Followers

Wednesday, May 4, 2011

PERKASAKAH MELAYU TANPA BAHASA?

Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang molek itu budi,
Yang indah itu bahasa.

Saya ni bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang bahasa, bukan juga seorang cendikiawan terbilang untuk berbincang tentang perlembagaan. Cuma sesekali terdetik rasa kesal dengan sikap orang kita yang memperlekehkan bahasa sendiri.

Beginilah bahasa saya setiap kali mencatat diari hati yang ingin dikongsi di sini (bukannya betul sangat pun..). sehingga dalam sedar suatu hari di ziarahi oleh seorang blogger dan meninggalkan sedikit komentar, membaca tulisan saya ni bagai membaca tulisan orang zaman dulu-dulu ......
Saya agak kaget seketika tatkala membaca komentarnya...


Cetekkah saya kerana tidak pandai berbahasa rojak? Kolotkah saya kerana tidak mengikuti perkembangan bahasa orang muda sekarang yang menggunakan bahasa entah apa-apa. Saya tidak sedih kalau orang kata bahasa saya ni bahasa dulu-dulu cuma yang menyedihkan saya ialah orang melayu malu berbahasa melayu dan segelintirnya tidak tahu berbahasa melayu dengan betul.

Secara jujur saya sendiri masih belajar membetulkan penggunaan bahasa melayu saya.

Hai Sang Nuri,.....lembutkan lidahmu, marilah belajar bahasaku......





ARIZAKIAH

8 comments:

azieazah said...

Salam Kak.
Orang yang berkata kita kolot kerana berbahasa Melayu itulah yang patut malu pada dirinya sendiri kerana dia juga Melayu.

Saya sendiri lebih suka membaca ayat yang ditulis lengkap berbanding yang terlalu ringkas spi bahasa sms itu. Pening nak fikir.

Kita sendiri yang merosakkan bahasa ibunda kita. Tak malukah?

Arizakiah said...

AA,
Betul tu..zakiah setuju.
Kalau nak bercakap tentang bahasa ni memang banyak yang zakiah nak perkatakan cuma bimbang banyak hati yang tersentuh.

bintangjauh said...

Salam kasih buat Zakiah, Anakanda ada berkata "Maman (Ibunda) tidak boleh jadi terkenal dikalangan bloggers semua kerana masih menggunakan bahasa melayu lama dan kalau tidak gunakan bahasa Queen's english".

Ratna jawab,"Maman ada-kan blog ini bukan untuk jadikan diri terkenal dan di mahsyurkan, ia-nya ada kerana sebagai saluran kepada Ratu2 ditanah Malaysia, lagi pun berbahasa melayu yang setulin-nya mesti diamalkan kerana ia-nya adalah identity kaum melayu kita", voilà!!

Seperkara lagi bahasa itu ada-lah tiang latar-belakang kita yang mesti terusan di-perkukuhkan malangnya di perbelakang kan kerana dianggap sebagai ketinggalan zaman, Ratna tidak hairan pabila orang melayu kita sendiri malu terhadap bahasa sendiri, lagi2 mereka lebih senang menggunakan bahasa Queen's english. Tidak Ratna rasa malu atau berperasaan rendah semata-mata bahasa melayu yang Ratna gunakan tampak kolot lagi berbesar hati kerana Ratna tidak lupa dan sedar diri dari mana datangnya akar latar-belakang diri yang sebenar.

Sayang sekali dan tampak jelek pabila bahasa kita diputar-belitkan, jadinya Zakiah jangan berperasaan lesu dek kerana komentar tersebut -dia adalah seorang yang berminda cetek dan tiada punyai kebanggaan terhadap asal usul nenek-moyang kita dan siapa lagi yang akan mempertinggikan bahasa melayu kita, bukan kah kita penwaris yang mutlak bagi meneruskan keindahan asli bahasa melayu kita ini.

Ratna berbangga juga berbesar hati kerana masih ada lagi (walaupun tidak banyak) yang membela bahasa melayu kita ini, terimakasih menggunung tinggi buat Zakiah yang sudi dan berani menimbulkan issue bahasa melayu kita. Ingin sungguh Ratna pertikaikan dengan lebih tajam lagi tapi bak kata Zakiah "bimbang banyak hati yang tersentuh".
Salam manis manis madu.

Citarasa Rinduan said...

assalamualalaikum..

kak arizakiah. ayu kan mengakumi dengan penulisan kak..

maklumlah.. agak sukar nak cari blog yang menulis ayat yang cantik dan molek seprti penulisan mu

ayu betul2 admire dgnmu..
tahniah kak.. teruskan usaha ya

Arizakiah said...

Salam kasih buat Ratna,
Terima kasih kerana menjadi penyokong zakiah....

Kita tidak mahu bahasa Melayu dikubur dan ditalqinkan oleh bangsa sendiri.Walaupun keperluan bahasa inggeris begitu mendesak tetapi dalam masa yang sama bahasa ibunda perlu dipertahan dan dimartabatkan.

Arizakiah said...

Ayu,
Merah padam wajah Akak.... rasa malu sendiri dengan pujian ayu yang menggunung....

Bahasa adalah tulang belakang pembinaaan tamaddun alam melayu.
Melayukah kita tanpa bahasa?

Dr Mohd Hafiz said...

Salam perkenalan kak, saya sokong 100% penggunaan bahasa melayu yang betul dalam blog. Saat ini ramai blogger yang suka guna bahasa rojak bahkan perkataan kesat dalam blog-blog mereka. Semoga masih ada mereka (cth para blogger seperti akak) yang mempertahankan keaslian bahasa ibunda kita iaitu bahasa melayu..

Arizakiah said...

Dr Mohd Hafiz,
Terima kasih Hafiz...Cabaran yang dihadapi dalam memperkasakan bahasa Melayu ialah sikap masyarakat kita sendiri....