Followers

Saturday, August 20, 2011

BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum.

Semangat nak raya dah mula terasa. Ambil kesempatan di cuti hujung minggu, mummy mula godek-godek buat biskut raya..Kebanyakan biskut moden mummy kurang suka. Biasanya pilihan mummy adalah biskut-biskut lama. 

Hari ni mummy buat Biskut Sarang Semut.Namun ini bukan resepi asli. mummy dah pun ubahsuai dan tokok tambah supaya jadi lebih sedap.


Bahan-bahannya:
250 g mentega
150 g  gula caster
250 gm tepung gandum *
110 gm tepung kastad *
110 g tepung jagung *
 1 camt baking powder *
1 biji kuning telur
1 camt essen vanilla

Hiasan:
Bijan hitam
Jelly tip


Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda *
2. Putar mentega dan gula caster sekejap je. tak payah kembang.sangat.
3. Masuk kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh.
5. Ambil doh, kepalkan sebesar penumbuk, ha,,,,ha,,,ha,,jangan tergelak pulak...biskut klasik kenalah buat cara klasik  jugak..mummy ulang ye.....ambil doh sebesar penumbuk, kepalkan supaya jadi padat dan garu dengan garfu/ sagat.
6. Sudukan adunan yang telah digaru/sagat ke dalam paper cup . Buatlah sampai adunan habis, hias dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 20 minit..

Hai nuri ku, terpesona ku melihat warnamu...nak ku hiaskan biskutku secantik baldu birumu.......


ARIZAKIAH

12 comments:

maszull said...

salam...wah dah mula buat biskut yer...:)

azi said...

Salam mummy/akak
Akak, TQ ye sudi folo saya...folo akak jugak..:)

Rajin akak ...dahhh buat kuih...nanti raya boleh terjah ni..he..he..

Acik Erna said...

assalam arizakiah..izinkan acik ambil resepi ye..acik pun suka biskut sarang semut ni..

|| a - j . E . E || said...

wahhh best tu kak... dulu2 mak saya pon suke buat. sekarang dah tak. sesekali dapat makan memang yumssss..

Arizakiah said...

Mas,
Semangat nak raya tengah berkobar2 nih.....biasanya semua kuih raya adalah buatan sendiri.

Arizakiah said...

Acik Erna,

Bila-bila masa je erna boleh terjah, Selamat mencuba.

Arizakiah said...

Azi,

Nak raya punya pasal kalau rasa malas sikit pun kena buat-buat rajin.
Azi boleh cuba sebab rasanya memang mabeless.

Arizakiah said...

Ajee,

Senang saja nak buat tu....

azieazah said...

Akak, memang ini biskut asli lama ni. Masa saya kecik2 dulu, selalu tengok kakak saya buat. Sedapppp...

Orang lama buat pun style lama kan Kak? hehehehe

Arizakiah said...

azieazah.
Makan biskut lama ni tak rasa muak. lepas sebiji-sabiji..tau2 licin...

mekchu said...

kagum betul lah dgn kemahiran kawan2 buat kuih raya sendiri ni.. bila lah mekchu pun nak pandai.. eh, nak rajin dan pandai...

Cik Eka said...

mummy..eka plak selalu tolong mak wat srng semut..mak sagat juga penyagat kelapa..hehe