Followers

Sunday, October 16, 2011

SAKURA MENGORAK KELOPAK....

Assalamualaikum.....
NYANYI SIKIT..................

Wal hasil balik asal,
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari fasal,
Itu fasal tak hasil.....

hu..hu..hu.....nangis dah...


Tak ada lagi muka baru.......wal hasil balik asal.....semuanya dah jadi macam biasa..tiada lagi yang nice dan advance......

Mummy terpaksa tukar semula template blog mummy kerana memikirkan gaya baru yang mummy guna tu menyusahkan pengunjung nak membuka dan membaca entri mummy......rugi kalau u olls tak sempat berkunjung 2 -3 hari lepas......
Sekarang....semua tu dah tiada lagi..hu..hu..hu..(nangis lagi) sebenarnya sayang nak tukar tapi keadaan tidak mengizinkan... nantilah..kalau suatu hari mummy temui cara penyelesaian segala mekanisma kepayahan tu, mummy akan gunakan semula penggayaan baru tu.........kheen...

cuti hujung minggu mummy habiskan dengan membaca......

Sebenarnya  novel ni dah lama mummy beli. 10 tahun yang lalu. Baca sekali dan simpan dalam almari. bila mummy kemas buku-buku putera mummy yang berselerak selepas tamat PMRnya, mummy temui buku ini......SEROJA MENGORAK KELOPAK.....








Jalan ceritanya sangat menarik. Digarapkan oleh ARENA WATI sebegitu rupa.....kisah berkisar di negeri Jepun.
Segala gerak laku watak-wataknya dilukis dengan terperinci sehingga pembaca dapat menyelami suasana kehidupan di negara itu. Dan yang paling menarik ialah kehadiran watak-watak Melayu di tengah-tengah pergolakan industri di Jepun...tetapi barangkali ada juga isu-isu global yang sukar difahami. (barangkali hanya mummy yang tak faham).

Dan...babak romantis pun ada.....ahaks.....

Bait puisi yang mummy petik dari caturan ARENA WATI....


Telah kuketepikan dunia
hidup dengan selimut kumal
kain selapis, tak berjahit
terlalu tipis, walau hanya untukmu seorang
tapi marilah dan kita nikmati tidur cendera.....


Sakura Mengorak Kelopak ms 89.,... 
Siulan burung ketitir menyedarkan mereka bahawa matahari sudah terbit, lalu masing-masing bangkit dari tilam tipis tempat duduknya, dan berjalan mengambil udara pagi di sekitar taman, sementara menunggu sarapan disediakan di Pavilion Tasik.  ..........

 Menempel  teratai putih dan jingga mekar  di kolam kaca yang mummy beli di Langkawi tempoh hari

ps; dalam novel SMK pun masih ada burung ketitir.......


ARIZAKIAH

19 comments:

Saiazuan said...

aik, template lain?

atie aizam said...

cantiknya teratai tu kak.. pasal novel tu hurmm.. dah lama sya x baca novel.. kalo dulu masa muda belia, sya peminjam tegar tu hihi..

Citarasa Rinduan said...

selamat pagi buat kak arizakiah...
wah..............
novel baru...
lama tau ayu tak beli.

kak, templete baru kak mmg sangat cantik, ayu suka warna latar belakang yang gelap2...
tambah warna tulisan pun matching..
tahniah..

Arizakiah said...

Saiazuan:

Ha'a.. la wan, sebenarnya mummy memang suka template tu tapi ada blogger yang beritahu dia tak boleh follow blog mmmmy kerana takde penunjuk follower kat skrin...sebenarnya boleh ..kena setting dulu...tapi kalau susuh-susah nak cari orang akan belahhh....

Arizakiah said...

Atie aizam;

Dulu dah beli tapi dipecahkan oleh anak seorang kawan yang bertandang...
Jadi, bila pergi ke Langkawi belilah ganti....
Samalah kite...akak dulu hantu buku(novel je)....
Sekarang...baca buku lambat habis sebab asyik terlena je...ahaks...

Arizakiah said...

Citarasarinduan;
Sekala sekala tukar template baru supaya orang tak rasa bosan bila BW...

Novel lama tu ayu....akak beli 10 tahun yang lalu..tapi buku-buku karya sastrawan negara ni memang evergreen, sentiasa sesuai dibaca...:)

Mama Gee said...

patotlah akak pun pandai berpantun :)

aTy _faRed~ said...

tak sempat tengok temp. lame...:)

CGG said...

cantik templete ni sis

Arizakiah said...

Mamagee,

Akak memang suka membaca semasa muda-muda dulu. Selalu mewakili sekolah bab-bab pantun, puisi dan drama...dah tua ni otak tak berapa pickup..ha..ha..ha :)

Arizakiah said...

Aty Fared:

Sebelum ni template akak sangat advance hinggakan orang nak follow pun tak boleh...ha..ha..ha:)

Arizakiah said...

CGG:

Mekacih......akak rasa template ni biasa-biasa je..tapi kalau 2-3 hari lepas tu memang canggih-manggih, akak cuma guna sekejap je terus tukar yang ini sebab ada masalah sikit.....terlalu advance....

Saiazuan said...

oic.. xpe la, truskn pakai tmplate ni... lg senang :)

|| a - j . E . E || said...

kak.. cepatnye tukar template balik.. hihi tapi yang sekarang pon nice jugak.. :)

yang penting bunga dalam mangkuk tu *sy tak tau nak panggil apa* memang cantik sangat..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

temphlate hitam ini mmg sesuai kerana ia menampakkan font kita kan lebih jelas sifatnya

Arizakiah said...

Saiazuan:
Nak buar macam mana...redha je lah.....


Ajee:
Dah terpaksa jee........jee dah cakapkan...hari tu jee pun keliru tak tau nak klik yang mana....lagipun kalau ada yang nak follow memang susah....nak tak nak kekal gaya lama dengan muka baru....

Teratai.....memang akak sangat berkenan sebab tulah bila dah pecah tahun lepas akak ganti yang baru....cuma dulu teratai akak warna kuning....


Sahromnasruddn;
Waalaikumsalam...
Hitam itu menawan......:)

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

lawa la bekas n teratai tu kak...nampak hidup gitu...

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ said...

lawa la bekas n teratai tu kak...nampak hidup gitu...

Arizakiah said...

Ladyzul:

Terime kasih......selalunya wanita akan sependapat tentang bunga.... wanita dan bunga memang tak dapat dipisahkan.....