya sang puteri.....nun jauh di Selangor....
Nak tak nak i hentam kromo sajelah labu..........Kalau nak jadi, jadilah..... Kalau tak jadi pun tak pe......never mind......

I catat mencatat ni pun sebab terlalu sunyi di rumah..... encik hubby sibuk memanjang....
Selepas rutin kerja, rutin surirumah pun bermula.....Dah habis segala rutin i kerjakan, apa lagi i nak buat..... i mula tekan2 keyboard nak buat blog sendiri........

Semasa i budak2 dulu, mana ada kenal komputer ......Blog-blog ni lagilah......
Sekarang bila dah tua teraba-raba....... Mulalah gagal situ...silap sini...........
Nasib baik i terbuka hati nak singgah di blog si Azuan........Anak baru i yang lain mak lain bapak..... (Jangan cemburu adeela ye....)
i rasa nak singgah kat blog die tu pasai apa????? Pasai....nama blog die 'JANGAN BUKAK BLOGSPOT'. pelik tapi sedap ..macam rancangan masakan di tv 1.....


Dia tau di mana kesilapan i . Lalu...die bg demo macamane nak tinggalkan links kat blog yang kita follow ...... Siap copy widget i jd model entri die gitu..... Eeeeeee....Malunya.........Glamour i............ Takpe..takpe.....GAGAL DAN GAGAL LAGI ITU BIASA.....BERJUANG DAN BERJUANG LAGI ITU LUAR BIASA.......

Sebenarnya bukan i sorang je yang tak tau perkara mudah ni.......jangan tak tau.... Ramai jugak blogger lain yang i cuba nak follow tapi tak dapat sebab takde links...

Lepas ni i akan jadi mummy yang pandai sikit...........sikit aje.......
TAK DIALAMI TAKKAN DAPAT DIFAHAMI......

Mekasih JANGAN BUKAK BLOGSPOT..........
Mummy dah buat n.n..n....JADI!!!!!!!!!!!!!!


Orang memberi...kita merasa,

ARIZAKIAH.

........011110........

Uniknya tarikh hari ni...... anda sedar ke tak ?????


01.11.10
011110


Sama uniknya dengan ...............


10.10.10

101010


Apa yang anda lakukan di tarikh keramat ini?????


2010 sudah hampir ke penghujung.......


Manfaatkan segala ruang dan peluang!!!!!!!!!!!....





Cepatnya masa berlalu.....


ARIZAKIAH......


SILALAH MENCEMAR DULI ,TENGKU JOH......

Para hadirin sekelian,

Dengan ini diumumkan keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia TENGKU JOH........
Diiringi dengan siAWANg HUJAN, di bawah panji-panji , PAYUNG-PAYUNG mahkota tanpa raja-raja......

Itulah pengumuman penting yang i nak siarkan hari ini.........

Bersama mengiringi keberangkatan PIALA MALAYSIA ke Kelantan, hujan turun mencurah-curah sejak pagi semalam hinggalah kehari ini, masih belum berhenti.....
Mungkin ini adalah tangisan gembira si ALAM kerana kegersangan menanti 89 tahun PIALA MALAYSIA untuk bermastautin di Kelantan dalam satu jangka masa mungkin 2 tahun atau dalam tempoh yang lebih panjang kalau kecekalan pemain Kelantan tidak goyah....

Anak-anak buah i yang turut sama terhitung dalam senarai lebih 60,000 peminat bola sepak Kelantan yang membanjiri Stadium Bukit Jalil, balik tanpa suara...
Hah?????mengapa?????
Suara mereka dah hilang bersama sorakan kegemilangan gol dan tak gol di Bukit Jalil.....
Hai!!!!!! nasib baik menang, kalau tak ......
'Menang Sorak ,suara tergadai.'.........he...he...he....
Tak pe.... tak pe......yang penting semangat kesukanan tu kena ada.....

Dengar cerita, sebaik sahaja tamat permainan penyokong Negeri Sembilan dan Kelantan bersalaman di pintu keluar stadium..... tanda persaudaraan.
Baguih...baguih..baguih...... kitakan 1 MALAYSIA.......

Bebalik cerita tengku joh tadi.....

Bagi orang Kelantan ini adalah perkara biasa...... 'Musim salji ' kami dah datang.....tengkujuh........
Kalau hujan tak henti-henti macam ni 2 - 3 hari, berita banjir sana-sini di Kelantan akan di lihat di kaca tv atau di dada akhbar.....

Cuma i kesian kat orang Gua Musang terutama di Galas......
Tau-tau lah Gua Musang tu kawasan tadahan hujan....tentu mereka akan menghadapi kesukaran nak pergi mengundi....

Wakil-wakil calon pun susah nk berkempen......
Tak pe..tak pe......Susah-susah dahulu senang-senang kemudian......

Kepada anak-anak Kelantan yang bekerja di luar Kelantan,
Baliklah bersama aidil adha dan cuti sekolah ni....kita berpesta banjir...
Tapi jangan abaikan keselamatan anak2 tuh......

Kepada surirumah.....
Masalah nombo 1 kami ialah kain baju yang susah nak kering......
Jemur kain bawah bumbung..... nak kering macammane la sangat....
Kering-kering hapak gitu..........he..he..he....

Rosmah!!!!!!! angkat kain.....hujan dah turuuuuun........

Eh......sape yang panggil tu??????
Ooooo........Pendekar Mustar rupanya......

Kkkkkkk....... sebelum ada orang berleter i pergi dulu ye.....nanti kita sembang lagi....

bye....






p/s: tia, btau dreba bas tuh.....pandu hati-hati........
Balik nanti kita makan ubikayu rebus cecah kelapa parut.....sedap
kalau hujan-hujan begini.







Rindu selalu,


ARIZAKIAH

Saturday, October 30, 2010

89 TAHUN AMBO TUNGGU....



PIALA MALAYSIA dah jadi milik kelantan!!!!!!!

Tuan guru!!! Terima kasih!!!!!

Yeaaaaah!!!!!! esok cuti!!!!!!!

Dah 89 tahun rakyat kelantan dahagakan piala malaysia....

1921 piala ni dinamakan Piala HMS Malaya setelah 1967 barulah dinamakan PIALA MALAYSIA....

Menurut Tan Sri Anuar Musa, selepas 1921 Kelantan belum pernah lagi menjulang Piala Malaysia. Ini bermakna penantian ini sudah 89 tahun.

Alhamdulillah 2010 dapat!!!!!!

Time kaseh Abang Ya!!!( singkatan orang Kelantan untuk Sathianathan)

TAHNIAH UNTUK PEMAIN KELANTAN.......

GOMO KELATE GOMO.....

GOL MORE KELATE GOL MORE.....


SEJARAH TELAH TERCIPTA,


ARIZAKIAH

Thursday, October 28, 2010

HAI MUCUK MUMMY TAYAM.......



Biasanya setiap hari mesti i calling2 puteri i di kota puteri. Tapi 2 - 3 hari lepas i sangat bizi...Bila i call dia malam tadi, bunyi suaranya lemah dan tak sihat... Mungkin kurang tidur kerana menyiapkan banyak assignment. catatan i hari ini adalah suntikan semangat untuknya...

Mummy tau semangat mummy ada pada Tia(nama manja sejak kecil). Semangat tak mudah menyerah kalah. Malah ada part-part tertentu Tia lebih baik dari mummy.
Semasa Tia masih baby, tia kuat menangis. Menurut mak bidan yang juga tukang urut semasa mummy 'dalam pantang', "usia 3 bulan budak ni akan berenti menangis. budak ni cerdik...kecik lagi dia dah mintak macam2. kita tak faham bahasa dia.....sebab tu dia melalak". Memang betul!!!! selepas 3 bulan Tia dah tak nangis lagi. Kalau nangis dengan alasan tu...mummy boleh terima... Kata mak bidan tu lagi...."budak ni kalau betul cara asuhannya, dia akan jadi pemimpin". Insyaallah.....
Semoga apa yang yang mak bidan tu cakap menjadi satu doa untuk Tia....

masa ni usia tia 5 bulan
comelnya!!!!

semasa usia tia 3 tahun,Tia sudah boleh hafal surah2 pendek dalam muqaddam. Mungkin Tia bernasib baik kerana atuk dan nenek Tia adalah guru Al-quran. Darjah 3 Tia dah khatam Al-Quran.Mummy buat majlis khatam quran untuk Tia besar2an masa tu. Tumbang lembu 1 ekor..... Tentu Tia masih ingat lagi bukan?


Semasa mesyuarat PIBG dan penyampaian hadiah 1999 Tia dapat Anugerah Kepimpinan Istimewa oleh pihak sekolah.Kata guru besar anugerah seumpama tu belum pernah diberikan kepada mana-mana pelajar....terutama untuk pelajar darjah 1 macam Tia. Mummy sangat teruja..... Walaupun baru darjah 1 bakat kepimpinan tia sudahpun terserlah. Guru kelas Tia masa tu kalau tak silap Puan Rohana memberitahu,bila semua guru bermesyuarat,dia tidak pernah risau kerana terpaksa tinggalkan kelas...Tia boleh jadi 'cikgu kecik' tanpa gaji....................
Tia mengajar kawan sebaya
Tia membaca, menulis dan mengira di papan hitam sebab mummy tau Tia boleh membaca dan menulis seawal usia 5 tahun.
di sekolah....kenapa gelap ni?

Tia aktif di sekolah rendah hingga ke sekolah menengah. Tia mewakili sekolah dalam banyak acara. Sebutlah saja pertandingan story telling,choral speaking, public speaking, syarahan agama, kuiz mathematics semua Tia balun.

Setiap kali tiba hari bertanding Tia nampak cool dan yakin. Mummy punyalh berdebar smpai tak boleh tidur....Itulah sesuatu yang takde pada mummy tapi ada pada tia.

Semasa tunggu result SPM Tia buka kelas tuisyen di rumah atas permintaan jiran-jiran dan sanak saudara yang punya anak nak ambil UPSR. Tia ajar English,BM dan Maths. Budak-budak yang tak minat English pun bila dah belajar dengan Tia...jadi minat sangat-sangat. Kenapa???? kerana Tia ada sesuatu.....yang semulajadi dan tersendiri, yang tidak ada pada anak remaja biasa lain.

Tia beritahu mummy kalau result SPM Tia cemerlang, Tia nak lanjutkan pelajaran di bidang pendidikan. Tia minat sangat profesyen guru......tapi mummy tau Tia juga meminati bidang pengacaraan......cuma mummy dan papa tidak menggalakkan. Alhamdulillah.....Tia kini berjaya melanjutkan pelajaran di bidang yang diidamkan...TESL....

anak mak!!!

Mummy rasa kagum dengan Tia..... punya kawan yang ramai...Tia disenangi semua orang.....,tua dan muda. Kanak-kanak pun sukakan tia. Tia pandai menyesuaikan diri dengan sesiapa saja...setiap golongan..Tia boleh bercakap dengan kanak-kanak, sembang dengan orang dewasa atau 'berbasa-basi' dengan orang tua. Tia tau topik apa yang nak dibualkan bila berhadapan dengan seseorang.....

Bila cuti, kawan-kawan akan membanjiri talian telefon rumah atau selular. Tidak kurang yang bertandang ke rumah atau' buat date ' di kopitiam.. sebab di kopitiam boleh buka notebook...sambil berbual boleh siapkan assignments atau berbelog... Kesibukan tia mengalahkan menteri....

Tia seorang yang tegas dalam apa jua keputusan yang dibuat. Tia tak pernah menyerahkalah sebelum berjuang....Tia sangat komited dengan apa jua tugasan yang diberikan... Kalau kita buat kueh raya, mummy siap 1 loyang tapi Tia dah 2 loyang......

Tia berani berhadapan dengan sesiapa saja kalau Tia di pihak yang benar. Semasa darjah 2 Tia pernah tumbuk budak lelaki yang tak dengar cakap ......masa tu Tia jadi ketua darjah.... Berdarah hidung budak tu Tia kerjakan..... Bila bapak budak tu datang jumpa Tia nak tanya kenapa Tia tumbuk anak dia,dengan tenang Tia boleh bela diri.....

Sekali pandang macam pemimpin, 2 kali pandang macam mak datin...hehehe

Itulah Arizatul Adeela..... Di manapun berada sentiasa disenangi orang..disayangi kawan, dihormati lawan....


Sebagai ibu mummy sentiasa berada di belakang Tia....menyokong dan membantu.........
Walaupun mummy tidak dapat menggembirakan Tia ketika ini, yang pasti mummy akan turut berduka...menangis bersama....

Dalam mengejar cita-cita, jalan yang dilalui bukanlah selalu rata dan ditaburi bunga...melainkan adakalanya disirami airmata dan juga darah.

Berusahalah sayang......... mummy pasti........HIDUP TIA AKAN SECERIA MENTARI.......






Mucuk..mucuk mummy,


ARIZAKIAH

Tuesday, October 26, 2010

LUKALUKALUKALUKALUKALU.............................

Dah lama i tak mencatat apa-apa kat sini. Dalam hidup kita ni kadang-kadang aral dan rintangan selalu je datang tanpa undangan.....

Luka-luka yang menghiris juga sering menganggu rutin harian kita....

LUKA????????

i pernah bercerita tentang luka yang tak nampak dipandang....

Tapi kali ni luka yang sebenar-benarnya luka......


Dulu Dla (disebut deela )puteri i, melakarkan catatan diblognya tentang potong ayam terpotong jari semasa buat persedian bahan untuk nasi goreng. Sekarang i pulak yang mengulangi tragedi tu.... Posisinya pun sama.. Jari telunjuk.


Ini ha....lukanya....Adoooooiiiii!!!!!!!!


sape yang takut darah, cepat2kan alihkan kursor anda.........

Lukanya tak banyak tapi peritnya tak terkata.

Dla dapat 3 jahitan kerana lukanya dulu.. i tak pegi klinik pun...sapu ubat kat rumah je..MINYAK GAMAT...
Minyak gamat memang mujarab untuk luka yang tak serius. Kita patut menyimpannya di rumah....manalah tau kalau-kalau ada ahli keluarga yang mendapat kemalangan kecil....
Kalau pegi langkawi, i selalu beli bedozen2 untuk simpanan peti First Aid dan ole-ole untuk kekawan. Selain jadi buah tangan, dapat beramal!!!!!!!!!!












Orang perempuan ni hari-hari pegang senjata. Jangan tak tahu...pisau, gunting ,senduk, sudip dan tudung periuk boleh dibuat senjata. Lagi.... apa ye!!!!!!!

Tapi senjata yang i selalu gunakan cuma pisau dan gunting je ...... buat potong ayam, ikan dan sayur......

Jadi....kita selalu terdedah kepada BAHAYA....




Beransur sembuh setelah 5 hari

Hingga hari ni walaupun lukanya belum sembuh betul, i dah boleh gunakan jari telunjuk i sepenuhnya. Yang pasti untuk esok ada lagi cerita yang akan menghiasi entri ini.

bye......



Jangan lagi ada hati-hati yang terluka,

ARIZAKIAH

Sunday, October 17, 2010

JUJURKAH KAU SAHABAT?


Semalam, i bertemu dengan seorang sahabat lama semasa menduduki peperiksaan PTK. Seorang sahabat yang pernah menjadi tempat i berkongsi rasa suka dan duka....

Semua kenangan tu telah berlalu tapi bila bertemu dengannya semalam, luka lama berdarah kembali...... Maaf???? Mudah diungkapkan tapi apakah ia boleh mengubah segala yang tersurat dan mengubat segala luka di dada KERANA SEMUA KENANGAN AKAN SELALU ADA.....


Orang yang suka berkata jujur mendapat 3 perkara: KEPERCAYAAN, CINTA DAN RASA HORMAT. Kalau 3 perkara itu tidak ada semasa i bertemu denganmu sahabat, itu bermakna kamu adalah orang yang TIDAK JUJUR.......


Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, "Jangan bersahabat dengan orang jahat kerana ia tidak malu untuk menjualmu dengan harga yang sangat murah".


i telah cuba menyembunyikan segala riak luka di wajah tatkala pertemuan yang tak terduga hari itu tapi ...kerana kamu pernah hadir di hati i sebagai seorang sahabat, segala rahsia di wajah i kamu pasti nampak jua. Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong, namun pandangan mata, hayunan tangan, langkah kaki dan pergerakan badan akan menafikan apa yang diucap.

Dulu i amat naif mengenal dan menelah manusia......i sangka semua yang manis itu gula.....namun sebenarnya ia racun berbisa.....
Kini i semakin matang dan berprinsip.

Orang yang cemerlang sentiasa mencari hikmah di atas segala apa yang berlaku. Mereka redha dan bersyukur.Kerana i ingin menjadi orang cemerlang maka i ucapkan terima kasih kerana kamu telah mengajarku erti SAHABAT.



Sesungguhnya....

Perkenalan singkat denganmu sahabat,

Menghadiahkanku makna hakikat.......





TERLUKA,

ARIZAKIAH

Sunday, October 10, 2010

CINTA.........10.10.10


Rugi rasanya kalau tak post sesuatu di tarikh keramat ini.10.10.10.dan catatan ini di buat pada jam 10 lebih.nak cari masa tepat jam 10.10 minit tak sempat sebab tadi menonton siaran langsung persandingan angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muzaffar Shukor & Dr Halina.Persandingan kayangan tapi tak nmpak macam di kayangan pun.........sebab i tak pernah g kayangan...... Agaknya... .

Di entri ini i nak coretkan persoalan cinta sebuah keluarga.......


Di sebuah desa terpencil, terdapat sebuah keluarga terdiri dariapada sang ayah dan ibu serta seorang anak gadis muda dan naif.
Lalu sang anak bertanya kepada ibunya, "ibu, mengapa saya dilahirkan perempuan ?"Sang ibu menjawab,"kerana ibu lebih kuat dari ayah."(subjek sains ada pernyataan unsur-unsur genatik yang ibu maksudkan)....
Sang anak terdiam dan berkata,kenapa jadi begitu?
Sang anak pun bertanya kepada sang ayah, "Ayah! kenapa Ibu lebih kuat dari ayah?" Ayah pun menjawab,"kerana ibu seorang wanita!!!" Sang anak kembali terdiam. Sang anak bertanya lagi, "Ayah, apakah saya lebih kuat dari ayah?" Sang ayah kembali menjawab, "Yaa.....kamulah yang terkuat."
Sang anak terdiam dan mengerutkan dahinya.Dia sekali lagi melontarkan pertanyaan lain."Ayah, apakah saya lebih kuat dari ibu?" Ayah kembali menjawab"Ya.. kamulah yang terhebat dan terkuat" "Kenapa ayah!kenapa saya yang terkuat?"sang anak kembali melontarkan pertanyaan. Sang ayah pun menjawab dengan perlahan dan penuh kelembutan....
"Kerana kamu adalah buah dari cintanya,
Kamu adalah segalanya buat kami,
Kebahagianmu adalah kebahagiaan kami,
Tawamu adalah tawa kami,
Tangismu adalah tangis kami,
Cintamu adalah cinta kami,
Sang anak bertanya lagi! "Apa itu CINTA ayah?Apa itu CINTA ibu?" Sang ayah dan Sang ibu pun tersenyum...Dan mereka pun menjawab, "Kamu,......kamu adalah CINTA KAMI, SAYANG!!!!"

---------------------------------------*********------------------------------------

SESUNGGUHNYA KU INGAT MASIH.....
SAAT DIRIMU MENATAP MATAKU,
DENGAN LEMBUT DIKAU BERKATA.....
CINTAMU MERUPAKAN MAHAKARYA INDAH PENUH MAKNA.....




CINTA TETAP BERTAKHTA,
HINGGA KE HUJUNG NYAWA....


ARIZAKIAH

Tuesday, October 5, 2010

PERMATA HATI



jika bahu ini bisa menenangkan dukamu..
maka sandarkanlah sepuasmu di kala perlu....


Letih kerana perjalanan menyusuri Perak dari Grik ke Slim River,masuk ke Selangor hingga ke BestariJaya masih terasa.....Pun begitu hati rasa tenang, aman dan tenteram kerana perjalanan begitu lancar walaupun terpaksa merempuh hujan lebat di satu dua tempat(macam ramalam kaji cuaca pulak) dan selamat tiba ke destinasi.

Semalam,Permata hati i telah pun mendaftar ke semester 2 setelah cemerlang dalam final examnya semester lepas. Alhamdulillah.................. Terima kasih kepada kawan di Ipoh yang sudi menerima kedatangan kami sekeluarga. Kami cukup selesa semasa bertandang ke rumah anda......Terima kasih juga buat adinda arifendee di atas segala sokongan yang diberikan untuk permata hati i ini.

Apa yang anak-anak perlu tau, segala penat jerih mummy dan papa hanyalah untuk anak-anak, permata hati kami......Kegembiraan anak-anak adalah ketenangan buat kami... Kegembiraan buat mumy dan papa ialah menyaksikan kejayaan kamu semua.

So, demi mummy dan papa,,belajarlah bersungguh-sungguh........tabah dan bersedia menghadapi dugaan yang mendatang. Capailah kejayaan cemerlang untuk masa depan yang lebih gemilang.Tentukan hala tuju supaya laluan tidak berliku.

Doa kami sentisa mengiringi perjuangan kalian.


Pandai-pandailah menjaga diri selama berada di tempat orang........

CINTA KASIH kami hanyalah untuk PERMATA HATI.



RINDUUUUUUU....


ARIZAKIAH.


Thursday, September 30, 2010

SEADANYA...............................................

CANDID............di Cameron Highlands.


Menghadiri majlis kawin, perkara utama yang menjadi tumpuan ialah pengantinnya.Kacak dan manis. Lalu i berfikir sendiri.........adakah menjadi kemestian si teruna tampan memilih dara manis menjadi teman hidupnya dan gadis anggun menanti jejaka kacak datang menyuntingnya????..............


Sebenarnya ....... segala yang cantik manis,tampan bergaya tu sementara saja.kalau cantik di hati, kekalnya sampai ke mati. i banyak juga membaca kisah-kisah cinta nabi dan ambia '. Cinta mereka bukan sekadar kasih sayang tapi pengorbanan dan perjuangan. Lalu i garapkan ayat-ayat ini untuk renungan kita bersama:-

Tak perlu mencari teman secantik Balqis andai diri tak sehebat Sulaiman.
Mengapa mengharapkan teman setampan Yusof jika kasih tak setulus Zulaikha.
Tak perlu mengharapkan teman seteguh Ibrahim andai diri tak sekuat Siti Hajar.
Mengapa didambakan teman hidup bak Siti Khadijah kalau diri tak sesempurna Rasulullah s
.a.w.


Bimbinglah diri dan terimalah KEKURANGAN itu sebagai KEUNIKAN. Carilah kebaikan pada dirinya dan bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya.Memahami dan menerima seadanya................kerana hidup kita tak tau berapa hari lagi yang tersisa.




SYUKUR,SYUKUR,SYUKUR YA ALLAH....,
KU INGIN SELALU DI SAMPINGMU....


ARIZAKIAH

Wednesday, September 29, 2010

GANJARAN.........................

Kusyuk mendengar Khutbah Raya.

Puasa 6 hari di bulan syawal ganjaran pahalanya umpama berpuasa selama setahun!!!!!!!!!Tapi mengapa tak semua orang nak merebutnya?agaknya kerana pahala tu tak nampak berharga macam intan berlian,emas permata atau wang bertimbun........sebab tu tak ramai yamg nak berebut mendapatkannya. Berpuasa di bulan bukan bulan puasa ni memang banyak dugaannya.Sabar jelah .......kuatkan iman. Jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka masih diterima tapi kerana bulan syawal dah di penghujung, i nekad jugak nak teruskan puasa.bila terasa kubur dah memanggil mulalah nak menghitung berapa banyak amalan kita dah buat. Selagi masih ada kudrat ,usia yang masih tersisa ni nak diisi dengan amal yang baik dan pahala yang melimpah ruah.MUDAH-MUDAHAN SEGALA AMALAN DITERIMA.....AMIN.......






Marilah kita sama-sama berebut mendapatkan ganjaranNya kerana tahun depan belum tentu kita akan jumpa syawal lagi....sedihnya......
Masih sempat lagi kalau ada yang baru terbuka hati nak berpuasa syawal.Ada 10 hari lagi........ Bye bye cik kak......kita sahur malam ni ye kerana yang membezakan puasa orang Islam dengan Yahudi ialah SAHUR.


Selalu ingat mati,

ARIZAKIAH

Tuesday, September 28, 2010

RUMAH TERBUKA DAN UNDERSTANDING

Menghadiri majlis kahwin & rumah terbuka bersama ahli keluarga.
Yang pink colour tu family i.......

Hari ni dah 18 syawal.Puasa sunat syawal baru nak saya mulakan.Berlengah-lengah suatu tabiat yang tak baik tapi nak buat macam mana....undangan rumah terbuka aidilfitri masih lagi tak putus-putus diterima.Rasa penat semasa buat rumah terbuka jumaat lepas masih tak hilang lagi tapi hati rasa puas dan amat bermakna dapat menyempurnakan rumah terbuka aidilfitri dengan berbagai juadah yang dimasak sendiri.Tambahan lagi, sanak saudara yang dijemput semuanya dapat menghadirkan diri.Cukup meriah sekali.
Berhabis sikit tak apa.......raya bukannya hari-hari......

Amalan rumah terbuka harus diteruskan demi ikatan silaturrahim.Mmmmmm.......tali persaudaraan nak dirapatkan tapi untuk mengekalkan kasih sayang dalam rumahtangga apa lagi yang nak diamalkan????

Bila usia dah semakin meningkat,anak-anak dah besar,masa tak banyak dihabiskan untuk dia.kesiannya.........................semoga dia memahami.UNDERSTANDING....salah satu ciri yang perlu ada dalam membina keharmonian berpasangan agar tiada riak dan cemburu di hati.dan dia ada ciri-ciri tersebut. Alhamdulillah.............


Itu saja untuk entry hari ni...........JUMPA LAGI ESOK,,,,,,.bye!!

Bersemarak dengan cinta,

ARIZAKIAH.


Monday, September 27, 2010

YANG TERSIRAT DAN TERPENDAM



Dah lama nak buat blog. nak kongsi segala pahit manis kehidupan,segala sendu dan tawa riang.Terlalu banyak perkara tak terluah dengan kata-kata.Mungkin dengan menulis sedikit sebanyak ia boleh melegakan perasaan.Bukan semua perkara boleh kita pendam.Kalau dah berkudis,bernanah siapa yang nak sembuhkan? Orang tersayang????????tak semua perkara dia orang boleh faham.Biasanya orang yang tak memahami akan rasa bosan bila topik yang kita bincangkan tidak sesuai dengan kehendak, masa dan ruang.Semoga di ruang yang tanpa sempadan ini dapat i luahkan segala yang tersirat dan terpendam.

H
obi nombor satu i ialah memasak.Orang perempuan kalau dah berkeluarga tak boleh lari dari masuk dapur.kadang-kadang memasak juga boleh release segala yang berserabut di kepala.Dulu i pernah bercita-cita nak jadi novelis. Kalau bakat tak diasah semasa remaja, dah tua macam sekarang ni, otak pun dah berkarat.....Sekarang ni berangan nak jadi bisneswomen pulak.Mudah-mudahan segala impian jadi kenyataan........

Oklah.....itu saja buat permulaan.Tapi yang pasti selepas ini banyak lagi yang ingin di kongsi dengan blogger semua tentang pahit manis yang tersirat dan terpendam.



penuh cinta kasih,

ARIZAKIAH