Followers

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN DAH TIBA.......

Assalamualaikum...


Bulan yang ditunggu dah tiba sebagaimana yang di janjikan oleh putaran taqwim Islam...


Ramadhan..........

Semalam i mengerjakan solat tarawih bersama en hubby di masjid berdekatan.
Mengikut hadis yang tak berapa sahih, solat tarawih pada malam pertama ramadhan akan diampunkan dosa  seperti mana bayi yang baru dilahirkan.

Menghidupkan malam ramadhan tidak semestinya mengharaphan fadhilat-fadhilat dari malam pertama hingga ke 30 ramadhan tanpa mengira kesahihannya.  Cukuplah dengan janji ganjaran oleh Allah di mana orang yang menghidupkan malam-malam ramadhan  akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Bukankah itu sudah cukup besar ganjarannya????

Jika pintu syurga dibuka sepanjang bulan ramadhan manakala pintu neraka pula ditutup, mengapa tidak kita tidak berusaha untuk memasuki pintu itu????  . 






hai camarku,....titipkan salam ramadhanku buat semua blogger diluar sana.....




INGIN SESUCI RAMADHAN,

ARIZAKIAH.

12 comments:

Citarasa Rinduan said...

salam ramadhan buat kak arizakiah sklrg..

betul tu kak...
ttg fatilat2 puasa.. mulanya ayu ada syer juga,. tapi ramai yang tegur.. itulah yang suka, sama2 ingat mengingatkan..
yang penting ikhlas..

kak.. ayu ambil kesempatan nak mohon kemaafan andai spjg persahabatan y terjalin ada kiranya ayu terkasar bahasa penulisan ya

Arizakiah said...

Citarasa Rinduan,
Salam ramadan buat ayu sekeluarga juga...

hanez said...

salam ziarah & selmt berpuasa.

mamaNoriz sini.. said...

selamat berpuasa...

sayangnye sya tak sambut sebab ber'cuti'...huhuu

Arizakiah said...

Hanez,
Terima kasih kerana sudi berziarah di ramadhan ini.

Arizakiah said...

mamaNoriz,

Orang yang 'bercuti' pun mendapat ganjaran yang sama di bulan barakah ni...kita orang perempuan banyak peuang beribadah di bulan ramadan ni.. bersengkang mata menyediakan juadah sahur dan berbuka...bukankah memberi makan orang yang berpuasa itu besar pahalanya?

atie aizam said...

selamat berpuasa yer kak :)

Arizakiah said...

Selamat berpuasa juga buat atie.

redza said...

hadis kelebihan solat tarawih bkn saje xsahih tapi palsu semata-mata

akak buleh rujuk web kt bawah

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

semoga dpt manfaat

ainhany said...

salam Ramadan kak,

Enak sekali lantunan puitismu..
mengajak merebut peluang yang masih berbaki...Semuga kita istiqamah hingga ke penghujungnya..
Selamat berpesta ibadah nooo...

terima kasih

Arizakiah said...

assalamualaikum redza,

Salam ramadan buat redza juga.
Thanx untuk info tu.....Kerana tulah akak sayang yang tutup blog biarpun tak selalu dapat mengupdate kerana di sini akak dapat belajar banyak perkara dan saling tegur-menegur untuk kebenaran.

Arizakiah said...

ainhany,

Salam ramadan buat ain juga....
Sama-samalah kita mengimarahkan malam-malam ramadan ketika masih ada kesempatan.