Bila anak saudara dah dapat anak, tentulah i dapat cucu sedara..hik..hik..hik... dah tua rupanya ....
Jumaat ni harijadi Daniel yang ke 4 tahun. Jumpa dengannya memang letih nak menjawab segala soalannya..
Yang membuat i teruja bila dia tanya, " Umi, tak buat kek coklat ke? Esok harijadi Nono(Daniel) Nono nak kek 2 tingkat macam uncle ajea punya.."
Kek coklat yang i buat untuk uncle ajea Daniel
Memenuhi hasratnya tentunya kek coklat pasti i buat......Tapi sedang mengira-ngira hadiah ape untuk si kecik tu...agar keikhlasan memberi dan kesyukuran menerima sentiasa seiringan.
Seseorang telah memberi i tip istimewa ini jika ingin memberi hadiah :
kepada
Kawan - Kejujuran
Musuh - Kemaafan
Ketua - Khidmat
Orang Muda - Contoh terbaik
Orang tua - Hormat dan Hargai budinya
Pasangan - Cinta dan setia
Manusia - Kebebasan
Musuh - Kemaafan
Ketua - Khidmat
Orang Muda - Contoh terbaik
Orang tua - Hormat dan Hargai budinya
Pasangan - Cinta dan setia
Manusia - Kebebasan
Lalu i mengerti.... tidak semua hadiah dapat di beli dengan duit ringgit...Titipan hati yang bersih lebih berharga dari intan berlian, emas bertimbun. Teringat pula dengan filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Ahmad Albab...memberi hadiah gula dan garam kepada bapa mertuanya kerana kari tanpa garam takde keenakannya dan kopi tanpa gula takkan ada nikmatnya...itulah rencah kehidupan.,saling melengkapi.....Namun i masih lagi mencari hadiah apa untuk si kecik yang becok tu....
Hai sang bangau, begitu tinggi kau terbang kenapa di belakang kerbau juga kau hinggap????
ARIZAKIAH