Followers

Sunday, November 20, 2011

ASSALAMUALAIKUM...


HARI NI

20112011

TAKKAN ADA LAGI TARIKH  SEPERTI INI SEPANJANG HAYAT......

HANYA HADIR PADA HARI INI.... SAHAJA...

Mummy hanya melihat pada keunikan susunan nombor dan tarikh sahaja kerana ia hanya ditemui sekali sahaja untuk seumur hidup.

bukanyan seperti 11.11.11......

ia telah dan akan hadir pada setiap  millenium 



mummy telah copy paste maklumat ini dari sini untuk dikongsi bersama sebagai panduan kita semua.





Tarikh hari ini mengikut kalendar gregorian menunjukkan satu susunan nombor yang unik. Perkara ini hanya berlaku sekali sahaja setiap millenium. Tarikh hari ini telah menjadi satu perkara besar dalam kalangan manusia. Termasuk umat Islam di Malaysia.
Tahukah anda bahawa tarikh ini sebenarnya menyimpan pelbagai rahsia yang nyata mampu menggugat akidah seseorang? Bukan kebetulan ramai yang seolah-olah mengagung-agungkan tarikh ini termasuk di televisyen dan pelbagai media elektronik. Perkara ini sebenarnya sudah dirancang rapi oleh puak-puak pemuja Lucifer (Iblis) iaitu para Masons sekalian.
Post kali ini akan mengupas rahsia-rahsia dan konspirasi di sebalik tarikh ‘keramat’ 11.11.11 yang sedang menjadi viral.
——
Simbolik angka 111111
Menggunakan matematik mudah, apabila kita tambahkan setiap angka dalam tarikh ini (1+1+1+1+1+1) akan berjumlah 6. Ya, ini sudah cukup jelas membuktikan terdapatnya unsur simbolik Lucifer atau Iblis.

Angka 1 sebanyak 6 kali simbolik Al Masih dan Iblis.
Angka 1 yang berulang sebanyak 6 kali ini juga merujuk kepada Al Masih Dajjal (The False Messiah) yang umum mengetahui bermata satu dan hubungannya dengan Lucifer yang simbolik dengan angka 666. Dikatakan pada tarikh inilah mulanya kemunculan Antichrist (Dajjal) yang dijadikan boneka oleh ‘the Devil’ seperti yang telah diramal dalam kitab Satanic the Holy is Satan.

Lukisan Signorelli menunjukkan hubungan Lucifer dengan Antichrist.
Hubungan akrab antara Antichrist dan Lucifer juga telah tercatat dalam kitab Mormon (the Book of Mormon);
Antichrist (Al Masih) terbesar ialah Lucifer (Iblis), tetapi dia mempunyai banyak pembantu dalam bentuk kewujudan roh mahupun sebagai manusia biasa.” – (Book of Mormon: Jacob 7: 1-23, Alma 1: 2-16, Alma 30: 6-60)
Hari Jumaat, sehari sebelum Sabbath
Satu lagi unsur yang jelas menunjukkan tarikh ini telah ditunggu-tunggu oleh para Masons untuk melakukan ritual Masonic ialah jatuhnya pada hari Jumaat. Kita semua tahu hari Jumaat adalah hari akan berlakunya kiamat dan secara halusnya mereka memilih hari ini sebagai hari kebangkitan Al Masih the False Messiah.
Ini juga telah diramal dalam kitab Nostradamuih;kredit kepada Al-Saachez
‎”Dan kuasa kegelapan akan mula menerobos ke dalam jiwa setiap insan menurut kehendak Angra Mainyu, Enkidu, Malek Taus dan Lucifer ketika 1 bertemu 1 sebanyak 6 kali pada permulaan hari sebelum bermula Sabbath” – (Nostradamuih 111;111)
Jelas di sini kemunculan kuasa kegelapan (Lucifer dan Antichrist) akan berlaku pada 11.11.11 (1 bertemu 1 sebanyak 6 kali) dan hari tersebut ialah hari sebelum bermula Sabbath.
Sabbath ialah hari para Yahudi dan beberapa puak agama Abrahamic (agama Hanif) lain melakukan ritual dan dianggap ‘the rest day’ di mana unsur-unsur jahat tidak dapat berlaku. Sabbath berlaku pada hari Sabtu dan hari sebelumnya ialah hari Jumaat!
Kaitan dengan Illuminati dan Freemasonry
Unsur-unsur Illuminati dan para penyembah syaitan, Freemason telah banyak merujuk kepada tarikh keramat mereka ini. Contohnya dapat dilihat pada rajah ‘Ordo Templi Orientis’ (Order of Oriental Templars) mereka yang terdapat di bawah.

Rajah dan penerangan maksud-maksudnya.
Maka jelas bahawa angkatan Illuminati dan para masons telah lama menanti kedatangan tarikh ini. Dan tersorot sudah bahawa tarikh ini menjadi tarikh penting dalam konspirasi mereka menyeru Al Masih.
——
Sungguh dahsyat konspirasi yang dilakukan oleh mereka. Kita sebagai umat Islam di Malaysia perlu berhati-hati agar tidak terpengaruh dengan ‘pemujaan’ tarikh ini. Nyata sekali sambutan yang diadakan oleh sesetengah saluran televisyen antarabangsa seperti Disney Channel (yang nyata dimiliki Yahudi) telah dirancang untuk menyesatkan umat Islam.

Dan di bawah ini  pula nasib malang yang menimpa pasangan pengantin yang memilih untuk berkahwin pada 11.11.11 jam 11.11 pagi jumaat lepas....



Harapan seorang lelaki Bangladesh untuk membina sebuah perkahwinan yang bahagia dan kekal hingga ke anak cucu  musnah apabila pengantin perempuan meninggalnya beberapa minit selepas majlis perkahwinan itu berakhir. Yang menariknya, majlis perkahwinan itu diadakan  pada 11:11 pagi 11/11/11.

Shawkat Khan memberitahu AFP bahawa dia tidak mengetahui sebab pengantin perempuan, iaitu Farzana Yasmin meninggalkan majlis itu, namun menurut Farzana dia berasa marah kerana permintaan hadiah hantaran melampau daripada keluarga lelaki termasuk sebuah peti sejuk dan televisyen. 

"Untuk menjadikan majlis itu istimewa, saya menempah kad yang mahal, menjemput rakan dan saudara mara untuk menghadiri majlis itu," kata Shawkat 32 sambil menjelaskan bahawa majlis itu diadakan tepat pada 11.11 pagi pada 11/11/11.
 
Shawkat, seorang guru percaya nombor 11 adalah nombor bertuah bagi dirinya. 

Jadi, apa yang istimewa sangat dengan 11.11.11? atau 20112011? 

Bulan lepas mummy belikan kenderaan baru untuk puteri mummy dengan nombor plat yang sama dengan kenderaan mummy yang lain. Bukan percaya kepada nombor tapi mummy sangat mengutamakan keindahan....bila semua kenderaan bernombor plat yang sama berada di laman nampak serasi je....


ARIZAKIAH

4 comments:

anisalya said...

mcm suami saya ckp la. kalau beli kereta dan sama nombornya, bila berkonvoi je mst org tahu diaorg ni mst fmly. hehehe...

azi said...

Salam Mummy..
memang cantik angka tu..20.11.2011..kalau mummy nak tahu, besday saya tahun lepas...20.10.2010...:)

cik wanie Lovela (CWL) said...

ustad idrus pun cakap sapa2 banga kan nombo tu tak dosa tapi bodoh.baca dekat fb hari tu.

munna said...

tulah disebalik ada yg bergembira pada tarikh tu ada juga yg berduka macam kejadian bas pelajar sekolah di rempuh treler.. tahun lepas 10/10/10 pun kejadian bas kemalangan ngeri