Followers

Wednesday, August 10, 2011

LAGI-LAGI PASAL SI HERO MALAYA TU....KHAIRUL FAHMIIII.......


Assalamualaikum......


 
Di hari baik dan bulan yang mulia ni mummy tak nak mengumpat orang. Niat mummy buat entry pasal Khairul Fahmi jejaka pujaan Harimau Malaya adalah luhur dan suci murni.

Sebenarnya bukan Khairul Fahmi sorang saje yang mengalami peristiwa putus tunang. Ramai lagi orang-orang di sekeliling kita yang mengalami tragedi yang sama. Orang yang dah kawin pun boleh bercerai-berai kalau ketentuan jodoh hanya setakat itu sahaja. mungkin pedih untuk diterima tetapi tuan punya badan seharusnya redha kerana ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuanNya jua.


Memahami kedudukan Khairul Fahmi(KF), Elia bekas tunang (EL)an Dalia(D), mummy rasa terpanggil untuk berbicara sepatah dua.

Kampung KF dengan  kampung mummy jaraknya lebih kurang 2-3 km je...tak jauh.....sedikit sebanyak desas-desus dan tempias cerita mereka sampai jugak ke telinga mummy. Yang mummy tau perpisahan mereka berpunca dari percanggahan pendapat dalam merancang persiapan perkahwinan mereka menjelang 4 bulan lagi......
Si EL nak yang macam ni dan Si KF nak yang macam tu.......Bila pendapat tak dihargai , dimanakah letaknya nilai seorang lelaki??Jadi, bila ada keluarga yang masuk campur, benda kecik jadi besar.....Walaupun KF seorang lurus orangnya, dia bukannya buah dadu yang boleh dilambung sesuka hati...dia juga ada perasaan dan ........LELAKI. Mummy ulang lagi sekali ye!!!!LELAKI........

Wajar kalau EL berasa tertekan dengan perpisahan mereka namun jangan u olls tak tau....KF juga tidak gembira dengan keputusan itu. Mungkin perpisahan itu langkah terbaik bilamana ikatan yang terbina tiada keserasian lagi.
Janganlah menuding jari kepada pihak ke 3. Dalia yang dikatakan punca keretakan sebenarnya tidak seperti yang u olls sangkakan. D pernah meluahkan rasa simpatinya terhadap EL kerana terpaksa menanggung perit luka perpisahan itu namun apakan daya D kerana segala keputusan di tangan KF dan hanya KF yang mengenali EL bukannya u olls.......

SALAH DI MATA KALAU TAK NAMPAK,
SALAH TAFSIRAN KALAU TAK DINILAI.......
Sebagai anak gadis, D tu ada keluarga dan mak bapak. Ada maruah dan hati-hati yang perlu dijaga.
Dalam kekusutan seperti sekarang janganlah ada sesiapa yang mencipta spekulasi. Rencah kehidupan memang ada asam garamnya, masin dan manisnya, pahit dan kelatnya....
Nasi yang di suap sudah hampir ke mulut pun boleh jatuh ke lantai kalau BUKAN REZEKI.

SIAPALAH KITA UNTUK MENOLAK TAKDIR.


Burung Nuri terbang tinggi,
balik jauh di atas awan,
Mari-mari kekasih hati,
Aku rindu kepada tuan.


ARIZAKIAH

10 comments:

maszull said...

salam ....betul tu kalau dah x ada jodoh nak wat mcm mane kn...

yang berkahwin pun bleh bercerai ni kan bertunang...:)

semuanya ketentuan dari Allah...:)

Sofya said...

betullah tu xda jodoh..
xda angin masakan pokok bergoyang kan...

|| a - j . E . E || said...

nama pon jodoh kak.. kalau da takde jodoh tu taK ke mana.. kalau memang berjodoh, lari la ke mana pon memang ke situ jugak la perginya.. hihi

mekchu said...

adoiiii.. nasib baik lah kawin dgn org biasa.. hahaha... org lain pun putus tunang gak kan... tp dorang pressure yg berganda.. kesian.. doakan yg terbaik lah utk dorang.. jgn buat andaian sendiri..

wahida said...

mcm2 versi saya dgr pasal dorang ni..dgr boleh, percaya tak mo...

Fadzli Amir said...

Salam kak..lama tak singgah...tu la kesian gak....macam tu ceritanya...inagtkan macam kes mawi...hehehe

fiq. said...

org yang menangung lagi terasa peritnye walaupon dengan alasan tiada jodoh, hakikatnye, perlulah ubah perangai tuu.... hais

*agak faham

Arizakiah said...

Sebenarnya banyak lagi yang mummy tau tapi tak nak cerita kat cni....mummy tak nak bercerita banyak2. Biarlah Khairul Fahmi sendiri yang akan mengungkai semua teka-teki. Kalau bagitau awal-awal tak suspen pulak...

Mereka baru bercinta lebih kurang setahun je...tak rasa pelik ke tiba-tiba bertunang dan nak kawin cepat....macam di paksa je....yang pempuan belum habis belaja lagi dan si lelaki baru nak menapak....Kalau mummy jadi lelaki pun tak nak kawin awal sangatlah.......

wanacesh said...

kita ikuti gak cerita diorang ni,,ala biasalah tu,,ada kebahagiaan dalam perpisahan,,hihi

Puan Gee said...

org hanyaa menilai yg mereka nampak secara luaran kak...itu biasa dlm kehiduapan skrg ni...