Followers

Sunday, January 23, 2011

SAAT-SAAT BEGINI... SIAPALAH YANG SUDI....

Assalamualaikum..


Rasa seram sejuk........ sakit-sakit dan lenguh seluruh badan...
Oooooh  demam ....

Dua hari lepas en hubby yang demam. jenuh telan paracetemol tak endak baik. last-last kena pegi klinik jugak.
Masuk 1jarum kat punggung baru ok.


Sekarang dah berjangkit kat i....


Dah tak boleh bertyping lagi........sakit kepala tak tahan. Nak berehat sekarang....hari ni mc....


Bye.......




Hai tekukur, berhentilah berbicara..dekatlah padaku.....


ARIZAKIAH

Thursday, January 20, 2011

TAMU

Assalamualaikum...


Tak dapat nak berblogging seperti biasa kerana kebetulan terpaksa meluangkan masa menerima tamu dari Perak...


Sabtu lepas kawan en hubby sekeluarga bertamu di rumah i kerana ada urusan yang nak diselesaikan .... 2 hari 3 malam..macam pakej percutian pulak...


Agenda pertemuan...


* Lama tak jumpa..banyak sungguh cerita dan borak-borak segala..
* Masak hidangan yang enak-enak untuk mereka..
* Makan, makan, makan dan makan lagi...
* Bawa mereka shopping kat pasar malam wakaf che yeh yang tersohor murah tu...
* Buat tapai pulut untuk mereka bawa pulang sebagai ole-ole dari kota bharu ..
* Tak terkecuali seret mereka ke pasar Rantau Panjang yang serba serbi ada....


i harap mereka cukup  happy selama bertamu di rumah i.


Untuk teman blogger tersayang dan sebagai ingatan buat diri sendiri..
i nak listkan tip-tip merai tetamu dalam islam..


1. Islam mewajibkan kita merai tetamu .
2. Menghormati tamu adalah wajib dengan menyediakan tamu dengan makanan semampu tetapi berusaha menyediakan msakanan yang terbaik.
3. Hendaklah melayan tetamu dengan niat memberi kegembiran kepada sesama muslim.
4. Mendahulukan tetamu yang lebih tua daripada yang muda.
5. Jangan mengangkat-alihkan makanan yang dihidang sebelum tetamu selesai menikmatinya.
6. Tidak tidur sebelum mereka masuk tidur.
7. Bermuka manis ketika mereka datang dan merasa kehilangan  apabila mereka pulang.

8. Hendaklah menghantar tamu yang hendak pulang sampai ke depan rumah.


Hai sahabat,
Semoga perjalananmu tiada aral yang melintang. Datanglah lagi jika ada luangan waktu......




Hai camarku.......titipkan rinduku kepada mereka,




ARIZAKIAH

Tuesday, January 11, 2011

NOMBOR BERAPA?



Assalamualaikum..

Kalau hari-hari bekerja begini i sebok sikit. Tapi sesebok mana pun i nak juga update blog hari ni sebab tarikh hari ni 11.1.11, sama menarik dengan hari pertama tahun 2011, 1.1.11....
i memang sensitif dengan nombor.

Semasa memandu, i selalu memerhati nombor plate kenderaan yang berlalu di hadapan kereta i. Di antara nombor plate kenderaan yang i tertarik ialah:


DU 17 ditafsirkan sebagai DUIT

DAH 151 ditafsirkan sebagai DAH ISI

DA 70 ditafsirkan sebagai DATO'

DR 9191 ditafsirkan sebagai Dr gigi

ANN 15 ditafsirkan sebagai ANIS

MAM 4 ditafsirkan sebagai MAMA

Ada yang sanggup berhabis untuk mendapatkan nombor plate yang diidamkan..unik dan mempunyai makna tersendiri buat pemiliknya.

u olls boleh tak kongsi nombor plate kenderaan yang pernah membuat u oll teruja.....


untuk kereta ni i nak tempah nombor plate MHL 011 - maksudnya mahal oii







Wahai tempua..................mengapakah kau bersarang rendah?





ARIZAKIAH









Monday, January 10, 2011

TOLONG INGATKAN AKU?




Terkejut dengan keputusan AJL malam tadi... Apakan daya i ni bukannya pengadil profesyenal..
Pengadil masak ubikayu boleh ha...ha..ha...ha..

Menonton AJL kat tv je malam tadi bersama anak-anak ...
Bila pengacara buka kertas keputusan dan mereka sebut WoWwwww..i dah dapat agak.., keputusannya mesti di luar jangkaan ... kontroversi punya...
i memang minat kat Ana Rafali tang penampilannya....GADIS MELAYU..
Cuma lagu-lagunya i tak berapa suka...mungkin kerana kita ni orang lama....tak reti nak menilai muzik trend baru....genre baru...

Tekaan i tentang
Black dan meet uncle Hussin agak tepat. i dah dapat agak lagu tu akan menang sesuatu...i selalu mainkan CD Lagu Drama King kat kereta berulang kali setiap kali i travel sampai liriknya i dah hafal...he..he..he.. Anak-anak pun sama...Kalau papanya tak ade bersama dalam kereta, kami nyanyi dan jerit sama-sama....

Walau bagaimana pun i setuju dengan keputusan persembahan terbaik.
Faizal Tahir patut menang pasal dia dah benar-benar menghanyutkan diri dalam air (walaupun secara teknikal je) dengan lagu Hanyut tu....

Apa-apa pun tahniah buat
Ana Raffali dengan Tolong Ingatkan Aku sebagai Juara AJL 25. juga buat Hafiz untuk Noktah Cinta. Kemenangan yang tak diduga tu adalah hadiah yang sangat manis dan amat bermakna dalam hidup . Yang belum berjaya, cuba lagi mencipta lagu2 yang lebih mantap dan tangkap leleh...

Cuba layan dan selami lirik lagu bertuah ini:..............


Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar senyap diserap sunyi
Biar senyap yang yang tak mampu menyepi

Tolong ingatkan aku

Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Kau dampingi aku
Setiap detik jatungku berdetak
Setip nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku terlupa

Tolong ingatkan aku
Kisah aku tersedar
Dengan kasih memeluk masa

Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku kisah ku tersedar
Dngan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita



Hai Kenari, dendangkan aku lagu rindu......


ARIZAKIAH

Friday, January 7, 2011

KADANG-KADANG



Ruuu.........ruuu.........ruuu....
Derunya menenggelamkan segala bunyi ...
Kadang-kadang lembut...perlahan,
kadang-kadang kuat, berpetir halilintar....


Dingin mendakap segala isi....

menerjah segala sudut dan ruangan bumi....

kulit terasa membeku,

Sejuk sengal segala tulang sendi,

mencucuk menghimpit nenek dan tok ki.

Kadang-kdang datang tanpa di sangka,

Kadang-kadang berhenti secara tiba-tiba....

Terkadang membawa berkat dan rahmat...

Terkadang membawa musibbah dan bencana...

Air ajaib ini datang dari langit,

Menyiram halaman yang gersang,

Membasah hati yang kontang...

Tapi bila marah bisa menhancurkan seluruh alam..


Wahai hujan,

Cubalah kau tanya pada Sang matahari...

Mengapakah masih berselindung malu,

Di sebalik awan kelabu....





Cewaaah......
Puisi ini asli..tidak diciplak daripada sesiapa...
Entah kenapa pagi ni ilham i datang bertandang mengiringi hujan yang sudah 2-3 hari tak henti-henti hingga kini. Lebat sekali.........
Banjir...... entah gelombang yang ke berapa melanda bumi pantai timur....



Hai merpati...selimutilah aku...............


ARIZAKIAH

Sunday, January 2, 2011

SAYANG KAMU




Hari ke 2 2011. i masih bercuti, sebab tu masih ada masa berbelog.
Dah 3 bulan i berbelog. dulu selain di tempat kerja, i malas nak sentuh keyboard. Tapi selepas ada blog ni teramatlah rajinnya . Kadang-kadang ditegur en hubby dek terlalu leka.

Walau pun follower tak ramai, i tak kesah.....yang penting niat i untuk berkongsi cerita sedih dan tawa. Kata orang belajar berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

bila idea datang, i tak nak simpan dalam fikiran. ada masa i nak catat segera. yang terbuku i nak luahkan. andaikata u oll sudi untuk jadi pembaca... itu sudah memadai... kalau jadi follower, teramatlah berbunganya di hatii......

Bagi i, berkawan dengan seorang rakan yang boleh bertukar idea lebih baik dari berbual kosong dengan 10 orang kenalan.

Cuma i sedikit terkilan kerana tak dapat nak folow semula beberapa orang follower kerana widget mereka tak ada link. mungkin u oll tak perasan tapi kalau ada yang terbaca n3 ni tolong check ye....


i pernah terbaca mutiara kata ini : tertariklah kepada orang yang boleh membuat kamu senyum kerana senyum dapat membuat hati yang gelap menjadi cerah.

Sesungguhnya ......setiap kali melihat follower bertambah dan membaca komen u oll, i akan senyum sendiri...... dan.......anda adalah orang yang i cari.. yang selalu menhadiahkan i senyuman lantas mewarna hati i dengan calitan bahagia.Bukan saja cerah tapi memancar-mancar silaunya....hik..hik..hik.






Terima kasih kerana sudi.....ada masa datanglah menziarahi.Mudah-mudahan ada sesuatu yang boleh dikongsi...




ARIZAKIAH

Saturday, January 1, 2011

2011 YANG PERTAMA.


Salam Tahun baru.................

Tanggal 1.1.11........................
Hadirnya hanya sekali. Rugi rasanya kalau tak dapat menempatkan tarikh ini di suatu sudut di ruang n3 i ni.

Hari pertama di tahun baru 2011. i wish everything yang dirancang menjadi kenyataan and hopefully i can be better person... Insyaalah...

Jumaat dan sabtu supermarket kat pekan i bukak awal...8.30 am. Hari ni i keluar beli barangan dapur. Rutin yang mesti buat di setiap bulan tapi kali ni lewat sikit sebab malas nak mengharungi kesesakan jalanraya dan hujan yang mencurah-curah. Kat Kota Bharu ni kalau musim cuti sekolah jalanraya sangatlah sesak. Car park penuh......... bertembung pulak dengan parent yang sibuk membeli keperluan sekolah anak-anak. Nasib baik i buat persiapan awal.

i menjenguk rak di supermarket mencari keperluan.
???? Minyak masak dah habis????
Kat tv tadi hanya Kedah dan Perlis je di beritahu kehabisan bekalan minyak masak.
Bawang putih rm 10 sekilo. Mahalnya!!!!... Barang semua naik harga..tapi gaji tak naik. Macamana ni????

Apa-apa pun i masak sesuatu yang special hari ni sempena menyambut tahun baru.

CHICKEN CHOP
!!!!!!


Isi ayam



Tepung goreng ayam



^
^


Deep frying

^

Sos lada hitam


Tambah salad dan french fries. ..

Taraaaaaammmmm!!!!!

Siap di hidangkan!!!!


Yummy!!!!! habiskan...ada skit lagi tuh....jangan membazir...
i selalu pesan kat anak-anak, jangan membazir. kalau tak de selera, ambik skit je...



SELAMAT TAHUN BARU SEMUAAAA...

U oll masak apa hari ni???? Citer la....



Kenyangnya.....


ARIZAKIAH.