Assalamualaikum.....
NYANYI SIKIT..................
Wal hasil balik asal,
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari fasal,
Itu fasal tak hasil.....
hu..hu..hu.....nangis dah...
Tak ada lagi muka baru.......wal hasil balik asal.....semuanya dah jadi macam biasa..tiada lagi yang nice dan advance......
Mummy terpaksa tukar semula template blog mummy kerana memikirkan gaya baru yang mummy guna tu menyusahkan pengunjung nak membuka dan membaca entri mummy......rugi kalau u olls tak sempat berkunjung 2 -3 hari lepas......
Sekarang....semua tu dah tiada lagi..hu..hu..hu..(nangis lagi) sebenarnya sayang nak tukar tapi keadaan tidak mengizinkan... nantilah..kalau suatu hari mummy temui cara penyelesaian segala mekanisma kepayahan tu, mummy akan gunakan semula penggayaan baru tu.........kheen...
cuti hujung minggu mummy habiskan dengan membaca......
Sebenarnya novel ni dah lama mummy beli. 10 tahun yang lalu. Baca sekali dan simpan dalam almari. bila mummy kemas buku-buku putera mummy yang berselerak selepas tamat PMRnya, mummy temui buku ini......SEROJA MENGORAK KELOPAK.....
Jalan ceritanya sangat menarik. Digarapkan oleh ARENA WATI sebegitu rupa.....kisah berkisar di negeri Jepun.
Segala gerak laku watak-wataknya dilukis dengan terperinci sehingga pembaca dapat menyelami suasana kehidupan di negara itu. Dan yang paling menarik ialah kehadiran watak-watak Melayu di tengah-tengah pergolakan industri di Jepun...tetapi barangkali ada juga isu-isu global yang sukar difahami. (barangkali hanya mummy yang tak faham).
Dan...babak romantis pun ada.....ahaks.....
Bait puisi yang mummy petik dari caturan ARENA WATI....
Telah kuketepikan dunia
hidup dengan selimut kumal
kain selapis, tak berjahit
terlalu tipis, walau hanya untukmu seorang
tapi marilah dan kita nikmati tidur cendera.....
Sakura Mengorak Kelopak ms 89.,...
Siulan burung ketitir menyedarkan mereka bahawa matahari sudah terbit, lalu masing-masing bangkit dari tilam tipis tempat duduknya, dan berjalan mengambil udara pagi di sekitar taman, sementara menunggu sarapan disediakan di Pavilion Tasik. ..........
Menempel teratai putih dan jingga mekar di kolam kaca yang mummy beli di Langkawi tempoh hari
ps; dalam novel SMK pun masih ada burung ketitir.......
ARIZAKIAH