Tuesday, March 1, 2011

BUKAN PUISI >>>>>SEKADAR MEMBUANG SEGALA SEBAK DI HATI......


Assalamualaikum.

Sudah hampir setahun puteri i belajar di Selangor.
Bukan tak selalu dia balik kampung,
sama ada cuti umum atau semasa jadual belajar yang tak padat.
Tetapi setiap kali dia balik kampung dan pergi semula ke kampusnya,
Setiapkali itulah dada i sebak....
kalau boleh tak nak jauh dari anak-anak.
Kalau boleh nk menatap wajahnya hari-hari,
nak kejutkannya dari tidur semasa azan subuh bergema setiap pagi,
nak sediakan menu hidangan 3 kali sehari.
nak tegur kesilapannya  jika kesalahan diulangi,
Namun i telah menerima hakikat,
Sebagai anak dia mempunyai hak untuk bercita-cita tinggi,
Mencari identiti dan membina jatidiri.
Menimba ilmu sebagai persediaan  kemudian hari.
Pergilah puteri,
Galilah seberapa banyak ilmu yang telah di sediakan di universiti.


  Hanya gambar pengubat rindu..


Pergilah permata,
Kerana.....
Alangkah sempitnya hidup kalau bukan kerana luasnya cita-cita...


Hai pungguk, kitalah spesis perindu......




ARIZAKIAH

26 comments:

  1. assalamualaikum,

    kalau rindu,
    pesan saja di angin lalu..

    ReplyDelete
  2. Ahmad hamairi:

    Waalaikumussalam cikgu,
    Bawalah angin timur ke barat sana,
    Bawalah kiriman rinduku bersama-sama.....

    ReplyDelete
  3. mmg rindu kalau berjauhan ngan anak2 kan kak...anak akak pergi dgn restu akak, insyaallah, dia bakal pulang dgn seribu kejayaan...

    anak akak lawa...

    ReplyDelete
  4. SALAM ZIARAH..

    berjauhan sbb belajar atau kerja?

    saattinggalkan 5 minit jadi tak tentu arah..inikan pula berminggu2...

    sabar yer

    ReplyDelete
  5. Wahida,
    Semoga masin mulut wahida......
    Sejuk perut akak....

    ReplyDelete
  6. Cgg,
    Kalau tak berjauhan kita takkan kenal erti rindu-rinduan..

    ReplyDelete
  7. Citarasa Rinduan:
    Ni baru betul...akak dah jumpa dengan orang yang betul-betul memahami erti rindu..siapalagi? tentulah citarasa RINDUAN.

    Kerana sabar itu adalah iman , maka akak telah memilih untuk bersabar ..

    ReplyDelete
  8. salam perkenalan arizakiah,

    TQ sudi dtg blog kita...

    mmg sedih bila berpisah dgn anak2
    tabah saje lah..
    same with me too..

    comel anak dara tu

    ReplyDelete
  9. anak ni..jika berjauhan sket..mmg akan kita ingat..

    xpe..dorang dok jauh sb menuntut ilmu...minta dia call selalu supaya bole hilang rindu

    ReplyDelete
  10. salam..tiba2 teringat kat ibu yang kadan2 terlupa untuk menelefonnya..ada kah begitu semua perasaan ibu yg punya anak yang menginjak dewasa

    ReplyDelete
  11. Ati Masrif;

    Tanpa anak di sisi, hidup terasa
    sepi.... sendiri.....

    ReplyDelete
  12. Salam Zakiahku, ya ampun..cantik jelitanya anakanda Zakiah ditambah lagi berlajar tinggi, bertuah sebagai seorang Ibu yang membesarkannya.

    Ratna begitu setuju, berjauhan dengan anak-anak seolah-olah setiap melambai pergi bagai ditarik anak nyawa jadinya, sayu, hiba dan sebak perasaan, itulah namanya kasih-sayang sejati dari seorang Ibu yang maha pengasih dan prihatin terhadap anakanda semua, serasanya seperti diragut perasaan halus kasih-sayang kita itu pabila jauh dimata.

    Sabar sabar senantiasa ya Zakiah, walaubagaimanapun ianya akan diubati kelak dengan kejayaan anakanda yang berhemah tinggi buah hati Zakiah nan cantik lagi jelita.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  13. Ayunya wajahmu sang puteri
    jagalah diri dan peribadi
    semoga perjalanan hidupmu sentiasa dirahmati
    menjadi insan yang sentiasa dikasihi...

    ReplyDelete
  14. Sarah-Najwan,
    Memang kami selalu berhubung cuma mungkin kesannya tak sama dengan berada di depan mata.

    ReplyDelete
  15. Suri solehah,

    Ya.....begitulah perasaan semua ibu penyayang bila anak-anak tiada di depan mata.Hubungi dia 2-3 kali seminggu dan jenguklah ia sekali sekala. Tiada yang lebih bermakna seorang ibu bila melihat anak-anak yang menghargai budi dan jasa....

    ReplyDelete
  16. Bintangjauh,
    Salam kasih Ratnaku,Menitis airmata bila menerima titipan kasih seorang ibu yang memahami erti rindu.bila mendapat sokongan dari teman,hati menjadi lebih tenang, rindu yang sarat kembali ringan.Berkat doa ratna semoga kejayaan miliknya..Amin

    ReplyDelete
  17. Kakcik,
    Sebak dada saya menerima doa kakcik. akan zakiah panjangkan buat puteri, mudah-mudahan menjadi pendorongnya berjuang di universiti..Amin...

    ReplyDelete
  18. assalamualaikum..

    semoga ilmu yang beliau terima dapat dimanfaatkan ke jalan yang benar..semoga beliau terus menjadi anak yang solehah yang membahagiakan kedua orang tuanya...

    ReplyDelete
  19. cantek puteri akak....... :)

    ReplyDelete
  20. sahromnasruin;
    walaikumsalam sahrom, terima kasih kerana sudi berkongsi rasa...berkat doa sahrom mudah2an termakbul..amin.

    ReplyDelete
  21. bila anak jauh dari mata, hanya doa yg mampu dititipkan..dan rindu yg sarat ini hanya tuhan yg tau..tsk!

    ReplyDelete
  22. xpe kak...demi masa depan anak...

    ReplyDelete
  23. bulan 5 nanti final. terima kasih kepada semua yang memberi nasihat. terima kasih kepada semua yang dapat menenangkan hati mumy.. salam sayang dan rindu.. peluk cium untuk mumy.

    ReplyDelete
  24. bila bjauhan mmg rindukan...
    lawa ank akak

    ReplyDelete
  25. memang menggunung rasanya rindu setiap kali anak jauh di mata, namun demi cita-cita dan masa depannya, apalah daya kita sebagai ibubapa

    hanya doa restu sentiasa mengiringinya

    ReplyDelete