Followers

Monday, November 8, 2010

BULAN TERAKHIR


Hari ni 1 zulhujjah. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja telah mengumumkannya malam semalam.
Ini bermakna 10 hari lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut aidil adha. Hari Rabu depanlah......17 November. Kita sudahpun di bulan terakhir taqwim Islam.

Dulu penetapan aidil adha berpandukan hari wukuf di Arafah. Tapi sekarang mengikut ahli falaq dan taqwim. Hanya Jauhari mengenal manikam...

setiap tahun i akan melakukan ibadah qurban. 1 bahagian je.. Sekarang harga lembu tersangatlah mahal..

Melakukan ibadah qurban ni banyak fadhilatnya. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: Barang siapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami.(nabi marah la tu...)

Qurban ni sebagai penebus dosa kita. hang semua takdak dosa ka?
Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Fatimah maksudnya, Hai Fatimah, berdirilah di sisi qurbanmu dan saksikanlah ia..sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas segala dosa2mu yang telah lalu.

Sesiapa yang berqurban juga mendapat tempat yang mulia di sisi allah kerana darah qurban yang tumpah ke bumi itu akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azzawajalla.

Dan harus diingat qurban kita tu akan di hidupkan di akhirat kelak sebagai tunggangan. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda yang bermaksud; perbesarkanlah kamu akan qurban kerana ianya di atas sirathalmustaqim nanti sebagai tungganganmu. Kita tak payah dok fikir lagi lepas ke tak lepas nak meniti di titian sirathalmustaqim tu nanti yang halus bak rambut dibelah 7, lebih tajam dari mata pedang (di bawah tu api neraka!!)sebab qurban kita tu nanti yang akan membawa ke destinasi dengan selamatnya..(Syurga)

Begitulah besarnya ganjaran orang2 yang melakukan ibadah qurban.

Kalau ada rezeki lebih sikit tahun ni marilah kita berqurban untuk mengingati betapa besarnya pengorbanan Nabi Ibrahin dan Nabi Ismail alaihissalam dan memperoleh ganjaran2 yang dijanjikan Allah s.w.t.

Anda berqurban atau berkorban?




BERKORBAN APA SAJA,

ARIZAKIAH

6 comments:

sarah-najwan said...

hihi...saya membuat qurban...berkorban ada jugak..korban masa dan tenaga...

Arizakiah said...

Ya..Ya...betul la tu...
kenalah korban duit ckit untuk berqurban kan?
he..he..he...

Omu Rice said...

hurm...konsep qurban tu omu pham...tapi omu lom bersedia sbb masih dlm tanggungan mak ayah...hehe..

Arizakiah said...

Omu faham dah cukup bagus.....Mencari ilmu tu adalah jihad...ganjaran untuknya adalah syurga...Betapa mudahnya ISLAM.
Dah ada duit sendiri nanti bolehlh omu buat Qurban ye...

Azuan said...

tak cukup lagi nie nak berqurban..

Cik Rara said...

betul tu..=D hopefully Allah bg peluang utk kite melakukan ibadah Qurban ni.