Photobucket

Followers

Thursday, December 8, 2011

WAA......CANTIKNYA RUMAH BARU KHAIRUL FAHMI........

ASSALAMUALAIKUM.....

Mungkin khairul Fahmi Che Mat penjaga gol kebangsaan yang famous amos tu masih lagi berduka dengan kehilangan adik kandungnya 4,5 hari lepas, Mohd. Amirul Izzat Che Mat , 16 tahun akibat demam denggi...
namun ucapan sekalung tahniah untuk KFCM kerana tak lama lagi kerajaan Kelantan akan menyerahkan kunci rumah baru .
 KFCM bersama mengusung jenazah adiknya untuk dikebumikan

Idea hadiah rumah banglo tersebut adalah dari Tuan Guru Nik Aziz sendiri bagi menghargai jasa penjaga gol tersebut kerana membantu pasukan Harimau Malaya menjuarai  Piala Aff Suzuki tahun lalu  .





 Rumah ini  terletak di Taman Kurnia Jaya ,
Pengkalan chepa.


Siapa kata main bola tak boleh jadi kaya? Tapi mesti main betul-betul.....

Semasa mummy belajar dulu, seorang guru mummy pernah berkata......

"ingin jadi kaya tak semesti berjaya dalam pelajaran saja.....kalau berbakat dalam tarian, menarilah betul-betul sehingga termasyhur di seluruh panggung di dunia.....kalau minat menyanyi, jadilah penyayi terbaik yang diminati sampai mati... kalau minat bersukan, jadilah pemain yang boleh mencipta nama...mengharumkan negara, menjadi sebutan di seluruh dunia....kalau nak jual keropok, ciptalah resepi keropok yang sukar ditandingi keenakannya..... kalau melakukan sesuatu perkara, buatlah sehabis baik...."
Kalau apa saja yang kita lakukan dengan komitmen yang tinggi pasti akan berjaya..........dan sampai sekarang kata-kata itu masih mummy ingat......



Hai sang murai,......kau tau tak yang aku dulu ingin jadi penyanyi lebih baik dari syarifah aini.....tapi sudahnya nyanyi di ceruk dapur sahaja  ........HA...HA..HA






ARIZAKIAH

6 comments:

Qhaifa Nur said...

salam mummy,

memang cantik rumahnya...
bola sepak kita sekarang dah naik sikit sejak menang sukan sea ari tu..
penat lelah mereka dihargai..

Unknown said...

klu kita berjasa, ada la orang anugerhakn kita :)

azi said...

Salam mummy...
Saya setuju dengan Mummy...kehidupan kita tidak akan berubah kalau kita sendiri tak cuba mengubahnya...yang penting usahakan...

Bertuah KFCM...cantik rumahnya...

sal ya said...

utk ayah dia jugak. rezeki terpijak tu kena bersyukue la kalau dapat kan mummy?

Annie said...

takziah untuk fahmi

ILA HonEyBuNNy said...

al-fatihah..

cntk rumah dia..ya mummy..kalau xblaja tinggi2 pun kita leh berjaya asalkan ada usaha..;)