Photobucket

Followers

Saturday, September 17, 2011

RESEPI BISKUT DAHLIA



ASSALAMUALAIKUM....

Tempahan seorang kawan untuk  rumah terbuka. Sebenarnya mummy ni bukannya expert sangat buat biskut ni tapi bila seorang kawan mummy yang datang beraya rumah mummy kata biskut dahlia mummy ni cantik dan sedap, merengek-rengek dia minta mummy buat untuk open house dia  .

Sebenarnya malas benar nak sepahkan dapur selepas raya tapi tempahan kengkawan tetap datang juga. rezeki....
Lalu mummy buatkan untuknya.....dan hari ni mummy rasa baik hati nak sertakan resepi sekali.....

sebelum dibakar




 selepas dibakar...kelopaknya tetap terletak cantik



Bahan-bahannya:


250 g mentega
125 g gula kastor - mummy tak suka manis
250g tepung *
125 g tepung kastad *
125 g tepung jagung *
3 biji kuning telur(saiz B)
1 camt esen vanila
secubit garam
ceri/sebarang hiasan yang korang suka......




Cara membuatnya:

1. Ayak bahan bertanda (*)
2. Putar mentega, gula kastor dan secubit garam hingga kembang,
3. Masukkan kuning telur dan vanila dan putar  lagi hingga sebati.
4. Masukkan tepung-tepung yang telah diayak. Uli hingga sebati.
5. Picitkan adunan menggunakan acuan dahlia ke dalam loyang. Hias dan bakar dengan suhu 160 darjah celcius selama 15 min. Jangan lupa panaskan oven selama 10 min untuk mendapatkan biskut yang cantik.

P/s: Mummy dah cuba berbagai resepi biskut dahlia termasuk resepi tersohor  akan tetapi resepi ini adalah yang terbaik yang pernah mummy cuba sebab setelah dibakar pun kelopak bunga dahlia tidak jatuh dan  terletak cantik.....SELAMAT MENCUBA



ARIZAKIAH

28 comments:

Cik Puan Kocik said...

mummy acuan tu nak kena sapu dgn marjerin sikit tak??

biskut dahlia mummy mmg cantik...nk cuba jugaklah

Bintangjauh said...

Salam wahai Zakiah,

Cantik-moleknya lagi bermekar-mekar kelopak bungaan biskut dahlia Zakiah, terpesona ... cantik sungguh!
Rezeki jangan ditolak lagi-lagi hasilan dari kedua telapak tangan yang berseni halus mesti diperkembangkan luas ya Zakiah.

Salam manis manis madu.

azi said...

cantiknya biskut dahlia tu mummy...
mesti sedapkan.....

Arizakiah said...

cik Kamoo,

Tak payah.....setelah cik kamoo picit adunan tu ia akan keluar tak melekat....

Arizakiah said...

bintangjauh,
Janganlah terlalu memuji, malunya zakiah sebab zakiah tau ratna pun pandai buat biskut dahlia.Tapi resepi biskut yang zakiah paparkan adalah yang paling mudah, cantik dan sedap.........

Sememangnya rezeki syawal tak pernah putus-putus........

Arizakiah said...

Azi,

Resepi biskut dahlia ni berbagai-bagai tapi ini diantara yang simple, cantik dan sedap.....Sangat gebu cair di mulut......

azieazah said...

Setahu saya ini disebut Kuih Samperit. Kuih paberet saya masa kecik-kecik sebab ada campuran tepung kastad (kami panggey Tepung Kelawar). Ntah sama ntah beza.

Memasak ni memang akan ada try, error and try lagi sampai berjaya dan puas hati kan, Kak?

Syukur, rezeki dan juga dapat pahala menggembirakan hati kawan yang berhajat.

Arizakiah said...

AzieAzah,

Memang sama AA. setengah orang menyebutnya samperit dan ada yang menyebutnya dahlia kerana berbentuk bunga dahlia.

BILA ORANG SUKA AIR TANGAN KITA, SANGATLAH RASA BANGGA.....

|| a - j . E . E || said...

salam kak... :)

boleh test resepi nih nanti.. saya buat biskut manjang la semua tak jadi. adehhh

Arizakiah said...

ajee,

cubalah jee...pasti menjadi...

Iza said...

Assalam...
Cantik sangat bunganya...
Mummy guna acuan macam mana ya?

Aqish's Oven said...

salam..
saya dah cuba buat..mmg sedap dan cantik..tp x tau kenapa dahlia saya x nk lekang dr loyang dan tersangatlah gebu hinggakan sentuh pun terus hancur...aduhai....

Arizakiah said...

Iza teratak usang:

Mummy guna acuan plastik je...

Arizakiah said...

aqish' oven:

Aqish tanggalkan biskut dari loyang semasa biskut masih panas menggunakan pisau pelepa....bila dah tertanggal biarkan sejuk dahulu di dalam loyang sebelum disimpan.

anyss said...

Assalamualaikum,
Teringat masa skulah dulu2...biskut ni lah yg glamernya tapi bila dah bakar...hu hu hu ranap

Harus cuba ni...tapi, lagi best kalau dpt percuma dr tuan punya blog barang sebalang dua la la la

Fatin Hamidah said...

salam mummy, mentega tu kalu guna planta boleh x?

Fatin Hamidah said...

salam mummy, margerin tu kalu guna planta boleh x?

Arizakiah said...

Fatin Hamidah,

Terima kasih kerana sudi berziarah.....

mentega atau margerin planta hasilnya lebih kurang je...tapi mummy lebih suka guna mentega sebab rasanya lebih sedap....

Haslinda binti Sulaiman said...

Salam..kalau tk masukkan tepung kastard boleh kerrr

Haslinda binti Sulaiman said...

Slm..kalau tk msuk tepung kastard boleh tak

Haslinda binti Sulaiman said...

Salam..kalau tk masukkan tepung kastard boleh kerrr

EzaFadil said...

Terima kasih kerana berkongsi resepi ini,Saya dh cuba semalam.Mmg sedap,pastu tak pecah pn.Elok2 je duk dalam balang.Rasa pun cukup2 serta lembut semasa nak menekan.

Anonymous said...

Hehe resipi ni menjadi tenkiu mama

Unknown said...

mummy yang 250g tepung tu tpung apa eh?

Unknown said...

Salam...saya nak cuba resipi ni tahun ni. Bleh saya tahu bila pukul mentega dan gula...kena sàmpai kembang ya? Dan bleh guna pemukul electric ya? Ada org kata harus pukul dgn tangan dn jgn sampai kembang sgt nanti biskut nya lembik. Bleh tolong jelaskan.

Unknown said...

Bleh saya tahu jika pukul mentega dn gula...bleh kah kita gunakan pemukul electric? Ada org kata tak bleh dn kita tak bleh pukul hingga kembang nanti biskut jadi lembik.

mujahiddah~~ said...

salam alaik,,kak,tepung tu guna tepung gandum ke tepung self raising?

Unknown said...

Terima kasih mummy, saya dah cuba. Tahun ini biskut dahlia saya menjadi dan bunganya pun cantik. :-) :-)