Photobucket

Followers

Tuesday, January 3, 2012

SAMBUTAN TAHUN BARU 4 BLOGGER DI NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG

Assalamualaikum......


SELAMAT TAHUN BARU BUAT SEMUA....


Azam????..mummy jarang memasang azam...cuma harapan mummy semoga Tahun ini mummy lebih produktif di dalam apa jua bidang biarpun mungkin kudrat tidak lagi seiring dengan hasrat.....


Pembuka tirai 2012 yang cukup manis,  pertemuan yang tak dirancang 4 blogger rupawan (perasan rupawan la pulak) di negeri Cik siti Wan Kembang....dan seorang  di antaranya memang sangat kembang..youuuu..har..har....har........ini mesti makcik yang berbaju merah putih tu !!!!!! 


Penamat  2011 dan permulaan tahun 2012 yang sangat sibuk......Adus...bila masa pulak mummy tak pernah sibuk hah?
Sebenarnya blogger AA dah inform kat mummy nak bercuti di Kelantan di tahun baru ni tapi mummy terlupa dek kesibukan yang tak pernah ditemui noktahnya...sehinggalah mummy dihubungi Azie pagi tadi yang dia telah pun berada di Kota Bharu dan kami bertemu di restoran 'Nasi Ulam Cikgu'sebuah restoran yang tersohor di Kota Bharu......  Kalau sesiapa yang bercuti ke Kota Bharu dan tak singgah makan di Restoran Nasi Ulam Cikgu ni, percutian mereka dikira tak lengkap....
Di pintu gerbang restoran cikgu

Azie yang sangat mesra dan hamble.....Lebih cantik dan menawan daripada yang mummy tengok dalam gambar......
Pertama kali berjumpa seperti sudah kenal lama

Di pertemuan yang singkat tengahari tadi mummy sempat bertanya khabar Hisyam .......dan suatu rahsia yang korang tak tau.......syhhhhhhh........Hisyam suka pada wanita yang bertahi lalat di muka.....nasib baik mummy tak jumpa Hisyam semasa anak dara dulu....kalau tidak mesti cinta Hisyam pada Seri Bulan tergugat jua kerana wajah mummy di penuhi tahi lalat dan pastinya akan terpesona dengan tahi lalat paling besar sekali di bawah mata tu......(gelak terguling-guling)...jangan marah ye Seri Bulan........


Dan mummy tahu ..sesiapa saja yang mengenali Azie akan menyenanginya............


2 blogger yang bersama Azie adalah berasal dari Kelantan dan baru mummy kenal tengahari tadi.....harap pertemuan kita tidak berakhir begitu saja........


Kuih muih Kelantan semua manis-manis sebab tu la orangnya pun manis..


Harap juga Azie suka dengan cenderahati dari mummy..biarpun bukan color purple.......


Semoga kita semua saling 'keep in touch'


Sekarang Azie dah balik..bolehlah jenguk-jenguk apa yang dibuatnya kat Kota Bharu..tekan sini untuk ke blog Azie

2 - 3 hari mummy menerima tamu dari jauh bersambung-sambung.........
Semoga keluarga Farah dari Teluk Intan, kak pah dari KL dan kawan-kawan Adeela yang  sudi jadi  penghuni di 'homestay'  'Anjung Pulau Dewa'  rasa cukup selesa dengan layanan tak seberapa orang di sini....  Homestay mummy ni tak payah bayar.........har.har..har.  Datanglah lagi.....








ARIZAKIAH







12 comments:

Nurul Ain said...

bestnyer dpt jalan-jalan...=)

Arizakiah said...

Diorang yang jalan-jalan...Kelantan tu negeri mummy. Mummy hanya jumpa mereka sekejap je ...tapi sangatlah exited dapat berjumpa sebab selama ni berhubung di maya je...Tak sangka dpt jumpa di alam nyata...

Bintangjauh said...

Salam wahai Zakiah, dahului dengan ucapan dari Ratna sekeluarga Selamat meraikan kedatangan Tahun Baru 2012 yang bersih lagi baru ini semoga apa sahaja yang telah diniat sebagai sebuah azam-harapan buat sepanjang perjalanan tahun 2012 ini akan ditunai-tepati dengan gemilangnya juga rahmat-berkat dariNya yang maha Pengasih lagi Pemurah.

Ya ampun ... cantik jelitanya Zakiah berhias dengan warna merah yang galak dilembutkan dengan warna putih yang suci itu, tampak anggun sekali!

Salam manis manis madu.

Arizakiah said...

Ratna,

Semoga apa saja yang kita hajatkan akan terlaksana,,insyaallah.

Kakcik Seroja said...

Enath bila agaknya saya akan ke KB lagi. Harap2nya suami kakcik akan ada kerja di sana nanti. :)

Restoran Cikgu tu yang dekat Pusat Kraftangan itu ke? Kakcik pernah makan di sana.

Arizakiah said...

memang betul tu kakcik,....
Tempat kami duduk dan bergambar tu bahagian terbuka yang telah dibina dengan bumbung sahaja.... lebih luas dari bahagian asal....sangat murah

Kalau kakcik datang kota bharu bolehla kita jumpa ye....

eelobor said...

huhuhu....ruginya tak sempat joint makan nasi ulam sekali sebab plan last minit.... mmg sibuk sket ari tuh.

Arizakiah said...

eelobor;

tula....kalau berlima kan lagi best....

azieazah said...

Terimakasih Kak! Terimakasih Kak! Terimakasih Kak!

Tak terhingga besar hati saya, sebab Akak sudi jumpa kami dan layanan Akak.

Bila bila nanti, boleh jumpa lagi kan?

Arizakiah said...

azieazah;

Sebenarnya rasa tak puas sebab dapat jumpa sekejap je....

Mesti..mesti..tentunya dilain kali kita boleh buat gathering yang lebih happening kan?

Unknown said...

kak..
bila singgah blog kak aa, baru perasan pertemuan kalian..

mmg terbest....
kalau kesana, ayu cari kak ya

Arizakiah said...

Citarasa rinduan:

Best sangat dapat jumpa di alam nyata.

Mengapa tidak...kalau ayu datang kota bharu beritahu akak ye...boleh kita jumpa..insyaallah.