Assalamualaikum....
Mengikut sejarahnya, Tesco atau secara literal di Kelantan menyebut Tisku (تيسكو). TESCO mula bertapak di Malaysia menerusi penubuhan TESCO Store Malaysia Berhad pada 9 November 2001 melalui pakatan strategik SIME DARBY BERHAD. Kini ia mempunyai lebih 20 cawangan di seluruh Malaysia .Ber ibu pejabat di UK, TESCO merupakan peruncit ketiga terbesar di dunia dari segi hasil kutipan (selepas Wal-Mart dan Carrefour) dan kedua terbesar d idunia dari segi catatan keuntungan (selepas Wal-Mart). Setelah hampir 8 tahun beroperasi di Malaysia barulah TESCO memilih Kota Bharu, Kelantan sebagai rangkaian baru yang strategik.
Buktinya, setiap hari minggu TESCO Kota Bharu memungut kutipan lebih RM1 juta sehari.
Pun begitu, kemasukan TESCO di Kelantan telah dilengkapkan dengan beberapa prosedur dan syarat tertentu untuk dipatuhi bagi membolehkan TESCO bertapak di Kelantan. Antaranya, TESCO Kota Bharu merupakan TESCO pertama di dunia yang ditutup pada waktu Sembahyang Jumaat dan merupakan TESCO yang pertama di dunia tidak menjual minuman keras/arak ataupun produk segar yang tidak halal.
Selain itu, TESCO Kelantan turut menyediakan tempat Solat yang cukup selesa kepada pekerja muslim. Dan apa yang menarik sekali ialah TESCO Kelantan merupakan TESCO pertama di dunia menggunakan tulisan jawi sebagai sebahagian jenamanya. Iaitu gabungan “Ta, ya, sin, kaf dan wau” dengan sebutan (تيسكو) TISKU. Sumber dari sini
Aduhai.......tentu bangga 'menjadi' Tesco Kota Bharu kan???? ....... Semuanya dapat anugerah yang pertama di dunia......DAN....RM 1 juta sehari tuuuuu..........
Hai camarku,...marilah kita sama-sama mencipta sesuatu yang pertama di dunia....
Camar dan arizakiah......pasangan unik pertama di dunia yang menjadikan tiupan angin dan awan gemawan sebagai perantara cinta....ahaks.......
ARIZAKIAH
6 comments:
wah...alhamdulillah...tesco islamik...n berlndskan islam...
ila baru tahu info neh mummy...nanti nak tanya kanda la..ehheh...dia ore kelate...ehheh
aloo mummy...ila xtau sal rambut tu..gano neh..ehheheh
mm..kelate pun ada tesco..kuantan jer x dok.. huhuu...
ia honetbunny;
Oooo.....kanda ila ore kelate ruponyo.....molek..molek.....
Alhamdulillah Tesco Kelantan membuat perubahan,kalaulah dapat seluruh Tesco di M'sia mengikut jejak Tesco di Kelantan.
Fatin Mraz:
Kalau tauke Tesco dengar keluhan Fatin ni tentu ceoat-cepat dia orang buka Tesco kuantan pulak.....tungguuuu
wow!!!! sgt unik!!!
Post a Comment