Assalamualaikum.
Bukan tak selalu dia balik kampung,
sama ada cuti umum atau semasa jadual belajar yang tak padat.
Tetapi setiap kali dia balik kampung dan pergi semula ke kampusnya,
Setiapkali itulah dada i sebak....
kalau boleh tak nak jauh dari anak-anak.
Kalau boleh nk menatap wajahnya hari-hari,
nak kejutkannya dari tidur semasa azan subuh bergema setiap pagi,
nak sediakan menu hidangan 3 kali sehari.
nak tegur kesilapannya jika kesalahan diulangi,
Namun i telah menerima hakikat,
Sebagai anak dia mempunyai hak untuk bercita-cita tinggi,
Mencari identiti dan membina jatidiri.
Menimba ilmu sebagai persediaan kemudian hari.
Pergilah puteri,
Galilah seberapa banyak ilmu yang telah di sediakan di universiti.
Hanya gambar pengubat rindu..
Pergilah permata,
Kerana.....
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita...
Hai pungguk, kitalah spesis perindu......
ARIZAKIAH
26 comments:
assalamualaikum,
kalau rindu,
pesan saja di angin lalu..
Ahmad hamairi:
Waalaikumussalam cikgu,
Bawalah angin timur ke barat sana,
Bawalah kiriman rinduku bersama-sama.....
mmg rindu kalau berjauhan ngan anak2 kan kak...anak akak pergi dgn restu akak, insyaallah, dia bakal pulang dgn seribu kejayaan...
anak akak lawa...
RINDU2 JADI KENANG2AN:)
SALAM ZIARAH..
berjauhan sbb belajar atau kerja?
saattinggalkan 5 minit jadi tak tentu arah..inikan pula berminggu2...
sabar yer
Wahida,
Semoga masin mulut wahida......
Sejuk perut akak....
Cgg,
Kalau tak berjauhan kita takkan kenal erti rindu-rinduan..
Citarasa Rinduan:
Ni baru betul...akak dah jumpa dengan orang yang betul-betul memahami erti rindu..siapalagi? tentulah citarasa RINDUAN.
Kerana sabar itu adalah iman , maka akak telah memilih untuk bersabar ..
salam perkenalan arizakiah,
TQ sudi dtg blog kita...
mmg sedih bila berpisah dgn anak2
tabah saje lah..
same with me too..
comel anak dara tu
anak ni..jika berjauhan sket..mmg akan kita ingat..
xpe..dorang dok jauh sb menuntut ilmu...minta dia call selalu supaya bole hilang rindu
salam..tiba2 teringat kat ibu yang kadan2 terlupa untuk menelefonnya..ada kah begitu semua perasaan ibu yg punya anak yang menginjak dewasa
Ati Masrif;
Tanpa anak di sisi, hidup terasa
sepi.... sendiri.....
Salam Zakiahku, ya ampun..cantik jelitanya anakanda Zakiah ditambah lagi berlajar tinggi, bertuah sebagai seorang Ibu yang membesarkannya.
Ratna begitu setuju, berjauhan dengan anak-anak seolah-olah setiap melambai pergi bagai ditarik anak nyawa jadinya, sayu, hiba dan sebak perasaan, itulah namanya kasih-sayang sejati dari seorang Ibu yang maha pengasih dan prihatin terhadap anakanda semua, serasanya seperti diragut perasaan halus kasih-sayang kita itu pabila jauh dimata.
Sabar sabar senantiasa ya Zakiah, walaubagaimanapun ianya akan diubati kelak dengan kejayaan anakanda yang berhemah tinggi buah hati Zakiah nan cantik lagi jelita.
Salam manis manis madu.
Ayunya wajahmu sang puteri
jagalah diri dan peribadi
semoga perjalanan hidupmu sentiasa dirahmati
menjadi insan yang sentiasa dikasihi...
Sarah-Najwan,
Memang kami selalu berhubung cuma mungkin kesannya tak sama dengan berada di depan mata.
Suri solehah,
Ya.....begitulah perasaan semua ibu penyayang bila anak-anak tiada di depan mata.Hubungi dia 2-3 kali seminggu dan jenguklah ia sekali sekala. Tiada yang lebih bermakna seorang ibu bila melihat anak-anak yang menghargai budi dan jasa....
Bintangjauh,
Salam kasih Ratnaku,Menitis airmata bila menerima titipan kasih seorang ibu yang memahami erti rindu.bila mendapat sokongan dari teman,hati menjadi lebih tenang, rindu yang sarat kembali ringan.Berkat doa ratna semoga kejayaan miliknya..Amin
Kakcik,
Sebak dada saya menerima doa kakcik. akan zakiah panjangkan buat puteri, mudah-mudahan menjadi pendorongnya berjuang di universiti..Amin...
assalamualaikum..
semoga ilmu yang beliau terima dapat dimanfaatkan ke jalan yang benar..semoga beliau terus menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua orang tuanya...
cantek puteri akak....... :)
sahromnasruin;
walaikumsalam sahrom, terima kasih kerana sudi berkongsi rasa...berkat doa sahrom mudah2an termakbul..amin.
bila anak jauh dari mata, hanya doa yg mampu dititipkan..dan rindu yg sarat ini hanya tuhan yg tau..tsk!
xpe kak...demi masa depan anak...
bulan 5 nanti final. terima kasih kepada semua yang memberi nasihat. terima kasih kepada semua yang dapat menenangkan hati mumy.. salam sayang dan rindu.. peluk cium untuk mumy.
bila bjauhan mmg rindukan...
lawa ank akak
memang menggunung rasanya rindu setiap kali anak jauh di mata, namun demi cita-cita dan masa depannya, apalah daya kita sebagai ibubapa
hanya doa restu sentiasa mengiringinya
Post a Comment