Kat dapur dato' Siti ada bantal. he..he..he
Setelah mummy buat entry tentang biskut ada beberapa orang kawan mummy yang menelefon mengucapkan terima kasih kerana entry tersebut,
Ada setengahnya dah mencuba, Cepatnya.....mungkin bahan dah ada di dapur saki baki buat kuih raya bulan lepas....Rupaya ramai di luar sana peminat biskut dahlia/samperit. Ingatkan mummy je...
Kebanyakan kawan mummy bukan blogger tapi ada mereka ada laman facebook, jadi mereka masih boleh melayari blog mummy.
Walaupun mummy telah buat bisnes cookies lebih 25 tahun tapi mummy tak pernah rasa diri mummy expert.
Seorang cendikiawan sekali pun tidak pernah mengaku mereka bijak melainkan terus mencari, mencari dan mencari. Menyelidik dan memanipulasi........
Sekiranya mummy memaparkan sebarang resepi di sini, bermakna mummy cornfirm memang best dan mummy telah buat berkali-kali bukannya mummy copy paste dari orang lain.
Kepada yang ada kemusykilan tentang cookies boleh bertanya pada mummy, insyaallah mummy akan cuba jawab sekadar yang termampu.
Kebanyakan resepi yang mummy dapatkan di internet atau majalah, mummy tidak menciplak 100 peratus melainkan mummy dah oter untuk menjadikannya lebih sedap dan simple.
Sebagai contohnya resepi biskut dahlia di entry lepas.click di sini. Cantik , simple dan sedap. Tidak menggunakan banyak bahan tetapi sedap, membuatnya pun tidak renyah kerana sesetengah resepi perlu menyangai tepung dulu supaya gebu. Untuk berniaga seboleh mungkin mummy perlu jimatkan masa....Maklumlah....bekerja dan berbisnes,,mummy perlu bahagikan masa,
Ini di antara beberapa soalan dari kengkawan mummy yang sudah pun mummy jawab cuma mummy paparkan di sini untuk panduan kita bersama.
SOALAN; Apakah bezanya menggunakan majerin dan butter?
MUMMY JAWAB; Menggunakan butter biskut rasa lebih lemak tapi majerin rasanya biasa-biasa je.
SOALAN; Apakah resepi asas untuk menyukat tepung dan lemak bagi membuat biskut?
MUMMY JAWAB; Setengah lemak dari tepung. Maksudnya 250 gm butter untuk 500gm tepung.
biskut gebu kuantiti tepung kurang sikit.
SOALAN; Kalau tepung lebih?
MUMMY JAWAB; Biskut itu mungkin keras atau rangup.
SOALAN; Adakah tepung perlu disangai terlebih dahulu?
MUMMY JAWAB; Sesetengah biskut ya.....tetapi biskut yang menggunakan tepung jagung atau tepung kastad dengan kuantiti yang banyak tak payahla disangai kerana tepung jagung atau tepung kastad sudah mempunyai kuasa menggebu,,,,,,
SOALAN; Mengapa mummy menggunakan Telur kuning yang banyak dalam resepi biskut dahlia (3 biji) sebab ada resepi menggunakan sebiji kuning telur sahaja.
MUMMY JAWAB; Kalau u olls nak gunakan sebiji saja pun boleh tapi alamat lemau dan melecurlah jari kamu nak memicit adunan dahlia tu...KERAAAASS......MELAINKAN KAMU SEORANG YANG GAGAH PERKASA. HA..HA..HA... Tapi kalau u olls menggunakan telur saiz AA bolehlah menggunakannya 2 biji sahaja. sebab sukatan tersebut untuk telur bersaiz B.dan jangan gunakan putih telur.
Itulah saja beberapa soalan yang mummy terima. u olls ada soalan?
SEMOGA ILMU YANG DIMANFAATKAN , PAHALANYA BERBANJANGAN...
AMIN.......
ARIZAKIAH
19 comments:
selamat malam kak arizakiah
lama tak BW kesini...
kak.. terima kasih berkongsi ttg tips yang terbaik buat biskut ya..
selalu sukar yang pandai buat cookies nak syer tips mereka..
tang butter tu.. ayu lepas nie nak guna butter jerlah.. selain lemak manis, mestilah rangup jer kan?
citarasa Rinduan:
Dengan butter atau marjerin, biskut boleh jadi apa saja...rangup atau gebu..yang penting sukatan bahan dan item bahan yang menentukan biskut itu rangup atau tidak....butter mempunyai rasa tersendiri kerana ia adalah hasil tenusu..tanpa susu pun biskut macam rasa susu....cubalah ayu...
Seronoknya dapat baca tip dan perkongsian pengetahuan dari orang yg berpengalaman dan handal dalam sesuatu bidang.
Saya tak buat kuih, suka makan tapi teruja nak cuba nanti...
Salam Mummy..
Tq ye sudi kongsi tip dan "rahsia" ...tak semua orang mahu kongsi ilmu ni mummy..tambah2 kalau diorang bisnes kuih...
Semoga Allah murahkan lagi rezeki mummy..
Salam kenal...terima kasih singgah dan folo sy..
alhamdulillah dapat sahabat blogger dan bertambah lagi ilmu di dada..
saya mengambil tempahan almond london utk musim perayaan saja...macammana nak bagi biskutnya (sebelum dicelup coklat) menjadi rangup..biskut almd london kakak ipar sy lebih rangup berbanding sy..mungkin kah kerana dia menggunakan marjerin dn sy menggunakan butter meyebabkan biskut sy lebih rapuh da mudah pecah bila disimpan sebelum proses mencelup coklat.
thanks..
Azieazah,
Akak bukannya handal sangat. Sekadar berkongsi untuk sesiapa yang sudi....
Lagi pun biskut dahlia simple dan cepat nak membuatnya. akak boleh siapkan 400 biji dalam masa 1 jam tanpa pembantu..biskut lain jangan haraplah ...
Azi,
Ilmu yang dimanafaatkan, pahalanya berpanjangan...
nyanyisunyi,
Biskut yang dicelup coklat mestilah keras sedikit adunannya kerana ia akan dilembabkan oleh coklat.Kalau sebelum celup coklat dah pecah, dah dicelup ia akan jadi gebu. biskut almond london mestilah rangup kacang dan biskutnya..barulah sedap. Baiki sukatan adunan nyanyisunyi......
salam mummy...thanks share tip ni bersama2 kami...:)
ada tips. sy suka. sy suka jgk dgn biskut dahlia. tp paling suka sarang semut. jarang dpt jmp sarang semut yng sedap. mummy ada resepi? hehehe...
Assalamualaikum,
Mummy, saya tak pandai buat biskut ----> reti makan biskut je.
salam mummy,
saya baru belajar buat almond coklat chips cookies..biskut saya adakalanya jd lemau..adakalanya rangup..mcm mana nak jdkan biskut x terlalu rangup n tidak lemau? adakakah salah kuantiti tepung gandum dan butter menjadi punca?
Salam mummy.. Brp suhu dan jngka masa utk panggang almond utk untuk almond london.. Maaf bertanya sbb sy buat almond london tp almond x rangup..
eiza Sharon:
Mummy bukannya expert sangat tentang biskut sebab bukan chef tersohor. mummy jawab berdasarkan pengalaman.
Adunan biskut yang menggunakan serbuk penaik @ tepung naik sendiri biasanya akan membuat biskut lebih rangup.Penggunaan tepung jagung yang banyak akan membuat biskut lebih cepat lemau.Kalau terlebih tepung gandum biskut jadi keras.Kaji sukatan bahan yang Eiza gunakan.
Qaseh ifza:
Biasanya mummy bakar badam dgan suhu 170 darjah celcius selama 15 min dalam oven yang sudah dipanaskan. Walaupun begitu kepanasan oven adalah tidak sama jika menggunakan oven kecil.Lebih mudah jika qaseh uji dengan menggigit badam yang telah dibakar. kalau warna didalamnya sedikit keperangan(gelap sikit dari warna kacang sebelum dibakar) bolehlah dikeluarkan. semasa masih panas mungkin kacang tidak rangup tapi jgn bimbang kerana bila sejuk nanti kacang akan rangup.
Mcm mna nk buat biskut lmbt lemau ?
Mcm mna nk buat biskut supaya xcepat lemau ?
Mcm mna nk buat biskut lmbt lemau ?
Assalamualaikum... mummy kalau adunan kita tlbih gandum n bila bakar jadi keras... mcm mana ye nk buat... kena tambah apa nk bg adunan tu blh menghasilkan biskut yg ragum n gebu... ke kena buat adunan baru...
Post a Comment