Followers

Wednesday, November 30, 2011

TERIMA KASIH KERANA SUDI MENJADI TUA BERSAMA......

Assalamualaikum....

SEPATUTNYA ENTRY INI DI UPDATE ......28 NOVEMBER......

Mentari barat dan timur yang sentiasa mengiringi kehidupan kadang-kadang tidak pernah aku hiraukan. juga..apabila mentari yang satu itu bersembunyi di sebalik sang rambulan pabila gelap malam....pun tak pernah aku pedulikan..

Dan esoknya mentari bersinar lagi...dan menjadikan hari semalam sebagai  nostalgia indah biarpun ia pahit atau manis untuk dikenang.......ada juga orang menyebutnya sebagai SEJARAH......pun kerapkali aku endahkan....

sehinggalah.....apabila orang-orang tercinta membuat kejutan ....memasang puluhan lilin di laman, menyanyikan lagu ulang tahun di detik 12 malam sebagai tanda meraikan......maka.......
:


:


:


:


:


:


:.

Barulah aku tersedar........
Aku kini sudah meningkat usia......








                       APA YANG KAU MENUNGKAN TU YAH.....





 TAK DE APE JAH...CUMA  MENGHITUNG HARI.....TAK SEDAR DAH BERTAMBAH USIA KITA RUPANYA...













 Mummy diumpan aqeed ke biliknya ............tanpa sebarang prasangka......
Sius elektrik di off....sangkanya blackout.......
Rupanya ada agenda di luar bilik.....



lilin..........kejutan  untuk mummy.......  terharunya

 anak-anak memang tau mummynya  suka donut big apple.....
mummy memang tak suka kek.....sebab hari-hari pun  mengadun kek tempahan........ 

Setelah lampu terpasang


Terima kasih buat anak-anak kerana patuh dan mendengar kata.....
Terima kasih buat suami kerana sudi menjadi tua bersama-sama......
Terima kasih buat kalian kerana limpahan kasih sayang.......




Hai camarku......bahagianya hidupku kerana di kelilingi dengan cahaya cinta.......



ARIZAKIAH

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO......

ASSALAMUALAIKUM.....



Berita radio yang mummy dengar pagi tadi: Ganjaran istimewa akan menanti kepulangan pasukan harimau muda sempena kejayaan mereka di Sukan SEA malam tadi....

Memang patut mereka menerima ganjaran istimewa....apa tidak nya ..semangat kental mereka mengawal dan mententeramkan diri untuk menghadapi penyokong Indonesia yang begitu jijik dan mengejek pemain dan kontinjen malaysia sejak dari hari pertama di Sukan SEA ke 26 lagi. Provokasi di Gelora Bung Karno tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara. Misi membalas dendam mereka akibat sakit hati yang mendalam ekoran kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu tidak terlaksana...  Mummy sendiri yang tak bermain pun asyik keluar masuk bilik air.....ahaks...






Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat semalam) namun terlepas ibu segala pingat emas iaitu pingat emas bola sepak terutamanya tewas di laman sendiri sudah tentu amat mendukacitakan. Andai mampu meraih beribu pingat  emas sekalipun, luka mereka  tidak akan terubat.



Kesian.......Tp untung boleh masuk tv.....hu...hu...hu...

Tangisan para penyokong laskar Garuda Muda adalah difahami kerana mereka bukan saja tewas di bumi sendiri malah sudah 2 dekad tidak mengecapi kejayaan sejak menang di Sukan SEA Manila 1991.

Orang kata orang indon ni memang pandai hal bomoh-bomoh dan jampi menjampi...mummy tak berapa pasti tapi seluruh penonton  malam tadi melihat dengan pasti kesebelasan pemain indon kumat kamit membaca sesuatu semasa permainan nak bermula termasuk penjaga golnya yang tak henti-henti berdoa dan beberapa aksi sujud oleh pemain Indon...sujud apa tu.........

 aksi hebat Khairul Fahmi ..............penuh gaya....

Pemain Malaysia je yang cool dan bersahaja biarpun dalam hati lebih bergelora dari Gelora bung Karno....
Dan....setiap kali Khairul fahmi bersedia menerima tendangan  penalti, setiap kali itulah mummy tak pernah berhenti berdoa membantu en apek dari jauh.......(perasan alim..ahaks) Itulah tanda sokongan padu mummy buat skuad harimau muda..auuum....

  TAHNIAH........HARIMAU MUDA.!!!!!!...........TERNYATA NGAUMAN ANDA SEMUA MAMPU MENENGGELAMKAN SUARA GELORA BUNG KARNO...



Kalau mummy termakan cili api sekali pun semasa menonton malam tadi , takkan rasa pedasnya.....ha..ha..ha



Hai garuda......mengapa goyah terbang mu??? adakah sudah patah sayapmu??????






ARIZAKIAH




SEKADAR BERSENDA DI TENGAHARI......

ASSALAMUALAIKUM...





 
 Uolls percaya ke tak????

Mummy tak percaya...cuma mummy suka kalau semua yang di atas tu bersatu hati dan  ideologi....sama macam
tengok bola pemain Malaysia beraksi..... 


ARIZAKIAH

Sunday, November 20, 2011

ASSALAMUALAIKUM...


HARI NI

20112011

TAKKAN ADA LAGI TARIKH  SEPERTI INI SEPANJANG HAYAT......

HANYA HADIR PADA HARI INI.... SAHAJA...

Mummy hanya melihat pada keunikan susunan nombor dan tarikh sahaja kerana ia hanya ditemui sekali sahaja untuk seumur hidup.

bukanyan seperti 11.11.11......

ia telah dan akan hadir pada setiap  millenium 



mummy telah copy paste maklumat ini dari sini untuk dikongsi bersama sebagai panduan kita semua.





Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia.
Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.
Post kali ini akan mengupas rahsia-rahsia dan konspirasi di sebalik tarikh ‘keramat’ 11.11.11 yang sedang menjadi viral.
——
Simbolik angka 111111
Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.

Angka 1 sebanyak 6 kali simbolik Al Masih dan Iblis.
Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.

Lukisan Signorelli menunjukkan hubungan Lucifer dengan Antichrist.
Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);
Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)
Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath
Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.
Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez
‎”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)
Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.
Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!
Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry
Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.

Rajah dan penerangan maksud-maksudnya.
Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.
——
Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.

Dan di bawah ini  pula nasib malang yang menimpa pasangan pengantin yang memilih untuk berkahwin pada 11.11.11 jam 11.11 pagi jumaat lepas....



Harapan seorang lelaki Bangladesh untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke anak cucu  musnah apabila pengantin perempuan meninggalnya beberapa minit selepas majlis perkahwinan itu berakhir. Yang menariknya, majlis perkahwinan itu diadakan  pada 11:11 pagi 11/11/11.

Shawkat Khan memberitahu AFP bahawa dia tidak mengetahui sebab pengantin perempuan, iaitu Farzana Yasmin meninggalkan majlis itu, namun menurut Farzana dia berasa marah kerana permintaan hadiah hantaran melampau daripada keluarga lelaki termasuk sebuah peti sejuk dan televisyen. 

"Untuk menjadikan majlis itu istimewa, saya menempah kad yang mahal, menjemput rakan dan saudara mara untuk menghadiri majlis itu," kata Shawkat 32 sambil menjelaskan bahawa majlis itu diadakan tepat pada 11.11 pagi pada 11/11/11.
 
Shawkat, seorang guru percaya nombor 11 adalah nombor bertuah bagi dirinya. 

Jadi, apa yang istimewa sangat dengan 11.11.11? atau 20112011? 

Bulan lepas mummy belikan kenderaan baru untuk puteri mummy dengan nombor plat yang sama dengan kenderaan mummy yang lain. Bukan percaya kepada nombor tapi mummy sangat mengutamakan keindahan....bila semua kenderaan bernombor plat yang sama berada di laman nampak serasi je....


ARIZAKIAH

Friday, November 18, 2011

KEK KARAMEL ATAU KEK PUDING KARAMEL ??????

ASSALAMUALAIKUM....


"Kek ini dah macam Tsunami kat blog masakan" ...kata azlita.
Kek Karamel atau Kek Puding Karamel? yang mana satu betul???.....


Bagi mummy, mummy lebih suka memberi namanya Kek Puding Karamel. KARAMEL bermaksud gula hangus...
Jadi...kek karamel bermaksud kek gula hangus....kalau kek gula hangus mummy rasa macam gambar di bawah ini......


KEK GULA HANGUS


Kek Puding Karamel bermaksud kek puding gula hangus....kerana yang digula hanguskan tu ialah puding bukannya kek.....
Sekarang mummy nak tayang Kek Puding Karamel versi mummy. Kebanyakan blog masakan menayang lapisan kek berbelang-belang...tapi lapisan kek untuk Kek Puding Karamel versi mummy berwarna coklat.




Ramai di antara kawan mummy lebih suka lapisan kek adalah dari kek coklat....Mummy dah cuba berbagai color tapi kek coklat juga yang seringkali menjadi pilihan ....menurut mereka warna kontras di antara puding karamel dan kek coklat kelihatan sangat bergaya......u olls ingat orang je ke nak bergaya.....kek pun nak kan gaya juga tau.......






Mummy malas nak taip resipi kat sini sebab boleh dikatakan hampir semua blog masakan sudah pun menayang resepi Kek Puding Karamel ini di blog masing-masing tapi mummy suggest tengok resepi kat blog Azlita . 












Posisi mana pun yang mummy tayang nampak sama je...sebab kek dah tinggal sejuring baru teringat nak snap.....ahaks..








Hari ini mummy ke UiTM bawa Kek puding Karamel ini untuk puteri mummy......dalam perjalanan pulang mummy melalui kawasan tanah bendang yang menghiasi pandangan perjalanan....ternampak sekawan burung gembala kerbau sedang bertenggek di belakang sekumpulan sang kerbau..intim sekali....
Mummy terfikir.....bagaimana hubungan ini bermula?......


Tanpa sedar baju yang mummy pakai hari sama warna dengan Kek Puding Karamel mummy......Kalau dah memang taste kita, asyik berkenan color tu juga......ahaks......












ARIZAKIAH

Sunday, November 13, 2011

TAHUKAH ANDA TENTANG KEISTIMEWAAN TESCO KOTA BHARU????

Assalamualaikum....



Mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar d idunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik.
Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari.


 Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal.


Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU.:) Sumber dari sini

Aduhai.......tentu bangga 'menjadi' Tesco Kota Bharu kan???? ....... Semuanya dapat anugerah yang pertama di dunia......DAN....RM 1 juta sehari tuuuuu..........






Hai camarku,...marilah kita sama-sama mencipta sesuatu yang pertama di dunia....
Camar dan arizakiah......pasangan unik pertama di dunia yang menjadikan tiupan angin dan awan gemawan sebagai perantara cinta....ahaks.......






ARIZAKIAH  

Friday, November 11, 2011

11.11.11 APA SALAHNYA BUAT MAJLIS KAHWIN DI TAMAN......

11.11.11


Assalamualaikum.......


Cantiknya tarikh hari ni......
Ramai pasangan pengantin berebut-rebut nak mengabadikan ikatan cinta mereka di gerbang perkahwinan pada tarikh keramat ini.. Ye lah.....semestinya setiap pasangan ingin mendapatkan tarikh yang amat bermakna untuk dijadikan kenangan sepanjang hayat...

Pagi tadi mummy keluar jogging kat Taman Perbandaran Tengku Anis, sebuah taman rekreasi tersohor di Kota Bharu. Kalau ada masa memang mummy selalu juga datang sini berjogging dengan anak-anak. Taman ini menyediakan trek-trek jogging, taman permainan, rumah-rumah traditional mini, surau, kolam renang,mini zoo, bunga-bungaan perbagai jenis, gelanggang permainan, senibina masjid mini dari seluruh dunia dan pondok-pondok kecil yang sangat sesuai untuk berpicnic.....
Cantik sangat  taman ni....kalau pengantin baru yang nak buat majlis resepsi atau fotografi secara outdoor di Taman tengku anis ni memang sangat sesuai. Banyak sudut-sudut menarik untuk sesi fotografi......


Kebanyakan dari gambar-gambar di bawah ini mummypetik dari kbguy.....thanx...


Pandangan di hadapan pintu masuk












kolam renang


pondok-pondok kecil yang sesuai berpicnic  atau sambil menunggu anak-anak selesaikan aktiviti mereka.....








rumah traditional mini



taman permainan


                                                

surau.....


Orkid....................                                                                 









bunga raya.......







Dan banyak lagi bunga-bungaan yang mummy tak tau namanya.....bunga-bunga kenanga,cempaka tak berbunga pula hari ni......







merak di mini zoo


Kan mummy dah kata..taman ni sangat cantik.....kalau nak buat garden wedding kat sini mummy rasa sewanya tak mahal. .....





Hai Sang Merak......maafkan aku kerana tidak sempat membawa cicipan untuk mu hari ni.....tekanan darahku mencanak naiknya.....agaknya makan daging korban terlalu banyak........



ARIZAKIAH

Thursday, November 10, 2011

AWALNYA HAJI NAJIB BALIK.....

Assalamualaikum...
Mummy petik:
[MK] Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

Laporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi.


10 hari saja??? Mummy tak tahu nak kata apa-apa sebab mummy pun belum jadi HAJJAH lagi......


 Hai sang belatuk. janganlah asyik mengetuk saja...carilah pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil mahsul.....manalah tau tahun depan giliran kita pula ke sana.....insyaallah...





ARIZAKIAH