Followers

Tuesday, October 18, 2011

NAIK GAJI??????? JANGAN BERANGAN LAAA.........

ASSALAMUALAIKUM....


Berita kenaikan gaji mengikut gred yang di umumkan oleh PM semasa pembentangan budget 2012 tempoh hari mengembirakan semua penjawat awam......Mummy?????hanya tak melompat je kerana terlalu gembira.. ye la sedikit sebanyak melegakan budget keluarga..kheen...












Dengar je berita kenaikan gaji penjawat awam, harga barang dah naik melambung.....semalam mummy beli sebotol kecil NUTELLA..Dulu 8.50 je, sekarang dah 9.30....itu baru nutella MILO pulak naik setiap bulan. Harga ayam tak turun-turun....

Sebenarnya malas la mummy nak cerita tentang kenaikan harga barang sekarang ni...tapi yang mummy nak cerita sebenarnya gempak kerajaan je nak naikkan gaji tu......
walhal yang sebenarnya kenaikan gaji yang dimaksudkan ialah BERDASARKAN PRESTASI semasa oleh majikan...itulaa yang di maksudkan oleh PM dan diberitafahamkan semula oleh pakar ekonomi Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin dalam berita tengahari di radio yang mummy dengar khamis lepas.....
Jadi.....
Sebenarnya tiada pelarasan gaji yang kerajaan buat untuk 2012....hang jangan nak berangan.......

Ini tak adil!!!!!!!!!!(penumbuk mummy dah melantun atas meja)
Mendengar guruh di langit...... harga tempayan dan guri dah dinaikkan........Siapa yang salah kalau peniaga menaikkan harga tempayan?????


Isu prestasi ni pulak....adakah ia telus dan betul? jawabnya hanya yang kaki bodek jugalah yang dapat.....Yang bekerja keras separuh mati pun belum tentu dapat kalau dah memang muka tak pandai bodek...
Pi mai..pi..mai..tang tu jugak......
Jadi.....
Sebenarnya tiada pelarasan gaji yang kerajaan buat untuk 2012....hang jangan nak berangan.......
Nasib.........


Pagi tadi terdengar MURAI berkicau di dahan pokok mangga tepi tingkap........
harap-harap ada berita gembira kerana aku sangat sedih hari ni bila mengadap
anak-anak yang tak mendengar cakap.....   




ARIZAKIAH

14 comments:

nyanyisunyi said...

adoiii kak..sy tak kisah sgt pasal gaji naik ke tk sebab sy org swasta yg miskin..bos2 tak pandang pun kitaorg walaupun apa alasan nk mintak naik gaji..

tp yg sy rasa sedih bila baca nota kaki akak tu..mcm samalah pulak..ada anak laki2 dua org tgh nk membesar...payah sgt nk dgr cakap ibu diaorg sorg ni..selalu mkn hati...mudah2an kita sama2 bersabar ye kak.

Kak Rose said...

banyak baca komen2 dimerata blog... bajet 2012 kerajaan beri ikan, bukannya kail untuk jangka panjang.... entahlah.

Mama Gee said...

ntahlah kak..walaupun g kakitgn kerajaan..tp ada gak yg dlm belanjawan tu g tak sokong...naik gaji ni pun merisaukan..sbb tau harga brg2 nnti akan naik jugak..
pastu umur bersara 60 tahun tu...adoyaii...tak rela lah kak nk kerja dh tua2 ganyut tu...

Arizakiah said...

NyanyiSunyi:

Mengadap kerenah anak-anak ni membuatkan akak dah berpenyakit darah tinggi....sabo tetap sabo....

Arizakiah said...

Kak Rose:

Betul tu....kalau dia beri kail kan senang.....suka hati kitalah nak kail ikan besar atau ikan kecik...kan????

Arizakiah said...

Mama gee:

Kerajaan nak bagi kita senang hati...supaya kita fikir banyak benor keprihatinan depa.....diaorang tau umur 60 semua dah tak nak kerja lagi.....

Fadzli Amir said...

Salam kak....tu la, umum kenaikan gaji, semua barang naik harga, swasta macam kami ni la teruk...tadi beli karipap sardin yg sedap/femes ( minggu lepas baru beli RM0.80, tadi dah naik RM1.00....cepat betul diorg naikkan harga...apa yg kerajaan buat tuk membendungnya???

Arizakiah said...

Fadzli:

Kerajaan beri bantuan rm 500 untuk rakyatnya yang berpendapatan di bawah rm 3000 sebulan....adakah mencapai sasaran??

Yan said...

maksudnya sama je lah jadinya.. Naik je gaji, barang pun naik..

wahida said...

adoi la kak...mmg pening dgn kenaikan harga sekarang...ayam makin naik, kata kat tv nak pantau la, tapi nan hado...makin menjadik2 naik dia...huhu..

Arizakiah said...

Yan:

Bukannya sama Yan oii.....
Sebenarnya gaji tak naik pun....tapi harga barang dah naik disebabkan gempak kerajaan tu......

Arizakiah said...

Wahita:

Pantau ke hape.....depa tak terasalah sebab depa tu byk masyuuuk....

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

nak didik anak memang susah. but once they are growing older, diorg akan faham betapa besarnya pengorbanan seorang ibu dan juga bapa..i can see everything happens in front of me...

apapun, moga kenaikan gaji bawa untung buat semua.

ILA HonEyBuNNy said...

sekarang banyak harga barang naik kan..gaji naik pun sama ja la...

apapun..buat ila xsabar nak habis study n kerja...ehehh