Photobucket

Followers

Tuesday, October 25, 2011

DEMAM.....

Assalamualaikum...


Air yang turun dari pancur terasa bagai jarum mencucuk....
seram sejuk............
kepala berdenyut..............


Tak dapat nak bertyping, berblogging apatah lagi berblogwalking.....



Hai Pucong Keladi, selimuti aku dengan kepak indah birumu.......bantulah kebahkan demamku.....

  
ARIZAKIAH

Tuesday, October 18, 2011

NAIK GAJI??????? JANGAN BERANGAN LAAA.........

ASSALAMUALAIKUM....


Berita kenaikan gaji mengikut gred yang di umumkan oleh PM semasa pembentangan budget 2012 tempoh hari mengembirakan semua penjawat awam......Mummy?????hanya tak melompat je kerana terlalu gembira.. ye la sedikit sebanyak melegakan budget keluarga..kheen...












Dengar je berita kenaikan gaji penjawat awam, harga barang dah naik melambung.....semalam mummy beli sebotol kecil NUTELLA..Dulu 8.50 je, sekarang dah 9.30....itu baru nutella MILO pulak naik setiap bulan. Harga ayam tak turun-turun....

Sebenarnya malas la mummy nak cerita tentang kenaikan harga barang sekarang ni...tapi yang mummy nak cerita sebenarnya gempak kerajaan je nak naikkan gaji tu......
walhal yang sebenarnya kenaikan gaji yang dimaksudkan ialah BERDASARKAN PRESTASI semasa oleh majikan...itulaa yang di maksudkan oleh PM dan diberitafahamkan semula oleh pakar ekonomi Dato' Dr. Mahani Zainal Abidin dalam berita tengahari di radio yang mummy dengar khamis lepas.....
Jadi.....
Sebenarnya tiada pelarasan gaji yang kerajaan buat untuk 2012....hang jangan nak berangan.......

Ini tak adil!!!!!!!!!!(penumbuk mummy dah melantun atas meja)
Mendengar guruh di langit...... harga tempayan dan guri dah dinaikkan........Siapa yang salah kalau peniaga menaikkan harga tempayan?????


Isu prestasi ni pulak....adakah ia telus dan betul? jawabnya hanya yang kaki bodek jugalah yang dapat.....Yang bekerja keras separuh mati pun belum tentu dapat kalau dah memang muka tak pandai bodek...
Pi mai..pi..mai..tang tu jugak......
Jadi.....
Sebenarnya tiada pelarasan gaji yang kerajaan buat untuk 2012....hang jangan nak berangan.......
Nasib.........


Pagi tadi terdengar MURAI berkicau di dahan pokok mangga tepi tingkap........
harap-harap ada berita gembira kerana aku sangat sedih hari ni bila mengadap
anak-anak yang tak mendengar cakap.....   




ARIZAKIAH

Sunday, October 16, 2011

SAKURA MENGORAK KELOPAK....

Assalamualaikum.....
NYANYI SIKIT..................

Wal hasil balik asal,
Wal asal balik hasil
Wal hasil cari fasal,
Itu fasal tak hasil.....

hu..hu..hu.....nangis dah...


Tak ada lagi muka baru.......wal hasil balik asal.....semuanya dah jadi macam biasa..tiada lagi yang nice dan advance......

Mummy terpaksa tukar semula template blog mummy kerana memikirkan gaya baru yang mummy guna tu menyusahkan pengunjung nak membuka dan membaca entri mummy......rugi kalau u olls tak sempat berkunjung 2 -3 hari lepas......
Sekarang....semua tu dah tiada lagi..hu..hu..hu..(nangis lagi) sebenarnya sayang nak tukar tapi keadaan tidak mengizinkan... nantilah..kalau suatu hari mummy temui cara penyelesaian segala mekanisma kepayahan tu, mummy akan gunakan semula penggayaan baru tu.........kheen...

cuti hujung minggu mummy habiskan dengan membaca......

Sebenarnya  novel ni dah lama mummy beli. 10 tahun yang lalu. Baca sekali dan simpan dalam almari. bila mummy kemas buku-buku putera mummy yang berselerak selepas tamat PMRnya, mummy temui buku ini......SEROJA MENGORAK KELOPAK.....








Jalan ceritanya sangat menarik. Digarapkan oleh ARENA WATI sebegitu rupa.....kisah berkisar di negeri Jepun.
Segala gerak laku watak-wataknya dilukis dengan terperinci sehingga pembaca dapat menyelami suasana kehidupan di negara itu. Dan yang paling menarik ialah kehadiran watak-watak Melayu di tengah-tengah pergolakan industri di Jepun...tetapi barangkali ada juga isu-isu global yang sukar difahami. (barangkali hanya mummy yang tak faham).

Dan...babak romantis pun ada.....ahaks.....

Bait puisi yang mummy petik dari caturan ARENA WATI....


Telah kuketepikan dunia
hidup dengan selimut kumal
kain selapis, tak berjahit
terlalu tipis, walau hanya untukmu seorang
tapi marilah dan kita nikmati tidur cendera.....


Sakura Mengorak Kelopak ms 89.,... 
Siulan burung ketitir menyedarkan mereka bahawa matahari sudah terbit, lalu masing-masing bangkit dari tilam tipis tempat duduknya, dan berjalan mengambil udara pagi di sekitar taman, sementara menunggu sarapan disediakan di Pavilion Tasik.  ..........

 Menempel  teratai putih dan jingga mekar  di kolam kaca yang mummy beli di Langkawi tempoh hari

ps; dalam novel SMK pun masih ada burung ketitir.......


ARIZAKIAH

Friday, October 14, 2011

PENGUMUMAN!!!PENGUMUMAN !!1 PENGUMUMAN!!!BLOG MUMMY BERWAJAH BARU.......

Assalamualaikum......




Jangan terkejut bila kunjungan u olls ke teratak mummy disambut  dengan suasana baru.....
Mummy dah buat renovation dan.......
Blog mummy sekarang dah berwajah baruuuuu........


Kalau u olls nak klik-klik entry mummy yang dah berkurun lama pun senang.....semua dah tertera kat skrin.
Pilih dan klik je mana yang berkenan di hati.....
haaaa.......tak susahkan???????


Semua entri di hidangkan dengan perbagai gaya.....
CLASSIC, FLIPCARD, MAGAZINE, SIDEBAR, SNAPSHOT dan TIMESLIDE.


Yeay!!!!.......senangnya!!!!!!senangnya............
Tapi mummy tak pasti berapa lama mummy boleh bertahan dengan wajah baru ni...
Setiap yang senang tu pasti ada susahnya..u olls perasan tak?????
Kalau ada sesiapa yang perasan segala kepayahan tu, tolong beritahu mummy ye????




Tok..tok...tok.....siapa yang mengetuk pintu tu??? Ooooo...rupanya kau Sang Belatuk!!!! Silalah masuk.....










ARIZAKIAH

Wednesday, October 12, 2011

KISAH DAIM ZAINUDDIN, FERRARI DAN KISS-KISS

Assalamualaikum..


Sebuah sketsa.......




Dua orang sahabat karib....Senah dan Joyah berada di bilik penginapan dan berbincang nak keluar setelah tamat kursus di Langkawi. Joyah baru pertama kali ke Langkawi..bukan macam Senah...


SENAH: Yah, petang ni kita beli Daim ye....


JOYAH: (MARAH) OIII!!!!! cik senah!!!1 seburuk-buruk aku pun...tak pernah terlintas di benak aku ni nak pegi  beli Daim tu....


SENAH: Eh!!!! apa salahnya....sedap mengancam Daim tu......aku , kalau datang ke Langkawi memang kena cari Daim...


 JOYAH: Kau cakap baik-baik sikit Senah...walaupun aku ni anak dara tua, aku tak pernah terlintas nakkan si Daim tu..aku ni ada maruah lagi Senah....selagi aku sihat dan masih waras, aku takkan sekali-kali cari Daim....


SENAH: Alaaa Yah, kalau nak beli Daim tu tak kiralah tua ke..muda ke..asal ada fulus mesti orang bagi punya....kalau ada duit lebih sikit kau belilah FERRERO ROCHER ke.. HERSHEY'S KISSES ke.......


JOYAH: (BANGUN... MENYINGSING LENGAN BAJUNYA) Kau ni dah melampau Senah, kau ingat aku ni perempuan pisau cukur? suka mengikis duit jantan? aku takkan gelap mata kalau sekadar nak tayang kereta besar.....FERRARI.ke..AUDI ke.....aku tak hingin....dan jangan nak berKISS-KISS dengan aku..silap-silap haribulan kau pun kena penumbuk aku ni...Muka macam aku ni tak payah berangan nak memilih orang macam Tun Daim tu.Lagi pun dia dah ada isteri ...AKU TAK NAK TUN DAIM ZAINUDDIN TUUUU!!!!


SENAH: HAH??????(TERGELAK BESAR) HA>>HA>>HA  ....aku bercakap tentang cokelat la Yah......, bukannya Tun Daim Zainuddin, kereta besar atau nak carikan kau pasangan...


JOYAH: Tadi kau kata DAIM, FERARRI dan nak berKISS-KISS dengan aku...(MASIH MARAH)


SENAH: Ya allah ya Tuhanku!!!!! Yah!!!!!!DAIM,  FERRERO ROCHER, HERSHEY'S KISSES tu  cokelat laa Yah....yang kau melalut ni ingatkan apa?


JOYAH: HAH???????


SENAH DAN JOYAH: (GELAK TERGULING-GULING)

Dan mereka berdua pun terus ke pekan kuah, borong sakan coklat dan segala macam pinggan mangkuk di kedai Hj Ismail Group dan Ram's.....

  Inilah dia coklat di pekan Kuah yang sempat cik Senah borong...


Joyah?????borong 2 kali ganda dari coklat cik senah....mentang-mentang dia baru kenal daim......




Hai Sang Helang.....sayapmu di tugu mengepak gagah menungguku datang lagi  menziarahi pekanmu november ini........






ARIZAKIAH