Followers

Tuesday, November 22, 2011

HARIMAU MENGAUM DI GELORA BUNG KARNO......

ASSALAMUALAIKUM.....



Berita radio yang mummy dengar pagi tadi: Ganjaran istimewa akan menanti kepulangan pasukan harimau muda sempena kejayaan mereka di Sukan SEA malam tadi....

Memang patut mereka menerima ganjaran istimewa....apa tidak nya ..semangat kental mereka mengawal dan mententeramkan diri untuk menghadapi penyokong Indonesia yang begitu jijik dan mengejek pemain dan kontinjen malaysia sejak dari hari pertama di Sukan SEA ke 26 lagi. Provokasi di Gelora Bung Karno tidak mampu mempengaruhi mental pemain negara. Misi membalas dendam mereka akibat sakit hati yang mendalam ekoran kekalahan di Piala AFF Suzuki tahun lalu tidak terlaksana...  Mummy sendiri yang tak bermain pun asyik keluar masuk bilik air.....ahaks...






Indonesia mungkin telah meraih 170 pingat emas (setakat semalam) namun terlepas ibu segala pingat emas iaitu pingat emas bola sepak terutamanya tewas di laman sendiri sudah tentu amat mendukacitakan. Andai mampu meraih beribu pingat  emas sekalipun, luka mereka  tidak akan terubat.



Kesian.......Tp untung boleh masuk tv.....hu...hu...hu...

Tangisan para penyokong laskar Garuda Muda adalah difahami kerana mereka bukan saja tewas di bumi sendiri malah sudah 2 dekad tidak mengecapi kejayaan sejak menang di Sukan SEA Manila 1991.

Orang kata orang indon ni memang pandai hal bomoh-bomoh dan jampi menjampi...mummy tak berapa pasti tapi seluruh penonton  malam tadi melihat dengan pasti kesebelasan pemain indon kumat kamit membaca sesuatu semasa permainan nak bermula termasuk penjaga golnya yang tak henti-henti berdoa dan beberapa aksi sujud oleh pemain Indon...sujud apa tu.........

 aksi hebat Khairul Fahmi ..............penuh gaya....

Pemain Malaysia je yang cool dan bersahaja biarpun dalam hati lebih bergelora dari Gelora bung Karno....
Dan....setiap kali Khairul fahmi bersedia menerima tendangan  penalti, setiap kali itulah mummy tak pernah berhenti berdoa membantu en apek dari jauh.......(perasan alim..ahaks) Itulah tanda sokongan padu mummy buat skuad harimau muda..auuum....

  TAHNIAH........HARIMAU MUDA.!!!!!!...........TERNYATA NGAUMAN ANDA SEMUA MAMPU MENENGGELAMKAN SUARA GELORA BUNG KARNO...



Kalau mummy termakan cili api sekali pun semasa menonton malam tadi , takkan rasa pedasnya.....ha..ha..ha



Hai garuda......mengapa goyah terbang mu??? adakah sudah patah sayapmu??????






ARIZAKIAH




3 comments:

Saiazuan said...

sungguh bertenaga n bersemangat pemain kita semalam :D

ILA HonEyBuNNy said...

bangga jadi rakyat Malaysia..

laki tu wat muka gitu la kak..tu leh masuk tb..ehhehe

pelangi sepi said...

namapun harimau ..mesti la kuat