Photobucket

Followers

Tuesday, March 22, 2011

BETULKAH KIAMAT 2012?

Kalau betullah kiamat sudah sangat dekat.....
Segera i soal pada diri
Berapa banyak amal telah kita buat?
Berapa banyak silap yang belum termaaf?
Berapa banyak dosa yang belum terampun?
Masih sempatkah bertaubat?


Hai beburungku...ingin aku menjadi sepertimu....
tidak berfikir tentang apa-apa........
Kecuali terbang mencari makan
Meneruskan hidup tanpa belenggu dunia.

Tapi dengan akal yang masih waras,
Bersyukurku,
Kerana menjadi sebaik2 kejadian dari makhluk ciptaanNya...
Manusia.......




ARIZAKIAH

Tuesday, March 1, 2011

BUKAN PUISI >>>>>SEKADAR MEMBUANG SEGALA SEBAK DI HATI......


Assalamualaikum.

Sudah hampir setahun puteri i belajar di Selangor.
Bukan tak selalu dia balik kampung,
sama ada cuti umum atau semasa jadual belajar yang tak padat.
Tetapi setiap kali dia balik kampung dan pergi semula ke kampusnya,
Setiapkali itulah dada i sebak....
kalau boleh tak nak jauh dari anak-anak.
Kalau boleh nk menatap wajahnya hari-hari,
nak kejutkannya dari tidur semasa azan subuh bergema setiap pagi,
nak sediakan menu hidangan 3 kali sehari.
nak tegur kesilapannya  jika kesalahan diulangi,
Namun i telah menerima hakikat,
Sebagai anak dia mempunyai hak untuk bercita-cita tinggi,
Mencari identiti dan membina jatidiri.
Menimba ilmu sebagai persediaan  kemudian hari.
Pergilah puteri,
Galilah seberapa banyak ilmu yang telah di sediakan di universiti.


  Hanya gambar pengubat rindu..


Pergilah permata,
Kerana.....
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita...


Hai pungguk, kitalah spesis perindu......




ARIZAKIAH