Ifa Raziah dilaporkan terkena jangkitan virus di bahagian payudara sehingga membuatkan asetnya itu membengkak dan keras seperti batu.
Ketika dihubungi, Ifa Raziah yang baru saja selesai menjalani pembedahan ultra sound memberitahu, penderitaan penyakitnya itu sudah pun dilalui sejak dia menyertai MLM.
“Sekarang ini, Ifa baru saja selesai menjalani ultra sound. Ifa masih lagi menunggu jawapan daripada doktor. Mengikut makluman doktor, terdapat virus dalam air di bahagian payudara Ifa yang membuatkan bahagian berkenaan keras seperti batu.
“Selepas rawatan ini, doktor telah menasihati agar menjalani pembedahan dalam kadar segera. Sepatutnya Ifa kena buang ketulan membengkak itu dalam masa terdekat. Bagaimanapun disebabkan Ifa sibuk dengan MLM, Ifa ketepikan seketika soal sakit ini.
“Apa sekalipun, Ifa harap janganlah peminat salah sangka terhadap apa yang diberitahu ini. Ifa bukannya sakit disebabkan mahu membuat pembedahan payudara untuk masukan silikon,” katanya.
Dalam pada itu, Ifa sekeras-kerasnya menafikan dia disyaki menderita sakit kanser payudara walaupun jauh di sudut hatinya takut mendengar tentang kanser tersebut.
“Doktor telah memberitahu, sakit Ifa ini bukanlah kanser payudara. Kalau kanser, pesakit tidak akan merasa sakit dan ianya akan terus membunuh mangsa dalam diam. Pun begitu, Ifa tidak boleh menipu, dalam hati Ifa, rasa takut terkena kanser itu ada bermain difikiran Ifa.
“Ianya kerana arwah ibu Ifa memang pernah sakit kanser payudara. Jadi, peluang Ifa diserang kanser itu memang senang disebabkan keturunan yang menderita sakit berkenaan. Ifa berharap, semua mendoakan yang terbaik untuk Ifa. Semoga Ifa boleh teruskan perjuangan dalam MLM dan seterusnya dalam bidang seni.
“Sejujurnya, Ifa bukannya mahu meraih simpati sesiapa. Oleh itu, Ifa sebolehnya tidak mahu kecoh tentang sakit yang Ifa alami ini. Ifa takut, orang ingat Ifa mahu cari publisiti murahan. Ifa dah sakit lebih sebulan iaitu sejak mula-mula Ifa menyertai MLM lagi. Namun, Ifa tahan sakit ini sendiri,” jelasnya.

Mummy rasa segala macam penyakit yang pelik-pelik telah mengancam penduduk dunia sekarang ni dan puncanya selain dari penyakit keturunan adalah dari PEMAKANAN.... 


Ekoran dari membaca kisah ifa Raziah di atas tu mummy nak berkongsi tip-tip mencegah kanser dengan korang. Itu pun kalau korang sudi membacanya.
Seorang kawan mummy telah dikesan doktor mempunyai ketumbuhan di payudaranya...dan akan dibedah untuk membuang ketumbuhan tersebut. Kawan mummy yang seorang ni memang takutkan hospital apatah lagi bila segala temujanji untuk pembedahan telah dibuat. Dalam menunggu hari pembedahan dia telah mengamalkan makan secara sihat......
1. Tidak membeli makanan di luar.
2. Makan makanan yang dimasak sendiri sahaja.
3. Tidak memasak cara menggoreng (menggunakan minyak)
4.  Semua hidangan dimasak dengan cara mengukus dan merebus.
5. Tidak mengambil sebarang perasa tiruan seperti ajinomoto.
6. Mengambil hanya sedikit gula dan garam dalam hidangan atau minuman.
7. Tidak minum teh, kopi, nescafe, milo dan kebanyakan minuman di pasaran . 
8. Banyak mengambil air putih dan susu segar.
9. Sayur yang dibeli direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dimasak.
10. Pastikan diri anda tidak stress. Hadapi hari-hari dengan tenang...mengikut kajian , stress akan mengaktifkan sel-sel barah di badan anda....
Dan hasilnya......
Doktor telah mengesahkan benjolan di payudaranya sudah mengecut semasa beliau sudahpun berada di bilik pembedahan.


Kalau semua wanita macam kawan mummy ni, 2012 nanti akan sihat sejahteralah penduduk Malaysia.....



ARIZAKIAH.