Followers

Thursday, September 29, 2011

PERKAHWINAN MEMEY DAN NORMAN...MACAM NI JE KE GAUN RM 500,000

Assalamualaikum....


Mummy exited jugak nak tengok segala persiapan yang di katakan sangat mewah di majlis persandingan norman dan Memey.


Macam ni je ke gaun mewah tajaan yang berharga RM 500,000 tu????

Mummy nak komen dari kepala dulu......

TIARA:  Terlalu besar untuk Memey...nampak macam tak siap dipakaikan...

AKSESORI: Terlalu sarat.....subang besar dan kalung mutiara yang tak sesuai dengan leher baju yang tertutup  dan mummy macam pernah nampak je kalung tu di pakai oleh artis lain yang dipakai di malam-malam anugerah....... aksesori terlalu menonjol..nak tunjuk aksesori ke ...nak tunjuk pengantin?

GAUN:  Macam ni ke gaun pengantin Islam di New York.....macam pakaian anak perempuan mummy semasa usianya 5 tahun...jangan mare ye memey......


 KASUT:  Kasut tu designnya biasa-biasa je..takde la vogue sangat..mahal kerana Jimmy Choo dan mutiara reflesia je...alahai memey..


GADIS FLOWER GIRL:  Rupanya gadis-gadis flower girl kat New York suka pakai gaun senteng berlengan sebelah ye memey?????isy..isy..isy....


Omputih yang kaya raya  kawin pun gaunnya sopan je...takde aksesori pun kat dada....subang kecil dan tertempek kat telinga..tak de mengayun-ayun...simple dan menarik.
Gadis-gadis flower girl pun pakai gaun labuh......



Entahlah......
Fikiran orang Islam dah di racuni Yahudi sedikit demi sedikit.....
Dah kite minta ehsan orang redha je lah...... ye memey....




Hai serindit,, aku tak nak mahkotamu.........mahkotaku anugerah dariNya sudah cukup indah sempurna.




ARIZAKIAH


Wednesday, September 28, 2011

AGAR-AGAR LAPIS KELADI BERAKSI...........

Assalamualaikum....
Beberapa hari tak mengupdate.....terlalu sibuk..sangat-sangat.


Menyempurnakan beberapa tempahan kek  dan puding.


Jumaat lepas en hubby berpakat dengan adindanya buat majlis solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Adik mummy tu cadangkan kita buat solat hajat dan doa selamat untuk tiga  orang serentak ......jimat belanja. 2 orang anakanda adinda arifiyan yang akan menduduki SPM dan PMR dan anakanda putera mummy  yang juga akan menduduki PMR tahun ni..


seboknya buat persiapan...




Amin...........





Adinda Arifiyan beritahu mummy dah last minit jadi mummy tak sempat nak masak special...lauk pauk yang simple dan  pencuci mulut...pun yang simple jugak.


anakanda putera










agar-agar lapis keladi sedang berposing








Bagaimana pun mummy nak share resepi agar-agar simple tapi sedap yang mummy buat untuk majlis tersebut.



AGAR-AGAR LAPIS KELADI

Bahan-bahannya:

35 gm agar-agar - rendam dulu dan toskan
1.25 liter air
250 ml santan pekat
200 gm gula pasir  - mummy tak sukat pun...manis ikut selera
1/2 cawan susu pekat manis
1 camt esen keladi
1/2 camt paste keladi (berwarna ungu)
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-caranya:

1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga mendidih dan agar-agar hancur.

2. Masukkan gula dan garam, biarkan mendidih sekali lagi baru masukkan santan dan susu pekat manis. Jangan lupa selalu mengacaunya agar ia tidak meruap.
3. Bila agar-agar telah mendidih masuk esen keladi. Kecilkan api. Separuh dari agar-agar di dalam periuk  di masukkan kedalam loyang/acuan dan separuh lagi di biarkan di dalam periuk.
4. Masukkan paste keladi yang berwarna ungu ke dalam agar-agar di dalam acuan dan biarkan membeku.


5. Apabila agar-agar di dalam acuan membeku, garu-garukan permukaanya dengan garfu dan masukkan agar-agar tanpa warna di dalam periuk tadi atas lapisan agar-agar ungu.
6. Biarkan membeku.

 
sepiring je yang tinggal sebab semuanya dah habis dibedal.




Mummy harap sudi-sudikan mencubanya kerana rasanya sangat sedap dan resipi ini adalah inspirasi dari mummy. Hak cipta terpelihara tanpa diciplak atau dicetak rompak dari resepi seluruh dunia....ahaks sekiranya ianya serupa itu adalah kebetulan semata-mata ......sebab mummy dah menerima tempahan berloyang-loyang dari pelanggan sejak 1990.....rata-rata mengangkat ibu jari untuk agar-agar ini........and.....and......and.... jangan lupa untuk mendoakan kejayaan anakanda putera mummy ARIFFUDDIN AQEED ARIFADHIL untuk PMR 2011.....


Hai camarku,,,marilah bersimpuh di ribaanku tenangkan debaran di jantungku......doakan kejayaan cemerlang putera dan puteriku di setiap ujian yang mendatang........






arizakiah

Friday, September 23, 2011

DIANA AMIR PUN DAH BERTUDUNG

ASSALAMUALAIKUM.

Sambungan dari entri mummy yang lepas, mengikuti jejak  Siti Nordiana ialah pelakon Diana amir yang turut berhijrah penampilan muslimahnya. Diana yang terkenal dengan imej seksi dan selalu berskirt pendek kini telah menemui cahaya baru setelah bermimpi kiamat.  Semoga penghijrahan ini memberi inspirasi kepada artis lain.

Nampaknya ramai artis-artis muda sudah mendapat hidayah allah dan berhijrah. Yang dah menginsut tua bila pulak?....jangan mare.....








ARIZAKIAH

Thursday, September 22, 2011

MANISNYA....

ASSALAMUALAIKUM.


Hari ni syawal 24. bermakna ada 6 hari lagi untuk muslimin muslimat, mukminin mukminat,qanitin qanitat ,solehin dan solehat merebut peluang melakukan puasa sunat syawal. 6 hari u olls puasa di bulan syawal bersamaan dengan pahala berpuasa 1 tahun. Tapi memang susah nak puasa di bulan syawal ...banyak godaan....
allah maha mengetahui..kerana Dia tahu di bulan syawal ni banyak godaanlah maka besarnya pahala puasa dibulan ni...


Sebenarnya mummy nak cerita tentang artis Malaysia sorang demi sorang dah bertudung. alhamdulillah.. rasa sangat terharu bila Siti Nurdiana dah pakai tudung semenjak puasa lepas sebab baru-baru  ni mummy banyak juga tengok gambar dia yang melaram sexy 'berani mati'........bangga dengan artis-artis Malaysia yang bersuara merdu, berbakat super duper,berilmu dalam pada itu masih mengekalkan ciri-ciri  wanita solehah,......amin


Bangga dengan penghijrahan penampilan mereka, semalaman mummy mengejar en google mendapatkan gambar-gambar ini.....


Di antara yang terawal














 











































Mereka ni sebenarnya bertambah manis bila bertudung jika nak dibandingkan dengan dulu..




Hai sang merak, keindahan itu milikmu.....






ARIZAKIAH

Monday, September 19, 2011

NANU BAHARUDDIN PEGANG ANJING.

ASSALAMUALAIKUM....

Gambar sudah pun menceritakan segala-galanya...

Terkejut mummy tengok gambar tu. Mungkin gambar tu dah ramai orang tengok. .mummy je dah ketinggalan zaman.
Mummy ni kolot. Kalau soal-soal agama dan halal haram ni bagi mummy tiada kompromi. Kalaulah gambar tu memang betul, bukannya kerja edit-mengedit, mummy sangat kesian dengan nanu....
Dia bukannya budak-budak lagi untuk tidak dapat membezakan yang mana satu anjing dan yang mana satu kucing.....

Semasa mummy kerja di Ipoh dulu seorang kawan bukan Islam menghadiahkan mummy sepasang selipar yang dipakai didalam rumah (selipar tidur) berbentuk kepala anjing. .tak nak dia berkecil hati, mummy terima hadiah tu dan hadiahkan semula kepada anak seorang pekerja sekolah berbangsa India tempat mummy bertugas semasa majlis harijadi anaknya itu.

Mummy tak sanggup nak pakai selipar berbentuk anjing walaupun bukannya anjing...cuma selipar...

Nanu pegang 2 kali...itu yang mummy nampak  dia  dah samak 2 kali ke?..
wallahuaklam


Hai sang nuri, bulumu indah..cantik dipandang halal dipegang.....

ARIZAKIAH

Saturday, September 17, 2011

TIPS MEMBUAT BISKUT

Assalamualaikum
Kat dapur dato' Siti ada bantal. he..he..he

Setelah mummy buat entry tentang biskut ada beberapa orang kawan mummy yang menelefon mengucapkan terima kasih kerana entry tersebut,
Ada setengahnya dah mencuba, Cepatnya.....mungkin bahan dah ada di dapur saki baki buat kuih raya bulan lepas....Rupaya ramai di luar sana peminat biskut dahlia/samperit. Ingatkan mummy je...
Kebanyakan kawan mummy bukan blogger tapi ada mereka ada laman facebook, jadi mereka masih boleh melayari blog mummy.

Walaupun mummy telah buat bisnes cookies lebih 25 tahun tapi mummy tak pernah rasa diri mummy expert.
Seorang cendikiawan sekali pun tidak pernah mengaku mereka bijak melainkan terus mencari, mencari dan mencari. Menyelidik dan memanipulasi........

Sekiranya mummy memaparkan sebarang resepi di sini, bermakna mummy cornfirm memang best dan mummy telah buat berkali-kali bukannya mummy copy paste dari orang lain.
Kepada yang ada kemusykilan tentang cookies boleh bertanya pada mummy, insyaallah mummy akan cuba jawab sekadar yang termampu.

Kebanyakan resepi yang mummy dapatkan di internet atau majalah, mummy tidak menciplak 100 peratus melainkan mummy dah oter untuk menjadikannya lebih sedap dan simple.
Sebagai contohnya resepi biskut dahlia di entry lepas.click di sini. Cantik , simple dan sedap. Tidak menggunakan banyak bahan tetapi sedap, membuatnya pun tidak renyah kerana sesetengah resepi perlu menyangai tepung dulu supaya gebu. Untuk berniaga seboleh mungkin mummy perlu jimatkan masa....Maklumlah....bekerja dan berbisnes,,mummy perlu bahagikan masa,

Ini di antara beberapa soalan dari kengkawan mummy yang sudah pun mummy jawab cuma mummy paparkan di sini untuk panduan kita bersama.

SOALAN; Apakah bezanya menggunakan majerin dan butter?

MUMMY JAWAB; Menggunakan butter biskut rasa lebih lemak tapi majerin rasanya biasa-biasa je.

SOALAN; Apakah resepi asas untuk menyukat tepung dan lemak bagi membuat biskut?

MUMMY JAWAB; Setengah lemak dari tepung. Maksudnya  250 gm butter untuk 500gm tepung.
biskut gebu kuantiti tepung kurang sikit.

SOALAN; Kalau tepung lebih?

MUMMY JAWAB;  Biskut itu mungkin keras atau rangup.

SOALAN; Adakah tepung perlu disangai terlebih dahulu?

MUMMY JAWAB; Sesetengah biskut ya.....tetapi biskut yang menggunakan tepung jagung atau tepung kastad dengan kuantiti yang banyak tak payahla disangai kerana tepung jagung atau tepung kastad sudah mempunyai kuasa menggebu,,,,,,

SOALAN; Mengapa mummy menggunakan Telur kuning yang banyak  dalam resepi biskut dahlia (3 biji) sebab ada resepi menggunakan sebiji kuning telur sahaja.

MUMMY JAWAB; Kalau u olls nak gunakan sebiji saja pun boleh tapi alamat lemau dan melecurlah jari kamu nak memicit adunan dahlia tu...KERAAAASS......MELAINKAN KAMU SEORANG YANG GAGAH PERKASA. HA..HA..HA... Tapi kalau u olls menggunakan telur saiz AA bolehlah menggunakannya 2 biji sahaja. sebab sukatan tersebut untuk telur bersaiz B.dan jangan gunakan putih telur.

Itulah saja beberapa soalan yang mummy terima. u olls ada soalan?


SEMOGA ILMU YANG DIMANFAATKAN , PAHALANYA BERBANJANGAN...
AMIN.......




ARIZAKIAH

RESEPI BISKUT DAHLIA



ASSALAMUALAIKUM....

Tempahan seorang kawan untuk  rumah terbuka. Sebenarnya mummy ni bukannya expert sangat buat biskut ni tapi bila seorang kawan mummy yang datang beraya rumah mummy kata biskut dahlia mummy ni cantik dan sedap, merengek-rengek dia minta mummy buat untuk open house dia  .

Sebenarnya malas benar nak sepahkan dapur selepas raya tapi tempahan kengkawan tetap datang juga. rezeki....
Lalu mummy buatkan untuknya.....dan hari ni mummy rasa baik hati nak sertakan resepi sekali.....

sebelum dibakar




 selepas dibakar...kelopaknya tetap terletak cantik



Bahan-bahannya:


250 g mentega
125 g gula kastor - mummy tak suka manis
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......




Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

P/s: Mummy dah cuba berbagai resepi biskut dahlia termasuk resepi tersohor  akan tetapi resepi ini adalah yang terbaik yang pernah mummy cuba sebab setelah dibakar pun kelopak bunga dahlia tidak jatuh dan  terletak cantik.....SELAMAT MENCUBA



ARIZAKIAH

Thursday, September 15, 2011

DI SUDUT HATI YANG PALING DALAM, AKU BERKALAM.....

JIKA SUDAH TIADA KUDRAT NAK DIUSAHAKAN,

JIKA TIADA UPAYA LAGI NAK DIHULURKAN, 

JIKA SUDAH TIADA PERKATAAN LAGI UNTUK DILUAHKAN,

JIKA TIADA APA-APA LAGI  YANG DAPAT MUMMY LAKUKAN,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

AIRMATA PUN MENJADI RAHSIA,

SEGALA PEDIH SIMPANAN JIWA.


Semakin diselami semakin banyak yang mummy belum fahami..........




ARIZAKIAH

KU TUNGGU DI SINI SEJAK SIANG TADI, TAPI KENAPA KAU TAK DATANG????

Assalamualaikum.
Rasa sangat pedih hingga ke ulu hati.,,,,,,,,,,,,,,,,
Mengenangkan janji yang di mungkiri.............
Jika mungkir janji itu suatu dosa besar kenapa seringkali manusia mempermainkan janji. Selalu saja memungkirinya ?.

JIKA DIRIMU RASA TIDAK ADA MASA, JANGAN JANJI DENGANKU..
JIKA DIRIMU ADA BANYAK KERJA, JANGAN JANJI DENGANKU..
JIKA DIRIMU SUDAH ADA TEMUJANJI, JANGAN JANJI DENGANKU,
JIKA DIRIMU RASA TERBEBAN , JANGAN JANJI DENGANKU..
JIKA DIRIMU RASA KEBERATAN, JANGAN JANJI DENGANKU..
JIKA DIRIMU BELUM PASTI, JANGAN JANJI DENGANKU... 
JIKA DIRIMU TIDAK MAMPU MENUNAIKANNYA, JANGAN CUBA BERJANJI DENGANKU..
KERANA.....AKU ADALAH MANUSIA YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA JANJI....

Kau tau tak?
Kerana berjanji denganmu, ku ketepikan keegoanku
Kerana sudah terlanjur berjanji denganmu, segala rutin harianku terbengkalai,


Grrrrrrrrrrrrrrrr......................
Amarahku menyinga,,,
Sabarku ada batasnya.....
Setia ku di sini menunggu mu sejak siang tadi, tapi kenapa kau tak datang?


Hai pungguk, ajarkan sidia itu bagaimana sukarnya menunggu seperti mana ...........kau menunggu sang rambulan datang melutut di kakimu.



ARIZAKIAH

Tuesday, September 13, 2011

BILA BERSOLEK...........

Assalamualaikum.


Dah lama mummy tak bersolek....Kalau nak keluar mummy hanya sekadar menyapu sedikit pelembab dan 2 way cake dengan sedikit eyeliner dan lipstik.


Sekejap tadi  kami sekeluarga  menghadiri open house di rumah seorang kawan. Terpaksa pergi waktu malam kerana siang kerja......


Biasanya mummy keluar simple je tapi malam ni di solek anak perempuan mummy.....


tak over ke mak ngah!!!!!!!
Kadang-kadang dalam kehidupan perlu ada warna. Dengan warna hidup menjadi lebih ceria. Secalit warna bisa mengubah suasana, menggamit pandangan,  mencorak pemandangan.


Hai merpati putih, aku lebih suka warna sucimu.......


ARIZAKIAH

Thursday, September 8, 2011

SAAT-SAAT YANG TERINDAH.....

Assalamualaikum...

Hari ni rasa nak jenguk rumah bonda. Selepas raya baru hari ni ada ruang untuk menjenguk ayah bonda.

Sunyi benar...........hati rasa sayu. kedua orang tua yang sudah tak berapa kuat walaupun mereka cuba menunjukkan semangat mereka masih kuat.

Hari ni mummy masak nasi minyak bersama dalca sayur dan ayam masak merah. Bawa sedikit untuk mereka berdua. Nampak benar selera mereka dah berkurang.

Teringat di ramadan lepas mummy berpakat-adik beradik untuk berbuka di rumah bonda. Buat surprise...tak kasi tau mereka. Kami masak lauk-pauk kat rumah masing-masing. Dah dekat waktu berbuka kami serbu rumah bonda sama-sama.....Girang benar mummy tengok mereka berdua........makan nasi bertambah....

juadah berbuka yang kami bawa..melihat ayahanda bonda berselera suatu saat yang mengharukan....




Bila raya, rumah bonda penuh dengan anak cucu. Riuh rendah dengan hilai tawa.....

Sesungguhnya  nilai kebahagian buat orang tua ialah keakraban hubungan dan kasih sayang anak-anak . Melihat gurau senda anak cucu, senyum mereka sampai ke telinga....

 keletah cicit sering menjadi perhatian...



 sempat lagi berpraktikal  pegang baby Muhammad Darwish Alexander

nun di belakang ayahanda sebok bersembang, bonda sedang bersalaman, sianak dara sempat lagi merakam senyuman....

 lama tak jumpa..bertanya kabar sanak saudara..hariraya macam majlis kenduri-kendara


Lama mummy berfikir....bagaimanakah mencari ruang dan peluang untuk sentiasa membuat kejutan buat ayahanda bonda tersayang agar hari-hari yang tersisa dihiasi dengan senyuman....

Menunggu ramadan atau raya tahun depan yang belum pasti sempat mummy temukan......

Ya Tuhanku,
Lanjutkan usia ku dan usia ayah bonda agar dapat aku  berbakti hingga akhir hayat nanti.....






ARIZAKIAH

Tuesday, September 6, 2011

BAJU RAYA TAHUN NI SEDONDON KE TAK?

Assalamualaikum..

Sayu.....
Dah seminggu ramadan pergi........ kalau boleh nak selalu berada di bulan ramadan bilamana sebarang amal kebaikan mendapat pahala berganda.
Tapi kalau boleh juga nak selalu beraya. Satu hari, dua hari, tiga hari, atau hari-hari pun hariraya.
Meriahnya raya merdeka 2011.
Baju????sedondon ke tak? tempah baju dari kain sekayu untuk keluarga atau suai-padan supaya tak nampak macam boria.,,,,

Pic ni mummy ambik dari en. google sebagai contoh baju raya kain sekayu......












Dan ini pula warna sedondon tapi disuai-padan........
 



 
Mummy memilih untuk menyuai-padan tapi harmoni dan elegan.(kata anak mummy)




 mana satu yang lebih menyerlah?

anak dan mak....

Kombinasi beige +leopard print vs merah............


Wahai sang merak, ceriakan harirayaku dengan warna indah igalanmu...


ARIZAKIAH