Followers

Tuesday, September 6, 2011

BAJU RAYA TAHUN NI SEDONDON KE TAK?

Assalamualaikum..

Sayu.....
Dah seminggu ramadan pergi........ kalau boleh nak selalu berada di bulan ramadan bilamana sebarang amal kebaikan mendapat pahala berganda.
Tapi kalau boleh juga nak selalu beraya. Satu hari, dua hari, tiga hari, atau hari-hari pun hariraya.
Meriahnya raya merdeka 2011.
Baju????sedondon ke tak? tempah baju dari kain sekayu untuk keluarga atau suai-padan supaya tak nampak macam boria.,,,,

Pic ni mummy ambik dari en. google sebagai contoh baju raya kain sekayu......












Dan ini pula warna sedondon tapi disuai-padan........
 



 
Mummy memilih untuk menyuai-padan tapi harmoni dan elegan.(kata anak mummy)




 mana satu yang lebih menyerlah?

anak dan mak....

Kombinasi beige +leopard print vs merah............


Wahai sang merak, ceriakan harirayaku dengan warna indah igalanmu...


ARIZAKIAH

11 comments:

Sofya said...

selamat hari raya.... kita leh kata sedondon kot

bintangjauh said...

Salam wahai Zakiah, Selamat Hari Raya buat Zakiah seisi keluarga Ratna ucapkan lagi sekali dan pabila menatap photos sambutan Hari Raya dari Zakiah begitu rasa syahdu gitu dan berpakaian cantik-anggun lagi-lagi Anakanda yang cantik-jelita, bertuah sungguh Zakiah.
Photo terakhir bersama seisi keluarga Zakiah begitu menyentuh rasa perasaan, indah sungguh.

Lagi sekali selamat meneruskan sambutan Raya bersama ahli keluarga semua.

Salam manis manis madu.

|| NaFiRaa || said...

kain sekayu jugak.. mama n puteri2 nye jek laaa.. papa nye beli asing..muehehehe

maszull said...

salam...selamat hari raya ...:)

mamalieyna said...

salam aidilfitri...sedondon lebih meriah...^_^

♥MAMASYAZA♥ said...

gambar yg atas tu cantik sgt..berseri seri..best tgk

Arizakiah said...

Sofya,

Kalau sedondon dari jauh pun kita dah cam anak-anak kita.....

Arizakiah said...

bintang jauh,
Itu baru sebahagian je ratna sebab photo diambil waktu malam. Beberapa keluarga dah pulang....itu saja yang masih tinggal.
Terlalu tinggi pujian ratna tu.....puteri zakiah tu biasa je....syukur pada Allah di atas kurniaan yang Diberi....

Selamat hariraya aidilfitri untuk ratna sekeluarga juga.

Puan Gee said...

sedondon pepel... :)

kak..resepi lodeh tu sama je kak...cuma mak g tak letak kunyit je...so takdele jadi warna kuning tu :)

atie aizam said...

Selamat Hari Raya kak.. kita nye tema kaler ijau..

Cik Eka said...

mummy.cantiklah baju anak dara mummy..suka eka..hehee