Followers

Wednesday, May 23, 2012

SENYUM...........

Hari ini mummy terserempak dengan seorang kenalan....mumy senyum padanya tapi dia tunduk dan mengalihkan pandangan......mummy bertanya dalam hati, "Mengapa??????? "


Lalu mummy bercakap seorang diri 'tentang senyum....'
Senyum tidak memerlukan tenaga tapi besar sekali motivasinya.....
Senyum adalah ibadah yang paling mudah tapi pahalanya setara dengan sedekah. Kalau nak selalu bersedekah harta,  kita bukan orang berada.....kalau senyum pun anda tak mampu  lakukan maka alangkah malangnya hidup anda.....


Senyuman makrifat  boleh meringankan tanggungan yang berat, melegakan kegetiran.

Senyum adalah ubat mujarab yang boleh menyembuhkan  kerana orang yang suka senyum boleh membawa kebahagiaan buat orang di sekitar kita.. Senyuman juga boleh meningkatkan sistem  imun dalam badan kita . Bila kita tersenyum ia akan menurunkan tekanan darah  dan mengeluarkan endorphins, iaitu pereda sakit alami.....

Senyum adalah satu hal yang biasa tapi dalam keadaan tertentu ia menjadi sesuatu yang amat bermakna dan luarbiasa. Kata orang, senyum yang sangat cantik dan indah ialah senyuman MONALISA.... 


nikmati senyumannya.........

Tersenyum tidak boleh lebih dari 3 saat.... kerana nabi muhammad s.a.w senyum dengan kadar demikian. Jika berlebihan  ia akan meleka dan melalaikan kita dari mengingati allah.... .....

 Ketahuilah.....
 orang yang sukar senyum keras hatinya.....

Mummy pun tidak tahu mengapa ada orang yang sukar sekali mengukir senyuman sedangkan kita tahu  pahalanya setara dengan pahala bersedekah harta benda.....


 Binatang pun tahu memberi senyuman..........manisnya senyuman kamu..........hi hi hiks(ehsan google)
Senyuman membawa seribu makna ........hanya dengan senyum tanpa sebarang kata-kata ..cukup untuk menggambarkan segala isi hatinya....
.
Penuhilah hari-hari dengan senyuman manis agar alam turut tersenyum kepada kita.



Arizakiah

7 comments:

kakcik said...

Assalamua'alaikum.

Saja nak beritahu ni, esok hingga Ahad, InsyaAllah kakcik akan berada di Kota Bharu. :)

Arizakiah said...

Kakcik;
Waalaikumsalam.....

Rasa seronok bila dapat tahu kakcik nak ke kota bharu....kalau ada ruang masa kita jumpa ye kakcik.....

kakcik said...

Kakcik menginap di New Pacific bilik 409. Ini no hp kakcik ; 0122830569. Kalau sudi telefonlah kakcik ya. :)

Art lover, cinnamonworldofcolours said...

Asmkm Arizakiah..
Setuju sangat tentang senyuman..
Selamat berkenalan.

azi said...

Salam Mummy...
Sayapun kadang-kadang hairan dengan ragam orang ni...terlalu susah nak menghadiahkan kembali senyuman pada orang yang sudi senyum dengan dia...betul kata Mummy...malang betul hidupnya...sebab itu sedekah yang tak payah keluarkan belanjakan....

Saya selalu terkena Mummy...sebab saya ni suka senyum pada orang (perempuan)wpun tak kenal...bila dah macam tu, geram le jugak...:)

maszull said...

assalamualaikum arizakiah... selamat hari raya jenjalan datang beraya yer..:)

Zakia said...

Bangun pagi terus senyum..then mood pun ok :)