Photobucket

Followers

Wednesday, September 28, 2011

AGAR-AGAR LAPIS KELADI BERAKSI...........

Assalamualaikum....
Beberapa hari tak mengupdate.....terlalu sibuk..sangat-sangat.


Menyempurnakan beberapa tempahan kek  dan puding.


Jumaat lepas en hubby berpakat dengan adindanya buat majlis solat hajat untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan SPM dan PMR. Adik mummy tu cadangkan kita buat solat hajat dan doa selamat untuk tiga  orang serentak ......jimat belanja. 2 orang anakanda adinda arifiyan yang akan menduduki SPM dan PMR dan anakanda putera mummy  yang juga akan menduduki PMR tahun ni..


seboknya buat persiapan...




Amin...........





Adinda Arifiyan beritahu mummy dah last minit jadi mummy tak sempat nak masak special...lauk pauk yang simple dan  pencuci mulut...pun yang simple jugak.


anakanda putera










agar-agar lapis keladi sedang berposing








Bagaimana pun mummy nak share resepi agar-agar simple tapi sedap yang mummy buat untuk majlis tersebut.



AGAR-AGAR LAPIS KELADI

Bahan-bahannya:

35 gm agar-agar - rendam dulu dan toskan
1.25 liter air
250 ml santan pekat
200 gm gula pasir  - mummy tak sukat pun...manis ikut selera
1/2 cawan susu pekat manis
1 camt esen keladi
1/2 camt paste keladi (berwarna ungu)
2 helai daun pandan
Secubit garam

Cara-caranya:

1. Masak agar-agar dengan air dan daun pandan hingga mendidih dan agar-agar hancur.

2. Masukkan gula dan garam, biarkan mendidih sekali lagi baru masukkan santan dan susu pekat manis. Jangan lupa selalu mengacaunya agar ia tidak meruap.
3. Bila agar-agar telah mendidih masuk esen keladi. Kecilkan api. Separuh dari agar-agar di dalam periuk  di masukkan kedalam loyang/acuan dan separuh lagi di biarkan di dalam periuk.
4. Masukkan paste keladi yang berwarna ungu ke dalam agar-agar di dalam acuan dan biarkan membeku.


5. Apabila agar-agar di dalam acuan membeku, garu-garukan permukaanya dengan garfu dan masukkan agar-agar tanpa warna di dalam periuk tadi atas lapisan agar-agar ungu.
6. Biarkan membeku.

 
sepiring je yang tinggal sebab semuanya dah habis dibedal.




Mummy harap sudi-sudikan mencubanya kerana rasanya sangat sedap dan resipi ini adalah inspirasi dari mummy. Hak cipta terpelihara tanpa diciplak atau dicetak rompak dari resepi seluruh dunia....ahaks sekiranya ianya serupa itu adalah kebetulan semata-mata ......sebab mummy dah menerima tempahan berloyang-loyang dari pelanggan sejak 1990.....rata-rata mengangkat ibu jari untuk agar-agar ini........and.....and......and.... jangan lupa untuk mendoakan kejayaan anakanda putera mummy ARIFFUDDIN AQEED ARIFADHIL untuk PMR 2011.....


Hai camarku,,,marilah bersimpuh di ribaanku tenangkan debaran di jantungku......doakan kejayaan cemerlang putera dan puteriku di setiap ujian yang mendatang........






arizakiah

9 comments:

azieazah said...

KAK, saya memang peminat agar-agar sejak kecil apalagi kalu yang dimasukkan dalam esbok. Ohh nyaman. Buat masa ni memang saya tak pandai buat sangat... tapi teringin nak cuba. Suatu hari harus saya cuba.

Aminnnn... moga anakanda Akak beroleh kejayaan.

Arizakiah said...

AA,

Sekali azie rasa memang nak lagi....
kalau azie cuba memang sangat puas hati........

Terima kasih untuk doa azie..semoga doa itu memberi kekuatan dan semangat untuk anakanda...

ahmad humairi said...

Samala kita....

Sibuk-sibuk pun sempat wat agar-agar...

Qhaifa Nur said...

salam singgah

minat juga buat agar2 ni tp yg simple2 je..

boleh lah share resepi ni nanti..

dah follow jom follow back
qhaifanurin.blogspot.com

sal ya said...

saya mkn jgk kuih lapis. tp kalau pelik sikit drpd kebiasaan, memang tak makan. tak tau la kenapa. pelik kan?

Mama Gee said...

x tahan g menengoknyaa kak! pergh terliooo

Bintangjauh said...

Salam wahai Zakiahku, terharu Ratna pabila membaca betapa syahdunya Zakiah juga Suami mengadakan solat hajat juga doa selamat, berkongsi bersama Adinda buat Anakanda semua yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Semoga doa-doa kehadrat Allah Ta'ala diperkenankan dan melancarkan hari-hari peperiksaan tersebut berjalan dengan sejahteranya.

Zakiah, cantik-moleknya agar-agar lapis keladi itu, Ratna tidak pernah merasa cuba selama ini, nanti akan Ratna cubai pabila dapat ketemu beli ubi keladi tersebut.

Salam manis manis madu.

fatin said...

amin...
semoga mereka dapat buat yg terbaik dalam peperiksaan mereka nt..

agar2 nmpk menarik sgt. nak cuba juge lah..thankx akak share resipi..

izahdaut said...

cantiknya agar2 tu... tengok tak jemu. kalau saya buat mesti tak menjadi. cabut2..
akak,, yang putih telur tu, saya letak 2 biji telur je. memang banyak telur untuk melembapkan mee tu. dan memaniskannya..kaannn.. hihi