Followers

Monday, February 7, 2011

BUDU OH BUDU.......

 Assalamualaikum..

2 minggu blog i sepi....
Selsema belum reda (sakit orang tua memang susah nak baik) namun rumah i sekali lagi riuh rendah dengan kedatangan Kak Pah sekeluarga.
Terima kasih kerana menjadikan Kelantan sebagai destinasi percutian......

Walaupun batuk masih keras, badan masih lemah namun semua itu tidak menghalang i untuk menerima tamu sekali lagi.
2 malam je di rumah i selebihnya menginap di hotel.
Seperti biasa i bawa mereka shopping-nyopping segala sehinggakan 2 hari berturut-turut ke pekan rantau panjang. Semua nak di beli.....Sudah-sudah la tu Qaqa, pekan Rantau  Panjang tu akan sabar menanti  kalau Qaqa nak datang lagi di lain kali..

                                       Qaqa....cantik dan vogue gitu......

Hari terakhir Kak pah di Kelantan kami masak dan makan sama-sama.... hidangan dari resepi tradisi, masakan kampung  ala kelantan.....Masak lemak pucuk paku, kerabu nangka muda, kan sepat goreng, ikan bakar air asam dan yang paling menyelerakan......budu dan ulam-ulaman. kita semua duduk bersimpuh dan bersila, cecah mencecah segala...tambah bertambah nasi 2 3 kali....sampaikan ada yang terpaksa bukak butang seluar...ha...ha..ha...



                                                                   Sila......


                                     Tambah..tambah..tambah lagi.....



Kak Pah, datanglah lagi ke sini. Pelukan sayang kak pah sangat menyentuh hati kami . Sesaat bertemu kak Pah bagaikan sudah kenal bertahun lamanya. Kelakar, mesra dan baik hati.....

i doakan kak pah sekeluarga sentiasa berbahagia, tiada lagi duka dan sentiasa di bawah lindungan rahmatNya......amin.


Hai muraiku......khabarkan berita kak pah dan qaqa buatku...sihatkah mereka di sana?



ARIZAKIAH

14 comments:

azieazah said...

Wahhh seronoknya berkumpul makan ramai-ramai.

Saya pun dah lama tak makan budu. Dulu ada kawan Kelate selalu belikan saya stok budu. ni dah lama tak hantar...:)

bintangjauh said...

Salam Zakiah, ya ampun hidangan masakan tu semua membuatkan Ratna nak menangis, mengapa semua hidangan itu serasi sungguh antara satu sama lain? kerana Zakiah pandai masak!

Masak lemak pucuk paku-buah hati, apa segala diatas nama nangka-cinta hati, ikan sepat goreng-kasihsayang dan ulam-ulaman awet muda tu yang Ratna kempunan sungguh!

Di- murahi rezeki sering terima tetamu, sakit-sakit pun masih larat dan mampu melaksanakannya ya Zakiah. Ambil/makan satu sudu besar madu untuk meredakan batuk dan kurangkan sakit tekak, cuba ya.

Salam manis manis madu.

Ogy said...

mestinyaa makan ramai2 kat bawah mcm ni...seronok rasanyaa...meriah..

Arizakiah said...

AA,
Kalau cecah mencecah ni memang tak hengat dunia.....budu punya pukulan....

Arizakiah said...

Ratna,
Manisnya nama2 juadah yang ratna cipta.
Sekurang2nya melihat gambar tu semua membawa nostalgia indah buat ratna yang nun jauh di sana.
Terima kasih untuk petua tu....
Sayang ratna......

Arizakiah said...

Ogy,
Betul tu gee, bukan selalu dapat bersimpuh bersila macam tu..memang seronok dan sungguh menyelerakan.

Farhan Zulhusmi said...

seronoknya....emmm....
dapatkan berkumpul beramai2...alhamdulillah...

Madey said...

wah..cam sedap je..

wahida said...

perggghhhh...masakan kampung...ni yang rasa nak balik kampung mintak mak masak ni...hehehe...

Arizakiah said...

Kslau makan ramai-ramai ni lauk biasa pun jadi sedap...

Miecyber said...

Budu peberet saya...hehehehe

Apa itu Skim Cepat Kaya ?

Arizakiah said...

Mie,
Oh..ye ke.....
Biasalah ..kita kan orang pantai timur...

atie aizam said...

seronoknya dapat makan ramai2..

Arizakiah said...

Atie,
Lebih seronok lagi kalau bentang tikar mengkuang, makan tepi bendang.....