Photobucket

Followers

Thursday, August 4, 2011

PETUA NAK CANTIKKAN WARNA MASAK MASAM MANIS

Assalamualaikum.....

Di bulan puasa ni kalau tak bercakap pasal makanan memang tak sah....

Di tempat kerja, bertanya situ sini, "masak apa hari ni? semalam akak masak apa?"
Bukan nak menyebok tapi sebenarnya nak kongsi idea je....baru 4 hari puasa dah buntu ...tak tau nak masak apa..........Ada yang jawab, 'i masak lauk tunjuk aje...bazaar ramadhan kan sebelah rumah..."
Mummy terkekeh sebab en hubby di rumah bukan reti nak makan lauk tunjuk....nak dideranya jugak kita memasak.....terima kasih en hubby kerana sukakan  air tangan sang isteri ini ......

Balik dari tempat kerja semalam, puteri mummy dah siapkan 1 juadah.....ikan bawal sweet sour. Sudah terhias di meja tapi kelihatan tak berapa cantik. Mummy diam tak kata ape2..yelah..orang dah penat-penat masak. kenalah hargai biarpun kurang memuaskan.

 pic ni dari google sebab mummy lupa nak snap semalam..Beginilah lebih kurang rupanya ikan bawal masak masam manis DYLA.pucat dan kelihatan kurang menyelerakan. Tapi confirm yang semalam rasanya .......LULUS




 Sebagai ibu kadang-kadang kita terlupa nak berikan tips-tips masakan kepada anak-anak supaya bukan saja sedap dimakan tetapi juga cantik dipandang. Lagi pun peel anak-anak sekarang ni bukannya reti nak berdiri sebelah kalau kita memasak.....Tak macam zaman kita dulu ...kalau mak masak , ringan je tulang nak membantu......

Lalu mummy berikan tips ini untuk sang puteri....sekurang-kurang bila berkeluarga sendiri nanti kalau pun bukan mak mertua yang puji, sang suami berpuas hati itu sudah memadai...


PETUA NAK CANTIKKAN WARNA MASAK MASAM MANIS.

Semasa kita menumis bawang putih dan bawang besar, masukkan 1 sudu teh gula pasir. Tumis bawang2 dan gula tersebut hingga warna bawang keemasan barulah dimasukkan cili dan lain-lain bahan. Insyaallah masak masam manis dyla nanti bukan saja sedap malah cantik warnanya.


Mungkin ramai yang dah tau tapi kepada yang belum tau, SELAMAT MENCUBA........



ARIZAKIAH

8 comments:

wahida said...

la ye ke kak...baru saya tau...patutla warna masakan saya tu pucat jer..

tengs kongsi ye kak...nnt nak try letak gula...

Arizakiah said...

wahida,

Kalau wahida ikut petua akak tu insyaallah masak sweet sour wahida akan merah berkilat.....

Selamat mencuba...

|| a - j . E . E || said...

salam kak.. saya ni masak pakai campak je.. naseb baek, sedaplah.. naseb tak baek alamat ke laut la.. hihi

Aine Ainun said...

hehe...
baru tau...
orchid follow....=)

mekchu said...

woohh, gitu ehh petuanya.. kalo warna masakan tu cantik, lagi lah 3x ganda tak sabar nak makan..

MOMMY CGG said...

Tq 4 sharing kak:) ti cgg buat masakan ni gune petua akak yg beshh nie.. Salam ramadhan

Sofya said...

ooo camtu eh... tq 4 share

azieazah said...

Memasak ni memerlukan masa dan latihan berterusan pasti dapat hasil yang baik dari sehari ke sehari. Kalu setakat masak sekali dua kali jer, memang tak berapa menjadi, kan?

Practice makes perfect!

Dah lama saya tak masak Sweet Sour. Harus cuba.

Ramadhan: Ucapan dan Kad Raya...