Photobucket

Followers

Tuesday, May 10, 2011

HARGA GULA NAIK LAGI HARI INI......ALAHAI!!!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM


Bermula hari ini secara rasminya harga gula naik lagi sebanyak 20 sen , daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram. Dan yang pasti harga barangan makanan akan turut terkesan dengan kenaikan ini.
Alahai...Kalau barang makanan naik tentunya belanja isirumah pun naik jugalah....tapi gaji??????

Walau harga gula naik banyak mana sekalipun, kita tetap juga mengambil gula dengan kuantiti yang sama setiap bulan. Kalau biasa kita gunakan 3 kg, tetap 3kg jugalah setiap bulan. Tak maunya nak kurang jadi 2 kg... Takkan  tamu bertandang nak hidang air kosong....alahai...sengkeknya....


Agak-agaknya bila kerajaan kurangkan subsidi gula, duit subsidi tu digunakan untuk apa ye?????
Alahai..........

Hai Sang Walid. bersaranglah di lamanku..... tentu rezekiku akan bertambah.....


ARIZAKIAH

11 comments:

Kak Rose said...

Salam Arizakiah... sudah pasti yg lain akan naik juga selain gaji!

dulu masa kurangkan subsidi minyak katanya untuk mempertingkatkan kemudahan penganangkutan awam siap dengan tertubuhnya Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat.... tp yg dapat dilihat ttp serupa cam tu jugak! ada penambahbaikkan?

ahmad humairi said...

Gaji naikpun tak guna....kalau harga barangan terus naik, xde pekdah!

Unknown said...

kak..
kalau ayu up harga minuman okey taK??

daku dilema

wahida said...

kat rumah saya gula jarang sgt digunapakai...sbb hubby setiap mlm suka pekena teh tarik...so, kat umah saya lagi byk tin susu pekat dari gula...hehe...

Arizakiah said...

Kak Rose,

Janji tinggal janji...

Arizakiah said...

cikgu ahmad Humairi,

Setidak-tidaknya kalau harga barang naik dan gaji naik sikit, budget masih maintain. tapi kalau harga barang naik manakala gaji tak naik-naik memang pokai..

Arizakiah said...

Citarasa Rinduan,

Akak rasa kalau ayu naikkan sikit harga minuman itu perkara biasa. Biasanya kalau gula naik, milo, kopi,susu dan bahan asas minuman yang lain pun akan naik juga sebab semuanya mengandungi gula.
Begitulah adat berniaga..

Arizakiah said...

Wahida,
Kalau harga gula naik tentu susu pekat manis pun akan naik harga sebab dalam susu ada gula....

Pusing kiri, pusing kanan, tempiasnya akan terkena pada kita..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Arizakiah...
suka lagu didlm blog ari :)
Tq sbb sudi follow mama :)

Mama Gee said...

pendek kata sekarang semuanyaa naik...takde yg turun...

lama tak masuk sini....

THE GREEN said...

Assalamualaikum...


masalah ni xpernah selesai. mcm xpenah turun...

happy blogging :-)


regards,
BLADE EDGE