Photobucket

Followers

Monday, August 22, 2011

SAKITNYA HATIIIIIIIII.......

Assalamualaikum.

Hari ni semua kerja tak menjadi... ..

Dek sakit hati dengan tuturkata seseorang mummy jadi hilang fokus. Sepatutnya di bulan puasa ni mummy kena banyak bersabar..Tapi nak buat macam mana...hati ni tetap nak sakit jugak......

Manusia sombong.....
Sering mencari kesalahan orang
tapi kesalahan sendiri di sorok-sorok tak nak ketahuan,

Selalu saja langkah orang nak dibetulkan,
Sedangkan langkah sendiri senget macam  ketam berjalan,

Sering berlagak pandai
sedang diri sendiri berotak kaldai,

Kerja sedikit di canang seluruh negeri,
sedangkan tidak pernah ada 1 jasa diberi.....

Sangat seronok cantas mencantas,
Bila lihat orang lain naik dengan pantas kerana punya berbagai kelebihan, ,
Sedang diri sendiri belum pernah ada kemahiran.

Ya Tuhanku.....
Jauhilah hatiku,
Dari penyakit busuk hati dan hasad dengki,
Seperti manusia sombong itu..
Bersihkan hatiku,
dari dikotori dengan perasaan benci..
Kerana...
Aku tahu.....
Aku terlebih dulu makan garam,
Hingga berpenyakit darah tinggi....(ha..ha..ha...kelakarlah pulak...tekanan darah mummy sudah meninggi ,,,,160/100 )

Maka...dengan ayat yang last sekali,
Mummy sudah tidak sakit hati lagi...............


Ramadhan seringkali menjadi pembersih hati.................................

Hai muraiku......kicaumu seringkali menenangkan hatiku.....


ARIZAKIAH

Saturday, August 20, 2011

BISKUT SARANG SEMUT

Assalamualaikum.

Semangat nak raya dah mula terasa. Ambil kesempatan di cuti hujung minggu, mummy mula godek-godek buat biskut raya..Kebanyakan biskut moden mummy kurang suka. Biasanya pilihan mummy adalah biskut-biskut lama. 

Hari ni mummy buat Biskut Sarang Semut.Namun ini bukan resepi asli. mummy dah pun ubahsuai dan tokok tambah supaya jadi lebih sedap.


Bahan-bahannya:
250 g mentega
150 g  gula caster
250 gm tepung gandum *
110 gm tepung kastad *
110 g tepung jagung *
 1 camt baking powder *
1 biji kuning telur
1 camt essen vanilla

Hiasan:
Bijan hitam
Jelly tip


Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda *
2. Putar mentega dan gula caster sekejap je. tak payah kembang.sangat.
3. Masuk kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sekejap.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak dan uli hingga menjadi doh.
5. Ambil doh, kepalkan sebesar penumbuk, ha,,,,ha,,,ha,,jangan tergelak pulak...biskut klasik kenalah buat cara klasik  jugak..mummy ulang ye.....ambil doh sebesar penumbuk, kepalkan supaya jadi padat dan garu dengan garfu/ sagat.
6. Sudukan adunan yang telah digaru/sagat ke dalam paper cup . Buatlah sampai adunan habis, hias dan bakar dalam oven dengan suhu 160 darjah celcius selama 20 minit..

Hai nuri ku, terpesona ku melihat warnamu...nak ku hiaskan biskutku secantik baldu birumu.......


ARIZAKIAH

Thursday, August 18, 2011

HARAM?????GELAP HATI MUMMY 40 HARI....

Assalamualaikum.....

Isu semasa sekarang ni tentang begitu banyak penggunaan bahan tak halal dalam makanan 'ready made' Tak pasti samaada adakah baru sekarang bahan haram itu digunakan atau baru sekarang pihak Jakim punya pekerja yang rajin bekerja.....oppsss!!!!maaf kalau mummy tersalah cakap.

Sebatian tak halal ini sering di gunakan dalam produk makanan. Usus, hati, tulang dan lemak babi di katakan terbaik sebagai bahan pengawet,perubatan dan perisa. Babi dijadikan sumber tersebut kerana mudah membiak dan murah.


Mummy ni yang semakin hari semakin rabun hanya nampak cop HALAL je... nak baca kandungannya E141 ke..E161 ke...mana mummy nampak....
Kalau sekali termakan bahan haram tu, gelaplah hati mummy selama 40 hari....Itu kalau sekali..kalau berkali-kali??? 

Namun...istilah halal menurut pendapat mummy bukan hanya terhad kepada penggunaan bahan halal  sahaja tetapi juga terhadap  kebersihan bahan dan premis-premis perniagaan. Kebersihan adalah salah satu gambaran iman.

Agaknya sebab itulah pengusaha keropok lekor di Terengganu diarah mendapatkan  sijil HALAL oleh Jakim. Ikan kena disiang dan basuh bersih-bersih. jangan pulak diblend dengan kepala-kepalanya sekali kerana kalau makan kepala ikan nanti lemahlah daya ingatan mummy yang dah semakin nyanyuk ni....

Premis juga mesti bersih ...kita tak nak la kan...makan keropok lekor jadi ceret beret.....dan sejujurnya memang pernah berlaku kepada mummy.

Tapi yang pasti..mummy adalah penggemar nombor 1 keropok lekor  ....kalau melalui jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu(mummy pun tak tau nama jalan tu), mummy mesti singgah kat gerai no 7. Keropok lekornya sedap.... (iklan la pulak....sape nak bayar?)   

Kalau jalan-jalan cari makan lepas solat terawih kat Kota Bharu, kedai makan yang jual 'colek' penuh sesak..... u olls faham tak maksud 'colek' tu....alaaa....keropok, seafood, ayam bakar,cucur udang dan segala salad yang dimakan dengan sos orang Kelantan menyebutnya COLEK.  Mummy dengar dengan hanya jual 'colek' je ....pendapatan mereka mencecah RM 20,000 seminggu. uuuuu......banyak tu..
Itulah rezeki ramadhan....dan yang pasti HALAL.



Hai bangau....jangan dimakan ikan pancingku.....
jangan haloba....itu lauk berbukaku........




 

ARIZAKIAH

Wednesday, August 10, 2011

LAGI-LAGI PASAL SI HERO MALAYA TU....KHAIRUL FAHMIIII.......


Assalamualaikum......


 
Di hari baik dan bulan yang mulia ni mummy tak nak mengumpat orang. Niat mummy buat entry pasal Khairul Fahmi jejaka pujaan Harimau Malaya adalah luhur dan suci murni.

Sebenarnya bukan Khairul Fahmi sorang saje yang mengalami peristiwa putus tunang. Ramai lagi orang-orang di sekeliling kita yang mengalami tragedi yang sama. Orang yang dah kawin pun boleh bercerai-berai kalau ketentuan jodoh hanya setakat itu sahaja. mungkin pedih untuk diterima tetapi tuan punya badan seharusnya redha kerana ajal maut, jodoh pertemuan adalah ketentuanNya jua.


Memahami kedudukan Khairul Fahmi(KF), Elia bekas tunang (EL)an Dalia(D), mummy rasa terpanggil untuk berbicara sepatah dua.

Kampung KF dengan  kampung mummy jaraknya lebih kurang 2-3 km je...tak jauh.....sedikit sebanyak desas-desus dan tempias cerita mereka sampai jugak ke telinga mummy. Yang mummy tau perpisahan mereka berpunca dari percanggahan pendapat dalam merancang persiapan perkahwinan mereka menjelang 4 bulan lagi......
Si EL nak yang macam ni dan Si KF nak yang macam tu.......Bila pendapat tak dihargai , dimanakah letaknya nilai seorang lelaki??Jadi, bila ada keluarga yang masuk campur, benda kecik jadi besar.....Walaupun KF seorang lurus orangnya, dia bukannya buah dadu yang boleh dilambung sesuka hati...dia juga ada perasaan dan ........LELAKI. Mummy ulang lagi sekali ye!!!!LELAKI........

Wajar kalau EL berasa tertekan dengan perpisahan mereka namun jangan u olls tak tau....KF juga tidak gembira dengan keputusan itu. Mungkin perpisahan itu langkah terbaik bilamana ikatan yang terbina tiada keserasian lagi.
Janganlah menuding jari kepada pihak ke 3. Dalia yang dikatakan punca keretakan sebenarnya tidak seperti yang u olls sangkakan. D pernah meluahkan rasa simpatinya terhadap EL kerana terpaksa menanggung perit luka perpisahan itu namun apakan daya D kerana segala keputusan di tangan KF dan hanya KF yang mengenali EL bukannya u olls.......

SALAH DI MATA KALAU TAK NAMPAK,
SALAH TAFSIRAN KALAU TAK DINILAI.......
Sebagai anak gadis, D tu ada keluarga dan mak bapak. Ada maruah dan hati-hati yang perlu dijaga.
Dalam kekusutan seperti sekarang janganlah ada sesiapa yang mencipta spekulasi. Rencah kehidupan memang ada asam garamnya, masin dan manisnya, pahit dan kelatnya....
Nasi yang di suap sudah hampir ke mulut pun boleh jatuh ke lantai kalau BUKAN REZEKI.

SIAPALAH KITA UNTUK MENOLAK TAKDIR.


Burung Nuri terbang tinggi,
balik jauh di atas awan,
Mari-mari kekasih hati,
Aku rindu kepada tuan.


ARIZAKIAH

Monday, August 8, 2011

BONUS SETENGAH BULAN DI TENGAH BULAN......

Assalamualaikum.....
Alhamdulillah.......banyak mana pun bonus yang di berikan mummy menerimanya dengan penuh syukur.......
Mummy tak pernah pun berangan nak dapat bonus setengah bulan gaji  tapi bila Datuk Sri Najib dah cornfirm nak bagi tengah bulan ni,rasa gembira tak terkira.....

Di bulan puasa ni tak tau kenapa belanja jadi lebih sikit. Tak tau nak berjimat macam mane lagi. Ditambah lagi dengan persiapan raya....nasib baik Datuk Sri memahami...syukran...syukran.

Malam ni mummy dapat tidur lena.............Nak raya sakan tahun ni sebab anak-anak mummy semuanya dapat berpuasa penuh di rumah kerana puteri mummy akan memulakan study degree TESLnya september ini....


Dulu...nenek mummy ada bagi  PETUA kepada mummy Kalau Berhajat Nak Bangun Malam.

Katanya, Sebelum tidur baca bismillah.....21 kali  dan alfatihah 1 kali, ayat kursi 1 kali dan menyucap syahadah 1 kali. Kemudian janji dengan telinga supaya di kejutkan mengikut waktu yang dikehendaki.



Telinga!!!!!kejutkan mummy 4.30 pagi nanti ye.....sahur..... 




ARIZAKIAH

Thursday, August 4, 2011

PETUA NAK CANTIKKAN WARNA MASAK MASAM MANIS

Assalamualaikum.....

Di bulan puasa ni kalau tak bercakap pasal makanan memang tak sah....

Di tempat kerja, bertanya situ sini, "masak apa hari ni? semalam akak masak apa?"
Bukan nak menyebok tapi sebenarnya nak kongsi idea je....baru 4 hari puasa dah buntu ...tak tau nak masak apa..........Ada yang jawab, 'i masak lauk tunjuk aje...bazaar ramadhan kan sebelah rumah..."
Mummy terkekeh sebab en hubby di rumah bukan reti nak makan lauk tunjuk....nak dideranya jugak kita memasak.....terima kasih en hubby kerana sukakan  air tangan sang isteri ini ......

Balik dari tempat kerja semalam, puteri mummy dah siapkan 1 juadah.....ikan bawal sweet sour. Sudah terhias di meja tapi kelihatan tak berapa cantik. Mummy diam tak kata ape2..yelah..orang dah penat-penat masak. kenalah hargai biarpun kurang memuaskan.

 pic ni dari google sebab mummy lupa nak snap semalam..Beginilah lebih kurang rupanya ikan bawal masak masam manis DYLA.pucat dan kelihatan kurang menyelerakan. Tapi confirm yang semalam rasanya .......LULUS




 Sebagai ibu kadang-kadang kita terlupa nak berikan tips-tips masakan kepada anak-anak supaya bukan saja sedap dimakan tetapi juga cantik dipandang. Lagi pun peel anak-anak sekarang ni bukannya reti nak berdiri sebelah kalau kita memasak.....Tak macam zaman kita dulu ...kalau mak masak , ringan je tulang nak membantu......

Lalu mummy berikan tips ini untuk sang puteri....sekurang-kurang bila berkeluarga sendiri nanti kalau pun bukan mak mertua yang puji, sang suami berpuas hati itu sudah memadai...


PETUA NAK CANTIKKAN WARNA MASAK MASAM MANIS.

Semasa kita menumis bawang putih dan bawang besar, masukkan 1 sudu teh gula pasir. Tumis bawang2 dan gula tersebut hingga warna bawang keemasan barulah dimasukkan cili dan lain-lain bahan. Insyaallah masak masam manis dyla nanti bukan saja sedap malah cantik warnanya.


Mungkin ramai yang dah tau tapi kepada yang belum tau, SELAMAT MENCUBA........



ARIZAKIAH

Wednesday, August 3, 2011

KERANA BULAN DAH DATANG........

Assalamualaikum...

Hari ke3 puasa....

Seorang kawan mengeluh kerana tak dapat menunaikan ibadah puasa dan solat tarawih seperti biasa kerana 'bulan dah datang'..........
Katanya dia hanya bangun menyediakan juadah sahur dan memasak juadah berbuka untuk suami dan anak-anak.

Dia tak tau yang dia pun mendapat balasan pahala yang sama seperti pahala orang yang berpuasa tanpa di kurangkan sedikit pun kerana menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk keluarga....

Dalam pada memasak tu boleh juga berzikir. MELAKUKAN YANG SUNAT DI BULAN RAMADHAN PAHALANYA SEPERTI MELAKUKAN YANG FARDHU ......

Mudahnya mendapat pahala di bulan barakah ini.....



hai pungguk, di manakah bulan mu????????




ARIZAKIAH

Monday, August 1, 2011

RAMADHAN DAH TIBA.......

Assalamualaikum...


Bulan yang ditunggu dah tiba sebagaimana yang di janjikan oleh putaran taqwim Islam...


Ramadhan..........

Semalam i mengerjakan solat tarawih bersama en hubby di masjid berdekatan.
Mengikut hadis yang tak berapa sahih, solat tarawih pada malam pertama ramadhan akan diampunkan dosa  seperti mana bayi yang baru dilahirkan.

Menghidupkan malam ramadhan tidak semestinya mengharaphan fadhilat-fadhilat dari malam pertama hingga ke 30 ramadhan tanpa mengira kesahihannya.  Cukuplah dengan janji ganjaran oleh Allah di mana orang yang menghidupkan malam-malam ramadhan  akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Bukankah itu sudah cukup besar ganjarannya????

Jika pintu syurga dibuka sepanjang bulan ramadhan manakala pintu neraka pula ditutup, mengapa tidak kita tidak berusaha untuk memasuki pintu itu????  . 






hai camarku,....titipkan salam ramadhanku buat semua blogger diluar sana.....




INGIN SESUCI RAMADHAN,

ARIZAKIAH.