Hari ni rasa nak jenguk rumah bonda. Selepas raya baru hari ni ada ruang untuk menjenguk ayah bonda.
Sunyi benar...........hati rasa sayu. kedua orang tua yang sudah tak berapa kuat walaupun mereka cuba menunjukkan semangat mereka masih kuat.
Hari ni mummy masak nasi minyak bersama dalca sayur dan ayam masak merah. Bawa sedikit untuk mereka berdua. Nampak benar selera mereka dah berkurang.
Teringat di ramadan lepas mummy berpakat-adik beradik untuk berbuka di rumah bonda. Buat surprise...tak kasi tau mereka. Kami masak lauk-pauk kat rumah masing-masing. Dah dekat waktu berbuka kami serbu rumah bonda sama-sama.....Girang benar mummy tengok mereka berdua........makan nasi bertambah....
juadah berbuka yang kami bawa..melihat ayahanda bonda berselera suatu saat yang mengharukan.... |
Bila raya, rumah bonda penuh dengan anak cucu. Riuh rendah dengan hilai tawa.....
Sesungguhnya nilai kebahagian buat orang tua ialah keakraban hubungan dan kasih sayang anak-anak . Melihat gurau senda anak cucu, senyum mereka sampai ke telinga....
keletah cicit sering menjadi perhatian...
sempat lagi berpraktikal pegang baby Muhammad Darwish Alexander
nun di belakang ayahanda sebok bersembang, bonda sedang bersalaman, sianak dara sempat lagi merakam senyuman....
lama tak jumpa..bertanya kabar sanak saudara..hariraya macam majlis kenduri-kendara
Lama mummy berfikir....bagaimanakah mencari ruang dan peluang untuk sentiasa membuat kejutan buat ayahanda bonda tersayang agar hari-hari yang tersisa dihiasi dengan senyuman....
Menunggu ramadan atau raya tahun depan yang belum pasti sempat mummy temukan......
Ya Tuhanku,
Lanjutkan usia ku dan usia ayah bonda agar dapat aku berbakti hingga akhir hayat nanti.....
ARIZAKIAH
6 comments:
bestkan bila dpt berkumpul ramai2, meriah suasana cam kat umah family en. abah gak
mamasyaza,
Memang best dapat berkumpul ramai-ramai. biarpun bingit tapi cukup menyenangkan.
meriahnyaa kak...g rindukan kemeriahan yg mcm tu...
g pun lom sempat nk poser...cuti tu dgn cirit birit bagai...pastu la ni tgh bulan mengambang plak...pasni harap2 leh poser direct :)
ayat kat entry ni terasa sayu pulak.. Selamat Hari Raya
mekchu tak balik kelantan laa.. sbb asal n9.. hehe)
bestnya berkumpul ramai2 mcm tu...sure happening..
jasa mak ayah tak terbalas rasanya kan kak..
Salam Zakiah, berhari-Raya yang segini Ratna adore kan kerna suasana sejati, meriah lagi bergotong-royong sepakat sekata-sehati bersama adik-beradik sepusat-sepusing juga ipar-duai bagi membahagiakan rasa perasaan Bonda kesayangan, indahnya.
Bertuah Zakiah punyai sebuah keluarga yang rapat lagi sehati, sejuk rasa perasaan Ratna dengan gambaran lebaran yang indah.
Salam manis manis madu.
Post a Comment