Followers

Thursday, January 20, 2011

TAMU

Assalamualaikum...


Tak dapat nak berblogging seperti biasa kerana kebetulan terpaksa meluangkan masa menerima tamu dari Perak...


Sabtu lepas kawan en hubby sekeluarga bertamu di rumah i kerana ada urusan yang nak diselesaikan .... 2 hari 3 malam..macam pakej percutian pulak...


Agenda pertemuan...


* Lama tak jumpa..banyak sungguh cerita dan borak-borak segala..
* Masak hidangan yang enak-enak untuk mereka..
* Makan, makan, makan dan makan lagi...
* Bawa mereka shopping kat pasar malam wakaf che yeh yang tersohor murah tu...
* Buat tapai pulut untuk mereka bawa pulang sebagai ole-ole dari kota bharu ..
* Tak terkecuali seret mereka ke pasar Rantau Panjang yang serba serbi ada....


i harap mereka cukup  happy selama bertamu di rumah i.


Untuk teman blogger tersayang dan sebagai ingatan buat diri sendiri..
i nak listkan tip-tip merai tetamu dalam islam..


1. Islam mewajibkan kita merai tetamu .
2. Menghormati tamu adalah wajib dengan menyediakan tamu dengan makanan semampu tetapi berusaha menyediakan msakanan yang terbaik.
3. Hendaklah melayan tetamu dengan niat memberi kegembiran kepada sesama muslim.
4. Mendahulukan tetamu yang lebih tua daripada yang muda.
5. Jangan mengangkat-alihkan makanan yang dihidang sebelum tetamu selesai menikmatinya.
6. Tidak tidur sebelum mereka masuk tidur.
7. Bermuka manis ketika mereka datang dan merasa kehilangan  apabila mereka pulang.

8. Hendaklah menghantar tamu yang hendak pulang sampai ke depan rumah.


Hai sahabat,
Semoga perjalananmu tiada aral yang melintang. Datanglah lagi jika ada luangan waktu......




Hai camarku.......titipkan rinduku kepada mereka,




ARIZAKIAH

13 comments:

Miecyber said...

I always entertain my guests for their Taman Negara trip...:D

Tips , 7 prinsip utama menjalankan perniagaan

azieazah said...

Wahh seronoknya AKAK terima tetamu yang datang menginap lak tu. Meriahla kan?

Seronok sebab berpeluang masak-masak, makan sembang jalan-jalan.

Kata orang, tetamu ni membawa rezeki, kan?
Saya pun tingin nak jadi tamu Akak, sebab tingin nak ronda Wakaf Che Yeh tu. Lum penah sampai lagi...:)

Arizakiah said...

Mie,
Ohhh...that's good!!!!

Arizakiah said...

Azie,
Betul tu Azie...Allah menjanjikan ganjaran pahala, keampunan dosa, limpahan rezeki dan rahmat dariNya untuk orang Islam yang merai tetamu tanpa mengeluh...amin.
Kecik tapak tangan, karpet kat ruang tamu akak bentangkan...silalah...kalau ke wakaf che yeh tu memang rambang mata...akak yang selalu pegi pun tak pernah pulang tangan kosong...

Fadzli Amir said...

Salam kenal Kak, saye pon teringin gak nak buat cam tu. tapi kerja tak mengizinkan..cik wife pun kerja...so dua2 sibuk..jadi kalau tetamu datang, jarang bawak depa jalan2...lama dah tak pergi kelantan..dulu masa mak mentua duduk dikelantan, buleh katakan 2kali setahun balik...sekarang tak sebab diorang pindah ke penang..tapi sedara masih ramai kat sana sebab bapak mentua org sana...rindu sangat nak makan mkanan sana..jalan2 petang kat kota baru...perghh...bila la agaknya nak pergi lagi..??...;)

kakyon said...

Salam ari..
Memang seronok meraikan tetamu. kalau boleh jangan ada yang kurang sikit pun.Seronok melihat mereka seronok dengan layanan kita.

Arizakiah said...

Fadzli,
Sama nama dengan adik akak....
Akak n en hubby pun terpaksa ambik cuti...
Kalau sedara masih ramai kat cni tak susah..kalau datang dah ada tempat tinggal.
Terima kasih sudi ziarah....

Arizakiah said...

Kak yon,
Betul tu...Kalau boleh segalanya mesti sempurna...

Madey said...

salam

wah..meriah la umah akak..

wahida said...

akak, nak gi umah akak...akak buat laksa boleh? kehkeh..

bintangjauh said...

Salam Arizakiah, patutlah bila Ratna intai-intai alkisah tidak berganjak rupanya menyambut tetamu dari Perak. Tidak disangsikan lagi budi-bahasa dan adab-resam menyambut tetamu bagi Ratna cara antik dari nenek-moyang kita yang paling unggul sekali. Prihatin sungguh, sampai ambil cuti lagi, ya bila menyambut dan menerima tetamu wajib sepenuh-hati dan ikhlas, insya'Allah murah rezeki moga kecapaian kemahligai Arizakiah disatu hari nanti, eheh Ratna ni pandai-pandai jemput diri-sendiri lagi! Salam manis manis madu.

Nieza said...

salam arizakiah, alhamdulillah bagus meraikan tetamu...murah rezeki nanti...btw tq for sharing:)

Arizakiah said...

Madey,
Memang meriah..tak terasa letihnya bila lihat wajah puas mereka.

Wahida,
Laksa??? kacang je tu...laksa negeri mana wahida nak makan...semua akak masakkan..

Ratna,
Ya...memang dah lama tak menziarah....
Kalau ratna balik malaysia nanti, jemputlah kerumah arizakiah ye....

Nieza,
Jika itu yang dijanjikanNya...alhamdulillah.