12 HARI LAGI NAK SAMBUT TAHUN BARU....
Mood berblog entah kemana...agaknya hanyut ke Laut Cina Selatan bersama angin monson timurlaut yang membawa banjir pantai timur....
Tapi hari ni mummy terpaksa rajinkan diri kerana rumah sangat berhabuk dan bersawang..hu..hu..hu
Tempahan sireh junjung untuk majlis tunang dan kahwin terpaksa mummy tunaikan walaupun rasa tak larat.....
Sireh junjung ni adalah perkara wajib dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri majlis ia juga dianggap sebagai pelengkap adat .
Pada mulanya menurut kawan mummy adiknya tu Alami, nak melangsungkan majlis sebelah petang tapi di awalkan langsungnya ke sebelah pagi Jumaat lepas.....
Sesuai dengan kepentingannya maka pagi itu mummy pun....
Meredah hujan untuk ke Pasar Siti Kadhijah.....
Takde duit kecik ke cik Jah.....
Terima kasih.....
Saya beli ye.....
Mummy beli.......
Daun Sireh...harga daun sireh sekarang sangatlah mahal. 1 ikat RM6.00
Bunga......ikut tema tempahan
pink biru...mummy tambah putih untuk menaikkan seri....
bunga-bunga malaysia.......
moden dan tradisional.....yang dijual di pasar . mummy tak beli sebab mengikut tema....
Maaf, mummy tak dapat nak bagi tunjukcara step by step.....photographer malas nak snap....ahaks...
Susun daun sireh di sekeliling span....sematkan dengan peniti.
kemaskan susunan sireh
INILAH SIREH JUNJUNG BIDAN TERJUN YANG MUMMY GUBAH KURANG DARI 1 JAM.......
Mengikut tradisi melayu, sireh junjung dari pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada pengantin perempuan untuk menunjukkan peranan dan tanggungjawab lelaki sebagai ketua keluarga.
Tetapi seiring dengan perkembangan zaman, sireh junjung telah digubah menjadi pelbagai bentuk dan sesuai dengan konsep......
Anak Pucong anak merbah,
Terbang hinggap di dahan meranti;
Sireh junjung kanda persembah,
Mengikat kasih bagai dijanji....
ARIZAKIAH