Assalamualaikum
Kat dapur dato' Siti ada bantal. he..he..he
Setelah mummy buat entry tentang biskut ada beberapa orang kawan mummy yang menelefon mengucapkan terima kasih kerana entry tersebut,
Ada setengahnya dah mencuba, Cepatnya.....mungkin bahan dah ada di dapur saki baki buat kuih raya bulan lepas....Rupaya ramai di luar sana peminat biskut dahlia/samperit. Ingatkan mummy je...
Kebanyakan kawan mummy bukan blogger tapi ada mereka ada laman facebook, jadi mereka masih boleh melayari blog mummy.
Walaupun mummy telah buat bisnes cookies lebih 25 tahun tapi mummy tak pernah rasa diri mummy expert.
Seorang cendikiawan sekali pun tidak pernah mengaku mereka bijak melainkan terus mencari, mencari dan mencari. Menyelidik dan memanipulasi........
Sekiranya mummy memaparkan sebarang resepi di sini, bermakna mummy cornfirm memang best dan mummy telah buat berkali-kali bukannya mummy copy paste dari orang lain.
Kepada yang ada kemusykilan tentang cookies boleh bertanya pada mummy, insyaallah mummy akan cuba jawab sekadar yang termampu.
Kebanyakan resepi yang mummy dapatkan di internet atau majalah, mummy tidak menciplak 100 peratus melainkan mummy dah oter untuk menjadikannya lebih sedap dan simple.
Sebagai contohnya resepi biskut dahlia di entry lepas.
click di sini. Cantik , simple dan sedap. Tidak menggunakan banyak bahan tetapi sedap, membuatnya pun tidak renyah kerana sesetengah resepi perlu menyangai tepung dulu supaya gebu. Untuk berniaga seboleh mungkin mummy perlu jimatkan masa....Maklumlah....bekerja dan berbisnes,,mummy perlu bahagikan masa,
Ini di antara beberapa soalan dari kengkawan mummy yang sudah pun mummy jawab cuma mummy paparkan di sini untuk panduan kita bersama.
SOALAN; Apakah bezanya menggunakan majerin dan butter?
MUMMY JAWAB; Menggunakan butter biskut rasa lebih lemak tapi majerin rasanya biasa-biasa je.
SOALAN; Apakah resepi asas untuk menyukat tepung dan lemak bagi membuat biskut?
MUMMY JAWAB; Setengah lemak dari tepung. Maksudnya 250 gm butter untuk 500gm tepung.
biskut gebu kuantiti tepung kurang sikit.
SOALAN; Kalau tepung lebih?
MUMMY JAWAB; Biskut itu mungkin keras atau rangup.
SOALAN; Adakah tepung perlu disangai terlebih dahulu?
MUMMY JAWAB; Sesetengah biskut ya.....tetapi biskut yang menggunakan tepung jagung atau tepung kastad dengan kuantiti yang banyak tak payahla disangai kerana tepung jagung atau tepung kastad sudah mempunyai kuasa menggebu,,,,,,
SOALAN; Mengapa mummy menggunakan Telur kuning yang banyak dalam resepi biskut dahlia (3 biji) sebab ada resepi menggunakan sebiji kuning telur sahaja.
MUMMY JAWAB; Kalau u olls nak gunakan sebiji saja pun boleh tapi alamat lemau dan melecurlah jari kamu nak memicit adunan dahlia tu...KERAAAASS......MELAINKAN KAMU SEORANG YANG GAGAH PERKASA. HA..HA..HA... Tapi kalau u olls menggunakan telur saiz AA bolehlah menggunakannya 2 biji sahaja. sebab sukatan tersebut untuk telur bersaiz B.dan jangan gunakan putih telur.
Itulah saja beberapa soalan yang mummy terima. u olls ada soalan?
SEMOGA ILMU YANG DIMANFAATKAN , PAHALANYA BERBANJANGAN...
AMIN.......
ARIZAKIAH